Tuesday, January 23, 2018

# HOTWHEELS # Petaling Jaya

TT Kompleks C, Petaling Jaya Bermula 3 Feb!


Assalamualaikum!


Macam-macam hal lah terjadi dalam minggu ni. Banyak yang berkisar pasal dua beradik tu la. Kakak start je sekolah dah bizi dengan homeworknya. Lepas ni hari Sabtu akan bizi dengan kelas tambahan pula. 

Mira ...? Tak tahu lah apa kene dengan itu anak, perangainya kebelakangan ini sangat menduga betul!
Nak kata baby...dah darjah 3! Tapi merengeknya tak habis-habis. Merajuk nombor satu! Jangan cakap aku tak pay attention kat dia ye. Tahu dia nakkan perhatian, sebab tu time makan, time belajar, tiem tido pun aku ada sebelah diaorang.




Ok, cukuplah dengan bebelan tu. Ni aku nak kabor kepada semua peminat kete mini atau diecast, insyaAllah akan ada TT JAM yang julung kali diadakan di Kompleks C, Petaling Jaya bermula 3 Feb 2018.

Hah? TT JAM? natang ape tu? Kalau diehard collectors ni mesti tau istilah TT JAM ni kan. Bagi yang belum tahu lagi, aku takmo taip panjang-panjang, korang baca je la pengalaman aku pergi TT JAM Kelana Jaya aritu. Lebih kurang begitulah konsepnya, tapi untuk #TTKC ni lebih istimewa dan gempak sebab akan ada RACING! Bukan racing motor atau kereta besar tu ye ... tapi racing kereta mini leeeee.

Lepas ni TTKC akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula 9pm hingga 12tghmalam. Bukan ada jualan dan gathering je tapi ada pertandingan racing lagi. Menang dapat hadiah, amacam? So, orang-orang PJ dan yang sewaktu dengannya bolehlah bawa anak-anak bujang awak tu datang #TTKC ni ye. Kalau tak tahu nak buat apa Sabtu malam, boleh je datang di Kompleks C, Petaling Jaya ni. Jangan risau la pasal makan minum, kat sini ada restoran bro. Takkan lapar punya hehe.

Bagi yang tertanya, racing kereta tu macam mana? Meh aku bagi teaser sikit kasi korang lebih clear, wokeh? 👌😊






2 comments:

Apa kata korang?