ruangiklan
ruangiklan

Monday, April 02, 2018

Korang percaya tak ayam makan duduk?


Assalamualaikum!


Korang pernah tengok ayam makan sambil duduk tak? Seumur hidupku, inilah kali pertama aku tengok sendiri ayam makin sambil duduk. Pelik! Keeee aku sorang je rasa ayam makan duduk tu pelik???



Ayam yang dimaksudkan tu bukanlah ayam mak eton, tapi ayam kepunyaan jiran belakang rumah yang selalu 'menempel' di tepi pagar rumah mak eton. Ni bukan sebarang ayam, tapi ayam utan. Setiap petang dia akan berdiri dekat pagar mengadap reban ayam mak eton. 

"Nak mengintai ayam dara la tu ...", kata mak merujuk kepada ayam utan di luar pagar. 

Ooohhh ada hati nak kenen ke ayam dara kite yek. Takpela ... nama pun dah ayam jantan kan haha. Tapi ayam utan ni tetiba manja pulak ngan kitaorang! Mudah pulak nak tangkap dia, bila dah dapat umpan dengan jagung dan dedak, terus dia duduk diam situ makan.



Kecik je ayam utan ni, serupa ayam katik pun ada ayam serama pun ada. Tapi dah tua, taji di kakinya dah panjang cuma bulu masih cantik lagi. Ni kalau dapat kat ayam jantan mak eton boleh jadi ayam kukus dibuatnya! Ayam jantan mak eton dah la besar gedabak tinggi hehe.

Adakah misi ayam utan jantan ni untuk mengawan dengan ayam dara mak eton tercapai? Eh dah macam drama slot akasia pulak dah haha ... all the best to you ayam utan! Kalau tak dapek ayam daro, ayam jando pun buleh yoooo kan! 😂😋

1 comment:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.