Monday, September 24, 2018

# Cerita My Pearls

Nasi goreng anak dara


Assalamualaikum! Minggu ni minggu UPSR, so pada anak-anak yang mengambil UPSR, acik ucapkan selamat berjaya! Semoga tenang hati ketika menjawab soalan dan dipermudahkan ye. Anak acik tahun depan baru UPSRnya. Sekarang ni tengah sibuk dengan kelas kepung UPKKnya. Acik pun berdebar juga ni untuk UPKK bulan 10 nanti, sama-samalah doakan untuk anak acik pulak ye. Thank you!

Alahaiiii...anak masak nasi goreng pun nak citer dalam blog ka? Eh aku yang cerita ko yang panassss! hehe. Poyo tak poyo ... anak sendiri punya nasi goreng tentulah ibunya suka nak berkongsi sebagai kenang-kenangan. Walaupun ini bukan kali pertama kakak masak nasi goreng, tapi sebab dia anak Hanim, maka nasi goreng kakak mesti ada dalam blog ibu hehe.

Hurmm... sekejapan dah kakak, tau-tau dah darjah 5. Tahun depan darjah 6. Pastu Form 1 ... cepat sangat membesar ni kenapa?? 






Nasi goreng kakak masak sedap sungguh la. Boleh dah masak lauk kari lepas ni hehe. Kadang ibu pun muak asyik makan makanan yang ibu sendiri masak. Sekali sekala nak merasa air tangan anak pulak tak sangka boleh tahan sedap nasi goreng kakak.

Pasni ibu boleh gantung kuali la hehe ...

Love,
Ibu

3 comments:

  1. hehehe.. bagusnya pandai masak

    ReplyDelete
  2. untunglah senang nanti kalau jadi apa2 kan, at least anak dah boleh berdikari sendiri.

    ReplyDelete

Apa kata korang?