Monday, January 08, 2018

# HOTWHEELS # Informasi Dan Tips

Kedai Jual Koleksi Diecast Hotwheels, Greenlight, Nascar dan banyak lagi di PJ


Assalamualaikum!

Sepertimana orang perempuan suka kumpul barang macam barang kemas, barang Tupperware, set pinggan mangkuk dan macam-macam lagi, orang lelaki pun ada hobi mengumpul juga. Suami korang ada yang suka kumpul kereta mini macam ni tak? Kalau ada, meh aku nak share port baik punya untuk korang dapatkan koleksi diecast yang menarik!

Hari tu aku dah kongsikan lokasi TT Jam yang aktif untuk pengumpul-pengumpul diecast tegar. Disanalah sellers dan collectors berkumpul dan memperlihatkan koleksi kereta masing-masing dari pelbagai jenama seperti Hotwheels, Greenlight, Nascar dan banyak lagi. Bagi yang baru berjinak-jinak nak kumpul diecast atau sedang mencari kedai yang jual dengan harga yang terbaik, aku rekomen korang untuk usha koleksi di Toys R' Yours, Kompleks C Petaling Jaya ni.










Macam-macam koleksi diecast korang boleh jumpa disini. Bagi pengumpul tegar, kedai ni macam 'syurga' bagi mereka untuk release tension haha. Rambang mata juga dibuatnya bila tengok satu-satu, rasa nak beli semua!

Nak yang carded? Nak yang loose? semua ada di Toys R' Yours ni. Sambil-sambil usha kereta, lori, korang boleh order makan dan minum kat sini. Diaorang bukan sekadar menjual diecast, tapi diaorang juga ada menjual acrylic case dan rak untuk meletakkan koleksi diecast. Haaa collectors wajib ada rak kereta macam ni, senang nak susun koleksi kereta, nampak cantik, kemas dan tersusun je nanti. 


rak 18 slot untuk diecast

acrylic case








Ni baru sikit je aku tunjuk, kalau nak tengok lagi korang boleh singgah di Toys R' Yours, Kompleks C Petaling Jaya. Barang cun harga lagi bertambah cun! InsyaAllah korang puas hati punye lah :)

Kalau korang belum pernah sampai sini, korang boleh je naik LRT turun Taman Jaya. Jalan kaki 5 minit ke Kompleks C dah sampai.




Toys lain pun ada dijual disini seperti action figure dan yang sewaktu dengannya. Atau sekadar nak beli toys pun boleh. Bolehlah beli sekali toys untuk anak-anak kan. Bapa layan diecast, mak layan Correll, anak layan toys. Yang penting, kita saling support hobi pasangan dan anak-anak. Barulah hidup harmoni bahagia sentiasa senyum sokmo! Tak gitu? hehehe ....


Toys R' Yours
No.41, Kompleks C
Petaling Jaya.
Waktu operasi : 10am-5.00pm


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?