Monday, February 27, 2017

# Informasi Dan Tips # Jom Tambah Ilmu

Bagaimana rasa buah bidara?


Assalamualaikum!


Saiz kecil berkulit hijau. Sekali pandang macam buah kedondong pun ada, macam buah epal kecil pun ada. Sepanjang hayat, inilah kali pertama makan buah bernama buah bidara. Yang aku tahu, daun pokok bidara ni boleh buat mandi jenazah. Lepas tu yang aku tau, Tanjung Bidara je la .... hehe.




Pasaipa buah bidara aku ni warna kuning dan kulitnya berkedut? Alkisahnya, buah bidara asal yang aku dapat dari rakan sekerja ni warnanya memang hijau dan kulit tegang. Dapat kat aku .... terus kena peram atas tray sehingga bertukar jadi kekuningan seperti ini ...haha!

Tapi kalau buah anggur ke, buah pisang ke laju je aku makan. Disebabkan buah bidara ni aku tak biasa makan lagi, takut tekak takleh terima maka itu yang terrrrrrperam lama atas tray tu ...heeeee

Urmm ... bagaimana rasanya? Kata orang, rasa buah bidara ni ada rasa lemak manis. Cicah ngan kicap pun sodap! Makan begitu saja pun boleh! Bila gigit rasa crunchy ...! Aku try makan dan memang manis buahnya, rasa seperti buah pear ... sedap gak!


Khasiat Buah Bidara

1. Bersifat anti-bakteria untuk membunuh kuman, bakteria dan kulat

2. Mengandungi anti-oksidan yang kuat bagi menangkis serangan radikal bebas dan menghasilkan sistem imun yang kuat

3. Mempercepat proses penyembuhan dan pengeringan luka pada kulit

4. Mengatasi masalah perut seperti gastrik, ulser dan lain-lain

5. Mengawal gula dalam darah bagi yang berpenyakit Diabetes

6. Mengatasi masalah panas badan dan bibir pecah

7. Sebagai ubat kumur untuk menghilangkan bau mulut dan gusi berdarah

8. Bersifat sebagai anti-kanser yang mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh

9. Menghasilkan sel-sel tubuh yang telah rosak

10. Merawat masalah lemah syahwat dan mengembalikan kekuatan stamina bagi lelaki

11. Mempercepatkan proses penyembuhan bisul

12. Melancarkan sistem pencernaan dan merawat buasir

13. Bersifat anti-inflamasi dan meccegah keradangan

14. Bersifat anti-piretik dimana berupaya menurunkan suhu panas badan ketika demam

15. Menjaga kesihatan gigi, tulang dan sendi dari gejala osteoporosis

16. Mengatasi masalah keputihan dan bau pada wanita

17. Melancarkan haid dan menstruasi yang tidak teratur

18. Ubat herba untuk kencing berdarah, bernanah dan sakit

sumber info : http://khasiatq.blogspot.my


3 comments:

  1. rasa macam tak pernah rasa buah bidara ni...nak cari kat pasar kot ada nanti...

    ReplyDelete

Apa kata korang?