Thursday, December 21, 2017

# Cerita My Pearls # Cuti Sekolah

Tunai janji


Assalamualaikum!


Kalau berjanji ngan anak-anak ... berhati-hati la! Sampai ke lubang cacing diaorang akan tuntut selagi tak dapat haha! Budak-budak ingatan kuat, lebih-lebih lagi kalau pasal hadiah atau pergi jalan-jalan. Fuh ... jangan ko sedap-sedap berjanji lepas tu bagi alasan, memang akan dicanang selagi tak ditunaikan. Kadang-kadang, kita dah tunai pun dia dok ulang cakap belum dapat lagi ... haihhh hehe.

Kakak seorang yang pegang teguh pada janji. Bahaya berjanji ngan kakak ni hehehe. Tapi, kes tu ibu yang cakap ibu nak bagi hadiah, maka ibu tunaikan la ... walaupun amik masa yang lama hehe. Apa kes? Kesnya, cikgu dia kata kalau kehadiran ke sekolah penuh satu bulan tanpa gagal maka cikgu akan beri hadiah pada murid. Dan ada satu hari tu, kakak tak dapat datang maka tak dapat la hadiahnya. Sedih je dia ... maka ibu pun cakap la, takpe nanti ibu ada duit ibu beri hadiah pada kakak ye. 

Hajat dihati nak pujuk hati si anak, ahh takpe lama-lama nanti dia lupa la tu hehe. Takdo maknonyo eh! Lagi di ingatkan kita lagi ado la! Tiap-tiap bulan selagi tak dapek, selagi tu dia 'menyanyi-nyanyi' di telingo kito...bodosingggggg ha!


Dapat je kat tangan terus dia bukak dalam kedai tu haha. 
Adehh ... punya lama dia aim nak mainan ni 



Adik nyibuk jugak nak bukak kotak. 
Mujur dia tak minta juga macam kakak dia hehe.


Beli hadiah untuk kakak saje, sebab dah janji ngan kakak kan. Mujur Mira tak minta mainan yang sama kihkihkih. Tapi ibu tak boleh konfiden lebih, ini budak bukan boleh dijangka. Kang kalau dia dah nampak benda dia suka .... habislah ibu!


Idaman kakak .... checked!

4 comments:

  1. Sama la dengan anak Kak Sue, baik yang besar panjang.. baik yang kecik.. selagi tak dapat, selagi tu lah asyik tanya ulang-ulang.. ehehe..

    ReplyDelete
  2. btul tu .. heheh dak perempuan ni kalau sesiapa janji pun akan diingat sampai bila2. walaupun benda kecik je pon akan ingt

    ReplyDelete
  3. Betul la orang kata jangan berjanji dengan budak2. buruk padahnya.

    ReplyDelete

Apa kata korang?