ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, October 24, 2018

3 Perkara Ibubapa TAK SEPATUTNYA Buat Bila Ambil Anak Di Sekolah

  1 comment    
categories: 

Assalamualaikum! Kalau ambil anak-anak balik dari sekolah, kawasan depan pagar tu adalah tempat paling sibuk selain dari tempat letak kereta berhampiran sekolah betul tak. Kadang-kadang ada ibubapa yang nak cepat, malas nak parking jauh atau takda parking langsung dan terus berhentikan kenderaan depan pagar sekolah.

Biasa tak nampak benda ni? Atau korang juga antara ibubapa yang selalu buat macam ni? Hurmm... agak-agaknya la kan, betul ke apa yang kita buat tu? Pernah terfikir tak mungkin cara kita selama ni tak berapa betul dan sebenarnya boleh menyusahkan orang lain? Pernah perasan tak?


gambar hiasan


Kadang kita tak perasan benda kita buat tu salah dan takda orang nak menegur. Kalau tegur kang mau bermasam muka. Tapi kalau benda yang sama berulang kali dibuat, bimbang akan 'berjangkit' pada orang lain pulak.

3 Perkara Ibubapa TAK SEPATUTNYA Buat Bila Ambil Anak Di Sekolah

1.  Jangan bunyikan hon kenderaan di hadapan kawasan sekolah

2.  Jangan berhenti atau meletak kenderaan di petak 'X' semata-mata untuk mengambil atau menunggu anak keluar dari sekolah

3.  Elakkan dari parking berlapis atau double-parking sehingga menyusahkan kereta lain untuk keluar

Kita banyak kali mengalami masalah-masalah seperti di atas bila nak ambil anak-anak dari sekolah. Kadang-kadang bukan ibubapa yang buat benda ni, tapi pengusaha-pengusaha bas dan van sekolah. Sepatutnya mereka lebih arif tentang peraturan jalanraya dan ketika melalui kawasan depan sekolah.

Ada pernah kita berhadapan dengan situasi di mana seorang bapa yang parking betul-betul dalam kotak 'X' di hadapan sekolah. Nak hon tak boleh, nak jerit dia tutup tingkap pulak. Last-last kita keluar dan pergi dekat cermin dia dan beri isyarat suruh ke tepi hehe. Geram di hati Tuhan je yang tau, tapi benda-benda macam ni kalau kita tegur, nanti akan jadi tabiat yang akan menyusahkan orang lain pulak. 

So, kepada ibubapa atau pengusaha van dan bas sekolah tolonglah elakkan dari buat perkara-perkara di atas. Sama-samala kita bertimbang rasa antara satu sama lain. Mudahkan orang lain, maka Allah akan mudahkan untuk kita juga. Wallahualam

Love,
Hanim

1 comment:

  1. Selalu kena.. Kadang geram je tengok perangai manusia nie.. Kalau boleh tu nak park betul-betul depan pintu kelas.. Apa lah salahnya parking betul-betul, turun dan pimpinkan anak tu ke pagar sekolah.. Hai.. nk menuju wawasan 2020 tapi mentaliti masih rendah..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.