ruangiklan
ruangiklan

Friday, September 21, 2018

Tukar baju di saat akhir!


Assalamualaikum! Tak sangka baju bendera yang first ibu buat untuk kakak terpaksa ditukar ke baju lain malam sebelum hari ni, hari sambutan penutup bulan kemerdekaan di sekolah pagi. Asalnya, kakak nak pakai baju kebaya, ibu pun dok mikir corak bendera macam mana yang sesuai untuk baju kebaya kakak. Maklumlah, kaedah hanya tampal tampal gitu je.

Tapi malam tadi tak sangka la last minute, kita tukar plan! Kakak tak jadi pakai baju kebaya pulak dah! Padahal hampir 80% siap dah ibu mendeko baju kebaya awak haha.




Ibu mengaku malam tadi ibu serabut nak buat baju bendera awak kakak. Blur terus otak ibu nak buat macam mana corak untuk baju awak ni. Ibu takleh mikir benda lain melainkan letak rambu ramba ni. Rambu ramba nilah penyelamat ibu hehe. Tapi ...bila tengok balik, ibu rasa macam baju sarkas pun ada ni .... hurmm.

Kakak cari baju lain dan jumpa satu baju ala peplum dan minta ibu hias simple-simple je kali ni. Masa tu dah pukul 11 malam kak weh. Tapi awak tak berapa berkenan baju atas tu, so ibu buatkan jugakla yang baru.





Akhirnya, beginilah hasil baju sambutan kakak untuk penutup bulan kemerdekaan. Simple dan kakak suka....alhamdulillah. Tido lambat, bangkit pagi pun lambat haha. Sampai sekolah pun cun-cun loceng berbunyi .... haihhh.

Adik pakai baju yang sama, cuma ubat sikit tang bulan ngan bintang tu. Adik berkeras taknak ibu letakkan 'batu berlian' kat keliling 'bulan' dan 'bintang' tu sebab susah dia nak duduk bersila atas lantai dalam dewan. Takut 'batu berlian' tu jatuh! tapi ibu pun keras kepala jugak hahaha ... berjaya pujuk dia untuk letak sebab barulah nampak cantikkkkkk...bergemerlapan dari jauh.

Alhamdulillah tercapai jugak hajat anak-anak nak masuh pertandingan fashion show hari merdeka tahun ni. Kakak mungkin tahun depan tak masuk dah sebab dah darjah 6, so ibu support dia untuk tahun ni. Adik masih boleh masuk lagi tahun depan ... tu pun kalau dia nak la hehe.

Love,
Ibu

3 comments:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.