ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, September 12, 2018

Jangan la takut derma darah!


Assalamualaikum! Amboiii sakan bercuti 4 hari ye, mesti jauh langkah masing-masing kan hehe. Yang baru masuk kerja, selamat bekerja. Untuk anak-anak kita yang bersekolah selamat kembali ke bangku sekolah hehe. 

Minggu lepas ada kempen derma darah dekat pejabat. Memang dah lama niat nak derma darah, cuma kaki je yang tak bergerak-gerak nak ke sana. Orang kita ni jenis nak semua kena ada depan mata (maksudnya dekat) baru la nak pergi ... termasuklah aku hehe. Kebetulan Pusat Darah Negara ada buat kempen derma darah di Jabatan Kimia, memang takkan ku lepaskan la.




Walaupun ini bukan kali pertama aku derma darah, tapi nervous tu ada gak la. Kali terakhir bila ye? Ermmm kalau tak silap 11-12 tahun lepas kot huhu. Masa tu kurus keding, macam tak yakin je diaorang nak amik darah aku hehe. 

Bila timbang berat pun ...alahaiii 43-45kg je, nak derma apa berat macam tu hehe. Tapi sekarang alhamdulillah, berkat menternak 'lemak' sedekad lamanya aku konfiden kali ni boleh 'lepas'!

Sebelum derma darah macam biasala, ada pemeriksaan darah dan tekanan darah. Kat sinilah kita boleh tentukan kita darah jenis apa. Kalau dah tahu bagussss ...kalau tak tahu nanti dia bagitau. Kalau bacaan darah rendah, maka tak dapatla nak menderma darah. Aku biasa ada darah rendah ni, tapi masa mengandung je la. Masa tak mengandung ni alhamdulillah bacaan darah ok.





Dah lama tak derma darah, rupanya kena 2 jarum! Takpala ...pempuan memang sinonim dengan jarum pun kan. Terutama yang dah berkahwin dan beranak. Satu dia suntik ubat bius, pastu baru masuk jarum besar untuk 'sedut' darah. Hampir 20 minit juga aku menapak di situ tunggu beg darah penuh.

Dah penuh beg darah, kena baring 5-10 minit lagi di kerusi tu bimbang pening-pening dan pengsan kalau bangun terus! 



So, kalau korang mempunyai kesihatan yang mengizinkan ambillah peluang ini untuk menderma darah. Walaupun ianya tiada paksaan tapi semua ini terpulang di atas kesedaran dalam diri kita juga. Sumbangan ini mungkin nampak kecil pada pandangan kita, tapi bagi mereka yang memerlukan ianya boleh jadi 'penyambung' nyawa di saat kritikal.

Mungkin hari ini hari mereka .... mana tau mungkin esok hari kita pula kan.

Love,

Hanim

2 comments:

  1. Betul..dermalah jika anda diizinkan untuk menderma.. Macam LeYa tidak dibenarkan sbb darah rendah..walau berat mencukupi

    ReplyDelete
  2. Fiza jenis darah O memang patut menderma tapi itulah takut sampai sekarang tak derma² lagi. Sedangkan nak amek darah 2 tabung uji pun dah rasa nak pengsan..=__='

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.