Thursday, April 05, 2018

# Informasi Dan Tips # Story Kenit

Bela Kucing Tapi Takda Adab


Assalamualaikum!


Dari sehari ke sehari aku menghadapi masalah ni. Bukan sekali dua terkena macam ni, tapi masih juga tak berkesudahan. Hari ni nak kena membebel jugak la sikit bab kucing ni. Aku takda masalah dengan kucing, malah aku pernah bela kucing dulu. Tapi aku ada masalah dengan tuan punya kucing! 

Aku tak faham dengan diaorang ni, orang nak bela kucing ko nak bela kucing. Tapi bab kebersihan, bab kebajikan kucing ko tak pandai. Nak membela kucing tak salah, asalkan kita sebagai pemilik kucing tahu adab-adabnya sebab kita ni hidup berjiran. Kalau ko duduk rumah banglo atau teres, tak jadi masalah nak bela kucing. Tapi bila ko duduk di apartmen, di kawasan flat maka ko kena peka sikitla kucing ko 'membuang' kat mana!




Sebagai seorang yang sayangkan kucing dan pernah bela kucing, aku amat titikberatkan kebersihan terutama persekitaran sekeliling. Walaupun kucing aku jarang aku lepaskan keluar, tapi bila aku bawa dia keluar aku akan pastikan dia tidak berak sesuka hati terutama di depan rumah jiran, di kawasan tangga atau tepi pasu bunga.

Tapiiiiii yang aku tak faham ni, diaorang ni membela kucing tapi bila kucing berak ditinggalkan macam tu je! Aku tak faham la .... ko boleh duduk dalam keadaan dan suasana busuk macam tu! 

KES 1

Ada sekali (actually banyak kali terjadi) kucing dia berak atas awning dan taik tu dibiarkan disitu sampai kering! kering berkerak ok! Dia tak cakna langsung walaupun taik kucing tu depan umah dia dekat tempat sidai baju. Dahlah orang yang naik tangga lalu situ pasti akan terhidu bau busuk taik kucing. Ya Allah .... giler ape ko ni! Kita yang lalu ni pun dah rasa tak selesa, ko boleh duduk diam dalam umah padahal bau busuk depan umah ko buat tak tahu. 

Bayangkanlah ye, duduk rumah apartmen berkepung dengan bau busuk ... memang tak selesa jawabnya! Ko nak dalam umah ko je wangi dan bersih, tapi depan umah ko tak peduli langsung. 

KES 2

Jiran begini boleh dikategorikan jugak sebagai 'jiran dari neraka' sebab perangai pentingkan diri sendiri. Dia bela kucing, kucing berak atas awning. Cara dia cuci taik kucing bukan dia kutip dulu ketulan taik tu, tapi dia jirus terus dengan air dari atas ke bawah! Tepi awning tu kan ada lubang sikit, habis air taik tu jatuh kena kain baju yang jiran bawah sidai. Tak ke bingai punya perangai tu?! Dimana common sense ko? 

Hatta kalau awning tu takda lubang pun, adalah bodoh untuk terus jirus air macam tu je tau dak. Taik kucing tu jatuh ke bawah akan menyebabkan kawasan rumah jiran paling bawah pulak berbau busuk. Aduhhh .... mengucap panjang aku tengok perangai orang macam ni! 

KES 3

Yang ni aku baru je alami semalam. Entah kucing siapa yang berak kat laluan tangga kami. Tak pernah lagi kucing berak disitu, semalam ada pulak. Itu pun Mira yang perasan sebab bau dia kuat. Malangnya hidung aku tersumbat sejak semalam, tu yang tak perasan. Bila dah masuk rumah letak barang, aku keluar balik dan jenguk ke bawah tangga. Hurmm ...memang ada taik kucing disitu. Aku tak berani nak tuduh kucing bela atau kucing liar yang berak disitu. Tapi, aku tak pernah lagi tengok kucing liar naik tangga rumah kami. 

**********************************************************************************

Macam aku cakap tadi la, nak membela kucing tak jadi masalah dan tak jadi salah. Tapi bila kita hidup berjiran, kenalah prihatin juga pada jiran sebelah menyebelah. Sedangkan kalau duduk rumah teres, kucing kita berak kat beranda rumah jiran pun boleh bermasam muka. Inikan pula kalau kita duduk di rumah jenis apartmen dan yang sejenis dengannya. 

Aku punya jaga, siap warning anak-anak kalau nak main, nak bagi makan, nak usap kucing luar buat je kat luar blok. Jangan dipanggil naik ke rumah sebab aku tak nak ada isu di kemudian hari. Bila kucing luar dah terbiasa naik rumah kita, akan ada mulut-mulut 'busuk' yang mengecam kita kata kita yang menyebabkan kucing luar berak dalam kawasan blok. 

Disebabkan kes-kes begini lah orang yang tak suka kucing bertambah-tambah benci kat kucing. Padahal bukan kucing tu yang bersalah, tapi tuannya! Abg aku pernah tengok orang tua sepak kucing walhal kucing tu cuma lalu sebelah dia je. Nampak tak kebencian dia terhadap kucing? Dah kalau kita sebagai pemilik kucing pun tak reti tak pandai nak jaga kucing sendiri, tak heranlah kalau orang lain pun tak suka dengan kehadiran kucing di kawasan rumah mereka.

So please .... jagalah kebajikan kucing anda dan keselesaan jiran tetangga anda. Kita nak bela kucing, itu hak kita. Tapi jangan sampai jiran menyumpah seranah hari-hari dek kerana kita buat sambil lewa je. Jagalah sama kebersihan supaya kita rasa selesa, jiran pun rasa selesa. InsyaAllah takkan timbul isu kucing kita menyusahkan orang lain.

3 comments:

  1. Setuju dengan perkongsian ini.. Kalau duduk rumah jenis apartment or flat masalah ini mesti ada.. Apa lah salahnya kita jaga kucing tu secara keseluruhannya..

    ReplyDelete
  2. emmm fahamm sbb kite pun bela kucing..mmg kalau dh ada kucing tu kena ada responsible laa atas pet2 kite tu..jgnlah sampai buat org discomfort..tu dh tak baik tu

    ReplyDelete
  3. betulllll ,nak pelihara jaga elok2 la,sebab tu tak pelihara kucing sebab malas nak cara huhuuu

    ReplyDelete

Apa kata korang?