Monday, June 25, 2018

# #raya2018 # Bila Balik Kampung

Rendang Daging Nismilan Yang Kebabom!


Assalamualaikum! Masih tak boleh move on lagi dengan lauk raya? Yeaaa sama la kita. Masih terngiang-ngiang rendang daging nismilan yang mak masak aritu. Kena pulak dengan daging batang pinang yang fresh abah beli sehari sebelum raya, terangkat-angkat bila makan ngan lemang dan nasi impit ...yuuuhuuuu!

Apa hebatnya rendang daging mak ni? Hebatnya sebab air tangan mak le. Masak dengan penuh kasih sayang cukup segala rempah ratus. Pekatnya, basahnya, lembutnya, jusnya ...aduhhhhhh menusuk kalbu!



Dalam banyak-banyak juadah raya, hanya rendang daging nismilan ni je la yang sompek den amik videonya. Yang lain tak sompek sobab dan sibuk ke biskut raya hehe. Itupun curi-curi masa tolong kacaukan rendang ni, bolehlah snap sana sini sikit.

Tak lengkap raya kalau takda rendang. Tak lengkap rendang tanpa lemangnya. Pekena ngan lemang sekali .... mau 'tumbang' tuannya di pagi raya hehehe.





4 comments:

  1. Akak pun buat rendang daging untuk raya..dan kali ni buat rendang campur, ada daging, paru dan limpa..rendang daging ni yang settle dulu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. makan pula dengan ketupat palas or lemang.. memang ohsemlah..

    ReplyDelete
  3. tak pernah tau rasa rendang nismilan ni...ingat nanti nak cari resepi.Air tangan mak kita oii.confirm sedap walau masak biasa² je

    ReplyDelete

Apa kata korang?