Monday, June 05, 2017

# ALTHEA # Beauty

Festival Raya Bersama ALTHEA!


Assalamualaikum!


Hari ni aku nak cerita sikit pasal kegemaran, kesukaan dan 'kegilaan' kami kaum wanita sepanjang masa iaitu ... barangan make-up. Cerita pasal barang make-up memang takkan boleh habis dalam satu hari. Tapi, untuk hari ni aku nak war-warkan pada korang tentang promosi istimewa sempena raya ini.

Promosi ni takda kat tempat lain, hanya di Althea! Dan lebih istimewa sebab Althea ingin meraikan lebaran ini dengan memberi hadiah kepada korang semua!  Haaa korang nak hadiah percuma tak? nak kotak edisi terhad tak? Kalau nak, sila baca sampai habis.




Ok, istimewa sempena raya ni, korang boleh usha barangan make-up di laman web Althea sebab diaorang ada dua benda nak bagi korang!

Kotak Raya Althea Edisi Terhad

Bagi yang dah biasa shopping di laman web Althea, pasti teruja bila dapat kotak istimewa setiap kali membuat pembelian secara online. Uniknya, setiap kali ada perayaan besar, Althea akan menghasilkan kotak mengikut tema perayaan itu. Hari tu aku dah dapat kotak berwarna pink sempena menyambut ulangtahun pertama Althea ... memang cantik dan cute!

Dan untuk Ramadan yang sungguh istimewa ini, kotak raya Althea edisi terhad akan menjadi milik korang bila membuat sebarang pembelian di Althea. Wowww ... kali ni temanya warna hijau, cantik dan lembut je mata memandang!






Kalau kotak pun dah cantik, apatah lagi barangannya ye tak! Boleh dijadikan sebagai tempat simpanan barangan, atau pun korang nak bagi sebagai hadiah terus kepada yang tersayang pun boleh! 


Raya Giveaway Festival

Althea juga nak bagi korang hadiah percuma tau! Macam mana caranya? Senang je, korang pilih barangan make-up atau kecantikan di laman web Althea mana yang korang suka. Buat pembelian dan korang boleh pilih salah satu barangan terpilih apabila dah check-out nanti.

Mudah je kan? Sambil-sambil kita shopping barang kita suka, kita boleh dapat hadiah lagi! 

Tapi korang kena cepat la sebab stok terhad, jadi mulakan sesi shopping korang hari ni dan dapatkan hadiah percuma dari Althea sempena raya! Aku pun tak sabar nak memilih ... checklist dah panjang ni hehehe!

Nak usha lebih, sila ke :


Website: www.althea.kr

Instagram: @altheakorea



4 comments:

  1. pening nk pilih yg mana nk beli

    ReplyDelete
  2. dah beli ni memang tak buang la kotak nye.. cantik betul ha.. boleh buat simpan brooch ke ape ke segala.. hee~

    ReplyDelete

Apa kata korang?