Friday, March 09, 2018

# Something in my head

Memuji jangan lebih-lebih, mengeji jangan keterlaluan


Assalamualaikum!

Dalam hidup kita yang singkat ni, selalulah ingat bahawa kita tidak selalu berada di 'atas'. Bila kita melihat ketidaksempurnaan atau kekurangan seseorang, apakah respon pertama kita? Adakah kita akan terus kecam orang tu diatas kesilapan yang dia buat? Atau kita stop dan fikir semula apakah tindakan kita mengecam orang lain itu benar-benar satu perbuatan yang betul, yang akan membawa manfaat (boleh buat dia berubah?)?

Kita mungkin berasa bahawa bila kita tidak melakukan kesilapan itu, dan melihat orang lain melakukannya kita terus menganggap mereka telah melakukan dosa besar! Tapi harus diingat, manusia boleh berubah. 


Apa yang aku nak tekankan disini, jaga mulut kita! jaga percakapan dan lidah kita! Seperti kes baru-baru ni, kakak ada juga bercerita pasal kawan-kawannya di sekolah. Ada sorang dua yang dia tak berapa berkenan dengan perangainya, lalu bila kami berborak dan dia buka cerita. 

Ya ... memang kadang-kadang kawan kita suka sakitkan hati kita. Tak hiraukan kita, buat tak tahu bila kita minta tolong, suka pandang rendah pada kita dan sebagainya. Tapi aku cakap ngan kakak, biarpun perangai dia sebegitu, jangan kita keji dia, burukkan dia depan orang lain. Pada kita mungkin dia bukan seorang kawan yang sempurna, tapi pada dia mungkin kita juga bukan seorang kawan yang baik juga kan!

So, next time kalau kawan buat endah tak endah dengan awak just move on dan ignore dia. Jadikan kelemahan dan ketidaksempurnaan kawan awak tu sebagai iktibar untuk awak jangan jadi seperti dia. 

Sama juga halnya bila memuji. Memuji orang jangan keterlaluan waima baik macam mana pun kawan kita tu! Kerana kita mungkin suka dengan layanan kawan terhadap kita hari ini, tapi kalau satu hari nanti bila Allah nak uji kita, tetiba kawan kita tu tunjuk perangai buruk yang kita tak suka ...yang tak molek pada kita, tentu kita rasa hampa dan sedih kan? 

So, bersederhanalah ... sentiasa berhati-hati dalam percakapan dan perlakuan kita. Peringatan ni juga untuk diriku yang hina ni ... moga kita boleh berubah ke arah kebaikan ...aaminnn.

1 comment:

Apa kata korang?