Thursday, December 14, 2017

# Cerita My Pearls # Cuti Sekolah

Ini gigi siapa?


Assalamualaikum!


Masuk bulan Disember, lagi takda mood rasanya. Semua orang sibuk bercuti tapi aku masih dengan kerja. Alhamdulillah .. bukan merungut bukan mengeluh. Syukurlah kita ada kerja ye dak, kerja yang mendatangkan manfaat dan pendapatan hehe. 

Eh tapi ni bukan nak cerita pasal kerja, tapi pasal gigi! Gigi siapa?? haha ... elehhh gigi pun nak cerita ke! Eh citer la asalkan tak jadi dosa pada orang. Bukan cerita mengumpat bukan menyebarkan gosip bukan kepochi pasal orang lain. Citer gigi tak nyakitkan hati sesiapa kan... ke ada yang sentap aku citer pasal gigi ni? hahaha.

Lagipun cuti sekolah ni, ramai yang citer pasal anak bersunat. Sana sunat, sini sunat, macam mana jaga anak yang bersunat, makanan berpantang dan sebagainya. Aku ada anak-anak dara je, so citer la pasal gigi je hehehe.




Okla, ni gigi siapa yek? Ni gigi Mira la. Berani beraninya dia mencabut sendiri gigi dia ye! Lidah tu gatal goyangkan gigi, akhirnya dia tak sabar dan cabut sendiri. Sebelum tu dia dah tunjuk dah kat aku gigi dia goyang, pastu dia cakap nak cabut sendiri la! Amboiii ... citer seram takut nak tengok sampai tutup tutup muka ngan bantal. Tapi cabut gigi laju je dia!

So sekarang ada lagi satu gigi hitam yang dia ada dok tunggu nak luruh jugak. Yang lain masih putih suci murni lagi. Hurmm ... takpe, kita tengok pulak nanti bila gigi yang tu dia nak cabut ye.

3 comments:

  1. Kecik2 dulu memang bila gigi dah goyang dok tolak pakai lidah je. Pastu tercabut. Hehe

    ReplyDelete
  2. Wooahhh... Mira si budak berani... Hehehe...

    ReplyDelete

Apa kata korang?