Thursday, December 07, 2017

# Family Time # Motonation

Last Day @ Motonation, PICC


Assalamualaikum!


Seronoknya dua orang kanak-kanak riang tu dapat keluar rumah setelah 2 hari terperap saja ye hehe. Siapa la yang tak bosan duduk di rumah je kan, tapi aku ok je kalau tak keluar kemana-mana. Cuma kesian kat anak-anak, diaorang ni jenis 'kaki jalan' tak boleh duduk diam. Hari-hari mesti mau keluar pergi jalan-jalan. Tapi ibu diaorang jenis 'kaki tidur' je, kalau dapat berehat di rumah Sabtu & Ahad tu memang heaven sangatttt! hehe.


Di hadapan Van Terpanjang Malaysia. 
Cer teka ada berapa tempat duduk dalam van ni?


Untuk tidak menghampakan anak-anak yang teringin bebenor nak keluar jenjalan, Pak Jelan bawa kami ke PICC, Putrajaya minggu lepas untuk menyaksikan pameran Motonation yang berlangsung selama 3 hari. Tapi kami pergi pada hari terakhir iaitu 3 Disember.

Pergi sana pun bukan sesaje, maklumla walaupun ada hiway dari KL nak ke Putrajaya tapi boleh dibilang dengan jari berapa kali je kami ke sana hehe. Kebetulan Pak Jelan ikut kawan meniaga disana, jadi kami pun diangkut sekali hehe.








Antara piala kemenangan milik Raja Rally Malaysia, Karamjit Singh yang turut dipamerkan di Motonation.


Serius, memang banyak kereta-kereta cantik, klasik dan mewah dipamerkan di Motonation ni tapi aku hanya mampu letak sikit-sikit je kat sini hehe. Selain pameran motor dan kereta, ada juga beberapa booth lain yang menjual produk seperti lukisan, printing shirt, cermin mata, jam tangan G-Shock, diecast car dan banyak lagi! Tak boleh nak luah semua kat sini memang tak terluah kang! hehe.


Ada pameran dan jualan lukisan

Ada jualan koleksi kereta-kereta mini atau diecast

Pameran motor klasik dan mewah pelbagai jenama

Woww garangnye kucing ni! Guna 2K Paint untuk hood depan ni





Aktiviti paling syok ialah cuba racing simulator ni ha. Terenjut-enjut aku bila pusing stereng. Memang macam bawak betul-betul pulak rasanya hehe. Kalau menang best lap, dapat hadiah tapi yang ni aku main suka-suka je la, tau kan kita bukan ratu drift pun. Terbabas sampai tepi track berapa kali entah, naik malu aku hehehe.

Anak-anak pun ada aktiviti diaorang. Banyak yang kakak dan adik buat hari tu. Berbaloi la duduk sana dari pagi sampai ke petang huhu. Kebanyakan aktiviti disini free, kalau yang berbayar tu pun hanya yang naik binatang tu dengan main lego.


Menang yaeayyy!


Aktiviti terakhir sebelum balik, terima hadiah saguhati sebab menang pertandingan gambar kreatif anjuran Shell. Syarat dia kena ambik gambar kreatif dengan tema 'crazy'. So, aku ngan Mira cuba untuk jadi 'gila-gila' seboleh yang mungkin haha. Kakak awal-awal offer jadi tukang ambik gambar je, dia mana mau nak berposing macam ni hehe.

Pak Jelan ngan kawan dia pun masuk juga, dapatla hadiah jugak hehe.


Entah hape-hape! hahaha

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?