Thursday, March 08, 2018

# Watsons

Renew Kad Watsons


Assalamualaikum!


So minggu lepas aku pergi Watsons jap untuk beli barang keperluan kakak, dan bila kat kaunter nak bayar aku hulurkan sekali kad Watsons yang kaler kuning tu. Cashier tu terus tanya,"kak ... tak nak tukar ke kepada kad Watsons yang baru? boleh guna untuk Touch N Go sekali"

Ohh menarik jugak tu! Boleh tambah koleksi kad Touch N Go yang sedia ada hehe. 



Kad Watsons yang baru ni banyak manfaat katanya. Selain boleh guna untuk Touch N Go, kita boleh top-up Touch N Go kita di mana-mana cawangan Watsons tanpa dikenakan caj tambahan 50 sen tu. 

Tapi yang paling best aku rasa, duit dalam kad Watsons tu kita boleh guna untuk shopping barangan di Watsons. So, kalau duit cash tertinggal atau tak cukup, swipe aje la kad Watsons tu ye hehe. Nak guna point pun ada, nak guna duit dalam kad tu pun boleh.

Lepas tu, kita dapat tambahan 5 point kalau shopping guna kad Watsons ni. So best la kan shopping guna kad je dan boleh menambah point.




Tapi yang tak syoknya, nak renew kad Watsons yang baru kena bayar RM8! Tapi cashier tu kata nanti akan kena tukar juga, so nak taknak pejamkan mata hulur je la RM8. 

So, kalau korang belum renew kad Watsons bolehlah buat arini. Pastu gi register kat website dia untuk dapatkan lebih point dan rewards lain. Aku rasa nak top-up dulu duit dalam kad tu so senang boleh guna untuk LRT ataupun shopping di Watsons bila perlu.

4 comments:

  1. hari tu pun dorang ada suruh renew.. tapi tulah.. macam malas la pulak sebab ic pun boleh guna untuk touch n go. rasa macam bukan keperluan lagi. lagipun tengah sayang duit. huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Ooo boleh beli guna kad tu yer, zumal just guna sebagai touch n go jer...

    ReplyDelete
  3. Sy bru renew hr ni..cmne ngan point dlm kad yg lama?syg laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti pulak tentang tu, dah tanya cashier tu ke?

      Delete

Apa kata korang?