Thursday, July 20, 2017

# Aidilfitri 2017 # Cerita Kat Opis

Jamuan 3 in 1


Assalamualaikum!


Ada seminggu lebih lagi bulan Syawal kita, so aci la kalau aku cerita lagi pasal makan-makan raya ni kan? hehe. Kali ni jamuan kita buat 3 dalam 1 terus! Maka, jadilah jamuan perpisahan merangkap jamuan kenaikan pangkat merangkap jamuan ghayerrrr! hehe..


Untuk kenaikan pangkat dan pindah keluar dari bahagian kami, yang diraikan adalah pengarah En. tutttttt yang telah dinaikkan pangkat ke Jusa tutttt dan kini bertugas di tuttttt .... haha! Sorry boh, nak cerita details tak boleh le ... privacy der. Cerita pasal makanan boleh...nanti aku cerita penuh kat korang yek 😜

Nak tangkap gambar hiasan dalaman memang tak dapat le diknon. Simple giler hiasan aidilfitri kitaorang...hampir tiada hiasan! haha. Tapi jamuan raya wajib ada 'makanan raya' atas meja! 😋 Kekdahnya, ada yang potluck ada yang order so moh kita throwback balik makanan raya aritu.









Sebenarnya ada banyak lagi makanan, tapi yang ni je aku ada dalam henpon. Itu pun, gambar 4 makanan kat atas ni aku minta kat rakan sekerja sebagai kenang-kenangan. Sebab laksam tu memeyyyyyy sedap! Dua tiga kali gak aku menambah aritu hehe. Cocktail buah punnnnnn menyengat sedap dia! Miauuuu ... haha

Aku pun ada bawa makanan jugak, tapi lebih kepada orang order. Tuuuu roti jala ngan kari ayam le. Kul 4 pagi aku dah start 'menjala' di dapur hikhik.






Tak lengkap la raya kalau takda gambar raya beramai-ramai ye tak. Ni semua memang kaki gelak, kaki merapu kat opis. Sorang takda rasa macam duduk dalam gua la ...haha! Tapi dalam dok merapu-merapu tu, ni la pasukan srikandi yang dalam otaknya ada nombor dan kod-kod yang orang biasa tak boleh nak baca. Haaaa ... kalau sorang cuti bersalin, memang 'tempang' jugakla 2-3 bulan hehehehe 😋

Ok la, selamat hari raya!

4 comments:

  1. meriahnya menu2nya..salam ziarah sini

    ReplyDelete
  2. meriahnya raya kat opis. 3 in 1 sama kan.makanan2 pun macam boleh makan 3-4-5 kali. kekenyangan lah korang semua kan. rezeki bulan syawal alhamdulillah. selamat hari raya ya.

    ReplyDelete
  3. bestnya.tengok lauk-lauk tu,teringin pulak nak makan lauk raya lagi..

    ReplyDelete

Apa kata korang?