#SindromAyahAyah - Kenapa shopping ngan ayah lagi best berbanding ngan ibu?

Friday, April 21, 2017


Assalamualaikum!


Ingat kaum ibu je ada #sindrommakmak ni? haha .... kaum bapa pun ada sindromnye bila masuk bab shopping ni tau. 

Tak dinafikan anak-anak lebih suka shopping ngan ayahnya berbanding ngan aku. Tapi aku tak marah ...tak kecik hati pun dan tak kisah sebabbbbb aku dulu pun macam tu jugak! Bila melihatkan Pak Jelan melayan kerenah anak di sebuah shopping mall tempoh hari, aku terkenang pulak zaman aku kecik-kecik dulu.

Bestnye shopping ngan abah! Bukan la semua aku nak tu pasti dapat, tapi keseronokan memilih barang yang kita suka tu yang membuatkan kita happy sangat! "Ambillah ....", ayat tu memang aku nantikan keluar dari mulut abah kalau pergi shopping bersama. Laju je aku sauk masuk dalam troli hehe 😂




Setuju tak kalau aku cakap ayah-ayah ni memang tak lokek kalau bab beli barang untuk anak-anak? Kadang-kadang benda tu bukan keperluan pun, tapi disebabkan anak minta ...boleh aje! Kalau kita tanya kenapa belikan jugak walaupun bukan keperluan,"nak bagi anak-anak seronok", katanye. 

Cer ngan ibu? memang tak dapek la kalau bondo yang ekau mintak itu tak munosabah kek den!




So, di mana sindromnya? Haaaa kalau #sindrommakmak tak boleh tengok ada jualan murah atau barang cantik kan ... yang #sindromayahayah ni tak boleh tolak permintaan anak kalau anak minta nak beli sesuatu. Walaupun benda tu dah ada, kalau anak minta insyaAllah dapat hehe. 

Tapi betul jugak kata Pak Jelan, rezeki yang kita dapat ni untuk anak-anak kita jugak. Kalau dah diminta, tak sampai hati la pulak nak tolak kecuali benda yang diaorang mintak tu tak mampu untuk dibelikan atau membazir. 

Begitulah kasih sayang seorang ayah ... dalam garang-garang dia pun masih ada kelembutan. Semuanya demi anak-anak ayah ...

💘💘💘

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. haah..betul sangat tu anim..sindrom ayah2 memang macam tu..hahaha..ayah akak pun sama dulu

    ReplyDelete
  2. yup..samala dengan suami..tak kisah belikan untuk anak

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM