Thursday, February 15, 2018

# Puspanita # Story Kenit

Jualan Puspanita Bulan Februari


Assalamualaikum!

Dah lama juga tak join kawan-kawan lain meniaga kat lobi opis ni. Bila dah lama tak bukak table, mula la orang bertanya, Nim ko tak meniaga dah ke?. Ibu-ibu cleaner pun kalau jumpa aku pun kena tanya, 'Puan bila meniaganya'? Haaa nampak sangat muka ni je la yang menempel kat lobi opis tu kan hahaha.

So, bulan Februari ni aku pulun kasi keluar barang niaga untuk jualan Puspanita. Tapi bukan semua la, hanya simpul kasih, kasut dan tshirt. Nak pergi CBS setiap minggu dah macam tak dapat rasanya. Masing-masing penat, Ahad je la yang ada untuk kami berehat dan bersantai. So ni je la platform yang aku boleh gunakan aku untuk meniaga secara terus dengan pelanggan hehe.


simpul kasih, keropok, kerepek, air kopi Munif dan 
jus durian belanda lain-lain harga


Tshirt RM5

Kasut sandal RM5

Baju kemeja RM20


Minyak Kelapa Dara pelbagai guna M.R.S lain-lain harga

Sambal garing Che' Nor RM11


Selain dari kasut, tshirt dan simpul kasih tu bukan barang aku. Alaaa kira macam kita tolong jualkan produk diaorang la. Bayar sewa meja je. Walaupun lobi opis kami tak besar, hanya boleh muat kira-kira 5-6 meja tapi sale alhamdulillah. Biasala meniaga kalau ada turun naik tu kan. 

Lagipun, sebagai salah seorang ajk puspanita aku kenalah support aktiviti jualan seperti ni. Dapat juga aku ketengahkan produk simpul kasih aku tu disamping tolong kawan-kawan jual barang diaorang juga. Sama-sama kita berkongsi rezeki, kalau sedap kalau bagus orang akan cari kita jugak nanti...tak gitu?




Yang atas ni tokey Tupperware, Kak Mah 'jiran' sebelah hehe. Penjual Tupperware berjaya setakat ni haha. Hari-hari dia hantar 'racun' suh beli Tupperware haha, dengan aku sekali terjebak jadi ahli! Tapi takpela ... dapat diskaun murah sikit next time kan. Ini first time dia join jualan Puspanita, bukan main seronok dia orang kerumun meja tengok Tupperware. Syukur la kan!

1 comment:

  1. hehehe
    teringat zaman dulu2 join puspanita jual shawl
    heheh

    ReplyDelete

Apa kata korang?