[Girl-Talk] - Haid & Senggugut

Monday, February 13, 2017

Assalamualaikum!

Aku tahu hari ini akan tiba jua akhirnya, walaupun bagi aku ia agak awal untuk dia. Tapi bila dia dah buka soalan, maka aku anggap dia dah bersedia untuk tahu lebih lagi tentang 'kawan baik' dia di masa depan.

Zaman kita dulu, umur 10 tahun takda masa nak tanya pasal haid ke, pasal senggugut ke, pasal jerawat ke. Yang ko tahu, balik sekolah tukar pakaian gi main kat padang! 

Nak tanya mak pasal haid? 

Ko budak kecik ...bukan masanya lagi nak tanya soalan tu!

Hehehe ... memang pun. Masa tu fikir, budak kena buat cara budak. Dan topik seperti haid bukanlah topik popular yang mak-mak dulu suka share ngan anak perempuan. Bila dah tiba masanya baru mak cerita. Tapi, mak tak cerita pun ...akak aku yang cerita hehe.



My kenit is not so kenit anymore. Terasa 10 tahun tu cepat benar berlalu. Walaupun pada aku, kakak masih dalam kategori kanak-kanak ribena, tapi pemikiran dia cepat matang! Cara dia bercakap, cara dia berfikir, cara dia berpakaian dan cara dia bertanya soalan macam bukan budak umur 10 tahun!

Tapi blur dia masih ada ....😂

So, soalan dia hari tu ... kalau kakak datang haid kat sekolah, kena bawa pad ke bu?

Aku tahu aku kena ceritakan pada dia dari A to Z. Apa itu haid, kenapa orang perempuan datang haid, apa nak buat bila pertama kali keluar haid dan sebagainya. 




Apa nak buat bila keluar haid? - First, kena bagitau ibu dulu. Kalau kakak berada di sekolah atau di luar cepat-cepat bagitau kat cikgu. Kalau boleh maklumkan pada cikgu perempuan je

Kenapa sakit perut sangat? - Tu tandanya kakak nak datang haid atau darah kotor keluar. Jangan takut, bagitau cikgu dan telefon ibu/ayah kalau boleh. Nanti ayah datang jemput amik di sekolah

Kena bawa tuala wanita? - Yes, itu benda penting orang perempuan kena ada dalam beg setiap masa. Dan kakak kena tahu, bila keluar darah kita kena pastikan bahagian bawah (miss-v) sentiasa bersih. Maksudnya, setiap 4 jam kakak kena tukar pad. Jangan pakai pad yang sama sampai petang.

Macam mana nak tukar pad kat sekolah? - Minta izin je la ngan cikgu cakap awak nak gi tandas. Pastu tu tukar la ...

Kena cuci dulu ke darah kat pad tu? - ye, kakak kena cuci dulu. Jangan terus balut ngan kertas tanpa dicuci. Kita orang Islam kan, kena cuci bersih dulu. Syaitan suka bau busuk macam ni, dah cuci balut kemas dengan kertas suratkhabar baru buang dalam tong sampah. Tapi janganlah kakak gi gonyoh pad kotor tu sampai putih balik .... just basuh sehingga tak berapa nampak kelihatan darah tu dah ok la. Jangan buang dalam mangkuk tandas, kang tersumbat pulak!

Berapa lama darah haid keluar? - ikut pada badan perempuan tu. Ada orang datang haid 3 hari je, ada 5 hari je, ada 7 hari je, ada yang 10 hari

Kenapa kena tukar pad? - sebab kebersihan dan untuk kesihatan. Darah haid tu kan kotor, kalau dibiarkan lama tak bertukar nanti berlaku jangkitan kuman dan bahagian bawah akan jadi gatal-gatal. Orang perempuan kena jaga baik-baik part tu

Dah habis haid, nak buat apa? - kena mandi wajib hadas besar. Nanti ibu ajarkan caranya. Kalau tak mandi wajib, tak boleh solat dan berpuasa. Tapi sebelum nak mandi kena pastikan darah haid betul-betul dah kering atau tiada

Kalau orang tu tak datang haid berbulan-bulan, maknanya dia mengandung ke? sampai ke situ pulak soalan dia huhu. Kebiasaannya begitu la, tapi tu untuk orang yang dah berkahwin. Ada juga yang tak datang haid sebab ada penyakit dalam badan 




Selain haid dan senggugut, aku terangkan juga pasal perubahan hormon dan benda yang akan terjadi bila perempuan datang haid. Contohnya, jerawat akan kelihatan pada kulit muka dan itu normal sebab tandanya kakak dah jadi anak dara. Keluarnya jerawat bukan bererti pakai produk itu ini semata-mata, tapi perubahan hormon. Ada orang dekat nak datang haid, muka dia akan tumbuh jerawat dan itu adalah normal!

Bentuk badan juga akan berubah. Yang mana perlu mengembang, dia akan mengembang dan kakak kena bersedia terima perubahan tu. 

Begitu juga dengan solat. Bila dah datang haid, itu bermakna perempuan tu kena jaga solat 5 waktu. Kecuali datang haid baru boleh tak solat. Lepas mandi wajib, kena solat! Kalau tak jaga solat 5 waktu maka berdosa perempuan tu. Kalau belum kahwin, maka ayah dia kena tanggung dosa anak tak solat.





Panjang lebar jugak berborak ngan anak sulungku itu. Dia memang jenis suka bertanya lebih dari 5 soalan untuk setiap topik hehe. Tapi, benda ni kalau ibu tak terangkan siapa lagi nak terangkan. Di sekolah, cikgu hanya bagi gambaran kasar je. Ibulah insan terdekat yang sesuai untuk bantu anak perempuan hadapi ni semua nanti. 

Walaupun kakak belum lagi mengalami semua yang di atas, tapi pengetahuan untuk ke arah itu perlu ada. Zaman sekarang bukan macam zaman ibu dulu ... at least, kakak tahu apa yang terjadi pada diri kakak dan harap kakak tak panik bila tiba saat itu. Mungkin ada parents yang masih malu-malu untuk bercerita pasal benda ni dengan anak-anak, tapi ketahuilah kita patut rasa bersyukur bila anak-anak pilih kita untuk bertanya tentang hal sebegini instead of tanya orang lain! 

Hurmm moga ibu juga bersedia bila tiba saat itu ...

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. dia semakin membesar kan anim..alahai...

    ReplyDelete
  2. nanti dah ada anak sendiri kena pandai la jawab haha

    ReplyDelete
  3. macamna mak kita ajar dulu2 camtu gak kita praktikkan ...
    kena banyak kali pesan ... dah besar... takleh bg laki2 pegang2..tulah nilah...
    rsau yaamat

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM