ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, January 16, 2018

Bila ada peluang meniaga

  2 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!

Rebutlah peluang tu! Tak kiralah meniaga di kaki lima atau pasar malam atau pasar karat atau kedai atau di perkarangan pejabat, selagi kita ada produk untuk dijual maka ambillah peluang tu. Zaman sekarang kita tak boleh sekadar mengharap gaji saje, kena ada side income untuk terus survive di bumi Malaysia ni hehe.

Setelah sekian lama aku tak join meniaga di pejabat, minggu lepas dapat juga meniaga. Kali ni aku bawakan juga produk makanan kawan punya, selain beg-beg aku tu. Biar banyak barangnya, baru meriah sikit jualan betul tak!




Semenjak aku berehat dari meniaga di opis, ramai yang bertanya bila nak start semula. Bukannya tak teringin, tapi jadual sudah berubah. Kenalah beranjak sikit, maka itu yang aku tak berapa nak aktif meniaga tu. Tapi alhamdulillah, hari tu tergerak pulak hati ni nak let go beg-beg kami tu, terus booking meja dengan ajk!




Tiap kali ada jualan puspanita, ibu-ibu cleaner ni la yang memeriahkan meja jualan aku hehe. Diaorang suka cari baju atau jubah yang murah-murah. Beg-beg aku pun diaorang la yang banyak membeli pun hari tu. Aku buat jualan RM5 satu beg, mahu diaorang tak sambar! hehe.

Kawan aku pun tersenyum riang bila dapat tahu banyak makanan dia dapat sambutan dari staf-staf di opis. Alhamdulillah rezeki dia letak barang kat situ untuk kali pertama. Siap cakap kalau ada lagi jualan lepas ni, sila roger dia laju-laju hehehe.

2 comments:

  1. Rezeki kalau rajin dicari pasti ada kan sis.. Kena berani mencuba je..

    ReplyDelete
  2. rezeki tu ada di mana-mana...sebenarnya akak dah lama teringin nak berniaga..Tapi tak tau apa yang nak diniagakan...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.