Parking punya pasal ...!

Tuesday, February 28, 2017


Assalamualaikum!


Yang menjadi masalah besar kepada kami dan juga segelintir peniaga carboot kebelakangan ini ialah ... ketiadaan parking kosong! Lantas, ia menjadi cabaran kepada kami setiap minggu terutama yang duduk jauh.

Kalau dulu kami sampai pukul 6.30am, masih boleh dapat parking kosong bahagian depan tapi sekarang memang takda harapan kalau sampai sana hatta sebelum pukul 6.30am pun! Bila dah takda parking kosong, maka terpaksalah mencari di bahagian belakang. Dan, beberapa kali juga kami hampir tak jadi meniaga disebabkan masalah ini. 

So, apa kami buat untuk mengatasi masalah ini?




Kami datang awal! Haaaaa sebelum Subuh kami dah sampai kat tapak cbs Kota Damansara! Payah nau nak dapat parking kan ... so, minggu ni kita serbu awal-awal la. Sebelum ni kami solat Subuh kat RNR Kota Damansara, nampak gaya lepas ni kena solat kat tapak CBS terus la kekdahnya.

Ituuupun ... masa ni parking bahagian depan dah separuh penuh sementara bahagian belakang masih banyak kosong. Alhamdulillah, kami dapat parking depan minggu lepas!

hujan gelombang pertama 


Kehadiran kami disambut dengan hujan renyai-renyai pagi tu. Ini juga satu cabaran bagi kami peniaga carboot, sebab bukan semua ada payung untuk melindungi diri dan barang niaga dari hujan. Tapi jangan sesekali jadikan hujan sebagai satu benda yang menghalang rezeki ...nauzubillahiminzalik! Ketahuilah Allah turunkan hujan tu sebagai tanda rahmat dan pembuka rezeki bagi umatnya. So, kalau time meniaga hujan turun janganlah merungut (walaupun bukan secara direct!) seolah-olah hujan itu menghalang urusan kita berjual-beli.


cerah kembali


Ok, perasan tak tapak sebelah tu kosong? Peniaga tu terpaksa balik awal sebab hujan turun dan langit masih mendung ketika tu. Tapi ditakdirkan lepas tu, cuaca cerah kembali ...walaupun tak lama hehe.

Disebabkan kami berdua laki bini nekad nak datang awal minggu ni, aku ada bertanyakan pada anak-anak samada mereka mahu ikut meniaga atau tidak. Ye la ... kesian la mereka kena bangun seawal jam 3.30am hanya kerana nak ikut kami meniaga. Kalau tak larat atau penat, kita duduk rumah je biar ayah pergi meniaga sengsorang. Tahu apa mereka jawab?

Taknakkkkk ...nak ikutttt! Boring duk umah ... boleh bangun, nak ikut ibu ayah!

Ok fine ... hehe.


hasil 'selaman' di cbs


Hasil 'menyelam' di CBS kelmarin, dapatla aku membeli mesin penimbang ni dengan harga RM12. Takda tawar-menawar hatta RM1 pun sebab aku tahu tempat lain aku takkan dapat harga macam ni. Kita sebagai peniaga mesti faham perasaan peniaga lain, dengan harga yang sudah begini murah mana mungkin kita tergamak nak minta murah lagi walaupun sebenarnya boleh!

Sebab tu aku terus bayar dengan harga sebenar. Rezeki buat pakcik yang menjual dan rezeki buat aku yang memang sedang mencari. Kalau kat kedai serbaneka, harga dia RM20+ tau! Kat situ pun aku dah jimat RM10 ...fikir tu je la.

Alhamdulillah, walaupun pagi tu hujan renyai-renyai tapi cahaya kembali bersinar dan orang ramai mula memenuhi setiap booth yang menjual pelbagai jenis barang. Rambang mata woiii!







Parking penuh sampai ada yang terpaksa meniaga 
kat sudut dan corner!




Namun cerahnya hanya sebentar. Lepas tu langit kembali mendung dan kelabu. Rintik-rintik hujan kembali jatuh satu demi satu ke bumi. Pun begitu, pengunjung CBS masih setia melihat dan membeli barangan yang diidamkan.


hujan gelombang kedua 


Tudiaaaaa! memang jelas kelihatan langit gelap kan hehe. Masa ni, ramai yang pakat-pakat bungkus balik barang niaga dan beredar. Kami dan beberapa peniaga lain je yang masih buat rilek tak berganjak dari situ. Kalau kemas pun confirm lagi basah baju-baju tu ...so kami tunggu hujan reda sikit baru fikir nak kemas ke tidak. Masa ni pun baru pukul 9.17am maaa!

Akhirnya, dalam pukul 10.55am barulah hujan renyai-renyai berhenti dan cahaya matahari mula menerangi langit dan bumi. Kami stay kat situ hingga pukul 11 lebih macam tu. Tunggu baju-baju kering baru lipat masuk dalam plastik. 

Alhamdulillah syukur dengan rezeki kami pada hari tu 😊

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. awalnya kak pukul 3.30 pagi.. semoga anak-anak ingat susah sennag ibu ayah mencari rezeki.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM