Peniaga jangan pentingkan diri sendiri boleh tak!

Thursday, September 21, 2017


Assalamualaikum!


Alaaaa tiap-tiap minggu asyik cerita pasal carbooooottttt je! Takda cerita lain ke? Alahaiii .. ada yang tak suka ke kita cerita pasal ni wak? Kalau tak menepati citarasa awak awak semua, minta maaf la ye. Cerita ni je pun yang kita mampu share haha. Dah nama pun personal blog, so banyak cerita pun pasal aktiviti rutin kita setiap minggu la wak. 

Kita share ni pun untuk bagi panduan pada yang mungkin nak mulakan jualan carboot satu hari nanti dan untuk dijadikan kenangan masa hadapan wak. Mana la tau satu hari nanti, kita dah tak larat nak buat ni semua, so kita buka blog baca je la apa yang kita dah lalui selama ni. Sweet tak cenggitu?? haha!

Anyway, cuaca best sangat minggu lepas kat KD. Pengunjung dari pagi dah ramai shopping berjemaah hehe. Ramai yang ambil kesempatan cuti hujung minggu bawa keluarga dan kawan-kawan jenjalan tengok barang di sini. 




Tapi dalam kemeriahan berjual beli tu, ada juga yang buat onar di pagi hari sehingga menyusahkan peniaga lain. Mana taknya, seawal pukul 4-5 pagi sudah ada peniaga yang susun barang niaga di tapak masing-masing walaupun jual beli bermula pukul 6.30 - 7 pagi. Kemain awal dia susun barang walhal, tapak kiri dan kanan masih kosong. Bayangkanla macam mana kereta peniaga lain nak masukkan kenderaan? Bila barang kena lenyek dengan tayar tau pulak marah dan tak puas hati. Tapi dia tak sedar ke, yang dia tu awal-awal lagi menyusahkan orang lain? 

Sebab tu la, kita kena sentiasa beringat. Kita datang sini sama-sama nak cari rezeki yang halal. Tapi jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyusahkan pihak lain! Penganjur dah tetapkan peraturan start meniaga pukul 7 pagi, maka ikutlah peraturan tu. 

So, kalau boleh set up barang tu jangan la sebelum subuh. Fikir sama kesenangan orang lain nak masuk parking. Jangan fikir nak lepaskan diri sendiri je! Kalau yang memang dah biasa disini atau faham peraturan, dia takkan buka selagi belum kul 6 atau 6.30pagi. Sebab tu kami buka jualan agak lambat dan mengemas pun lambat haha. 











Meniaga ni bukan sekadar nak cari duit, tapi kita nakkan ukhwah yang baik sesama peniaga. Kalau kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan kita juga Allah permudahkan. Tak gitu?


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Bila ada peniaga yang pentingkan diri, memang menyusahkan peniaga lain..

    ReplyDelete
  2. sama-sama cari rezeki...
    kenapa perlu pentingkan diri...
    nanti bila Allah tarik balik nikmat yang di pinjam..
    baru taw langit tu tinggi ke rendah...

    -----------------
    Visit My Blog at http://paradxtv.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. setuju.
    berniaga.
    berkawan.
    duit dpt. sillaturrahim pun dpt.
    mana la tau akan dtg boleh jadik bisnes partners?

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM