Breaking

Wednesday, January 24, 2018

SUNFEET Pakar Ortotik & Prostetik Anda Kini Di Petaling Jaya!


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak bahagian tubuh kita, yang manakah paling kita prihatin dan selalu menjaganya dengan baik? Mungkin tak ramai yang memilih kaki kerana kita berpendapat penjagaan kaki cukuplah hanya dari segi kebersihan dan pemakaian kasut yang sesuai. Sekurang-kurangnya, aku juga terfikir begitu pada mulanya 😣

Tetapi, tanggapan itu berubah selepas aku berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre yang baru-baru ini telah membuka cawangan barunya di Petaling Jaya. Sebagai ibu, pendedahan tentang penjagaan kaki yang baik amat penting lebih-lebih lagi untuk dua orang anak aku ni. Dah tentu mencegah dari awal itu lebih baik dari mengubati kan.

Pada mulanya, aku agak skeptikal juga kenapa mesti nak ambil peduli pasal tapak kaki kita? Samada ia flat atau tidak? Apakah ia akan mempengaruhi cara kita berjalan dan keadaan kesihatan kita? 

Yang mana satu jenis kaki korang?


Di Sunfeet International Rehab Centre ini, pakar Ortotik & Prostetik akan memeriksa dengan teliti untuk mengetahui samada kaki kita jenis normal, flat, pronated, severe flat atau high arch. Mereka juga menyediakan perkhidmatan rawatan untuk kaki yang bermasalah serta menghasilkan produk ortotik dan prostetik bagi tujuan memperbetulkan semula masalah tapak kaki yang dihadapi oleh pelanggan.



Ok, ini bukan sejenis tarian ye, tapi kami angkat kaki tu kerana nak menunjukkan betapa pentingnya penjagaan kaki yang baik dan penjagaan itu bermula di Sunfeet Rehab Centre. Disebabkan terlalu teruja, kakak dan Mira berpeluang melakukan pemeriksaan kaki di sini. Oh, ni nak bagitau kalau korang nak buat pemeriksaan kaki di Sunfeet ni boleh je datang bila-bila masa dan ianya PERCUMA!

Eh budak-budak pun boleh buat jugak ke? Ye sayang, kanak-kanak seawal usia 3 tahun dah boleh buat pemeriksaan kaki. Mencegah awal itu lebih dari mengubati kan, so jika ada masalah pakar boleh kesan dari awal dan mulakan rawatan untuk anak kita.


Kakak dan adik sedang melakukan feet scanning

So menurut Dato' Dr Edmund Lee, kakak tak mempunyai masalah dengan kakinya cuma Mira punya sedikit flat mungkin disebabkan faktor berdiri tak berapa betul.

Seterusnya, Dr Edmund akan suggest kita insole khas yang diambil ukuran dari tapak kaki kita. Jangan risau ye, mereka adalah pakar dalam bidang ni so kita hulur kaki dan relaks hehe.


Sebelum menghasilkan insole yang dibuat khas, Dato' Dr Edmund akan membuat mould untuk mendapatkan bentuk tapak kaki pesakit


salah satu bilik rawatan di Sunfeet Rehab Centre


Insole yang berwarna warni! 


Sunfeet International bukan saja menawarkan khidmat nasihat dan rawatan pemulihan untuk mereka yang mengalami masalah seperti flat foot, cerebral palsy, sakit lutut, scoliosis dan diabetic foot, malah mereka juga ada menyediakan produk ortotik dan prostetik dalam membantu proses pemulihan tanpa perlu menjalani pembedahan atau pengambilan ubat.


casual wear untuk kanak-kanak dan orang dewasa

kasut sekolah kanak-kanak juga ada


kasut sukan



Ni nak bagitau korang, Sunfeet International akan mengadakan Hari Terbuka pada 27 Januari 2018 untuk semua. Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan pada hari itu, antaranya borak santai mengenai penjagaan kaki yang sempurna bersama Dato Dr Edmund Lee, pakar Ortotik Sunfeet.

Aktiviti menarik lain termasuklah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan juga promosi istimewa 15% untuk produk terpilih. Lima puluh pelanggan pertama juga akan menerima baucer bernilai RM500 dari Sunfeet International! 


Semua dijemput hadir Sabtu ni!


Sempena perayaan Chinese New Year tak lama lagi, Sunfeet International juga menawarkan promosi eksklusif Happy and Healthy Feet for Your Loved Ones sah sehingga 28 Februari. Promosi ini dalam bentuk set gift box yang cantik, ideal sebagai hadiah untuk yang tersayang.




Terima kasih kepada Dato' Dr Edmund dan Sunfeet International atas jemputan dan layanan yang baik sepanjang kami disana. Untuk makluman korang, Dr Edmund Lee adalah pakar dalam bidang Podiatric Biomechanics dan merupakan generasi ketiga dalam keluarga beliau yang telah berkecimpung dalam dunia kepakaran Ortotik dan Prostetik! Bayangkanlah berapa ramai yang telah mereka bantu demi untuk memastikan kita mendapat penjagaan kaki yang baik dan sempurna.

So, korang jangan lupa temujanji bersama Sunfeet International pada hari Sabtu ni 27 Januari di Petaling Jaya, dapatkan pemeriksaan feet scanning dan khidmat nasihat secara percuma bersama pakar Ortotik dan Prostetik kita disana.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk alamat dibawah ye.

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 
Petaling Jaya, 46300 Petaling Jaya, 
Selangor
10am - 7pm

Facebook: Sunfeet International Rehabilitation Centre
Laman Web: www.sunfeet.com.my
Tel: 013-528 3939

2 comments:

  1. good sharing..kalau dekat boleh bawak anak saya check kaki dia..i noticed tapak kaki anak saya rata sejak lahir..risau jugak..sbb ada baca boleh effect pada tulang belakang..tekanan semasa berdiri dsb..insole tu pelapik dlm kasut ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..insole tu pelapik dalam kasut yang dibuat khas untuk support kaki kita. Diaorg akan ambil ukuran dengan membuat acuan tapak kaki kita terlebih dahulu :)

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.