Friday, September 29, 2017

# Chilindo # Kenit Review

Lampu khemah menerangi kegelapan malam!


Assalamualaikum!


Asyik cerita pasal cbs pasal chilindo, pasal cbs pasal chilindo. Dua tu je la ko asyik ulang ye Nim! haha. Ye la ... janji ada cerita ye dak! Sementara cerita lain nak timbul, aku cerita la mana yang aku sempat nak cerita. Kang takda cerita langsung, senyap terus blog kesayangan aku ni.

Sekarang ni musim peralihan monsun, maksudnya cuaca kering akan berubah menjadi hujan sekejap-sekejap sementara menunggu tibanya Monsun Timur Laut pada bulan November. So ... itu jelah nak kabor bagitau korang hehe. Selit jap info cuaca .. ok la tu kannnn!




Anyway, hari tu dalam bungkusan kedua, aku ada terrrrbida lampu khemah. Macam aku cakap, takda tujuan takda motif pun aku nak bid lampu ni. Tapi rupa-rupanya memang ada guna sungguh  lampu ni terutama ketika berniaga di waktu malam.

Dalam website tak tengok betul-betul, so bila dapat tu baru tau lampu khemah ni banyak cara untuk berfungsi. Bukan takat boleh keluar cahaya, tapi sebagai pengecaj jugak! Ye keeeee?


Beginilah rupa lampu khemah dari Chilindo

Boleh caj tenaga dengan caj solar

Berfungsi sebagai pengecaj melalui USB

Cucuk elektrik pun boleh

Bateri pun boleh punya!


Spesifikasi:
  • Caj dengan kuasa solar atau bateri AA 
  • Berfungsi sebagai pengecaj untuk peralatan lain melalui USB
  • Tahan lasak dan mudah untuk digunakan


Tapi adakah lampu khemah ni mampu berfungsi seperti yang diharapkan? Kami try bawa gi meniaga di cbs Wangsa Walk malam tu dan alhamdulillah berguna jugak dia dimalam yang gelap!


Diaorang guna untuk tengok kartun di handphone 😋



Berbaloi juga ada lampu khemah ni ye. Boleh guna untuk meniaga malam, atau bila takda elektrik di rumah bolehlah guna untuk menerangi kegelapan. Tak perlu teraba-raba cari lilin dalam laci dah. Tarik je 'kepala' lampu tu ke atas dan menyala lah dia! Tapi kena pastikan caj la ye! Kalau asyik terlupa atau malas sangat nak cucuk plug tu, letak je tepi tingkap kasi caj solar.

Aku tak pasti berapa lama lampu khemah ni boleh bertahan tapi insyaAllah sejam tu masih menyala la , dan cahayanya boleh tahan terang. 

Jadilaaa lampu khemah ni, walaupun kecil murah je tapi ok la berbanding dari guna lilin kan hehe.


7 comments:

  1. oo.. macam tu ke rupa dia.. ada ter tengok ritu tapi macam tak reti nak guna je.. haha

    ReplyDelete
  2. Terang betul ni....bagus gak ada lampu mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la kak, senang pun senang :)

      Delete
  3. kalau dalam hutan betul, mesti lagi best...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yang tu kena tunggu la masuk hutan nanti. Entah bila la tu hehe

      Delete
  4. wah. bagus nyer Nim.
    aida pernah bid.
    tapi tak proceed.
    ntah la. mcm tak percaya :) ha ha ha

    ReplyDelete

Apa kata korang?