ruangiklan
ruangiklan

Friday, October 05, 2018

Jejak kasih selepas lebih 50 tahun terpisah!

  1 comment    
categories: ,

Assalamualaikum! Terharu ... sedih ...sebak bila mengenang kembali pertemuan mereka pada petang itu. Betapa lama mak menunggu saat itu hadir dalam hidupnya dan alhamdulillah doa mak dimakbulkan Allah swt. 

Dalam hidup kita ni, dari zaman kanak-kanak sampai ke tua pasti ada perjalanan kehidupan yang kita takkan boleh lupakan sepanjang hayat. Begitulah mak ... di usia yang hampir 70 tahun, akhirnya hajat mak untuk bertemu keluarga yang banyak berjasa padanya dulu tercapai. 


Dari kiri belakang : Uncle Musa, Uncle Rose, Uncle Mud, Mak & Uncle John (Zulkifli)


Inilah adik-beradik yang pernah mak jaga ketika bekerja di rumah orang tahun 60an dulu. Masing-masing baru berumur 7-8 tahun masa tu. Pakai, makan, masak, jaga adik-adik mak lah yang buat, tapi majikan mak tak pernah layan mak macam orang gaji termasuklah anak-anaknya.


Lama juga mak bekerja dengan keluarga diaorang, 8 tahun lamanya! Mana la mak tak terkenang-kenang sampai sekarang ye dak. Tambah keluarga mereka layan mak macam anak sendiri. Lepas kahwin, mak pernah cuba cari keluarga uncle Musa tapi tak jumpa. Keluarga uncle Musa juga pernah berusaha mencari mak di Rembau tapi mak dah tak duduk disitu.



Pertemuan yang tak dirancang, tapi Allah Maha Mengetahui. Dari apa yang mak ceritakan, pencarian ini telah berlaku selama lebih 50 tahun lamanya dan ada ketika mak hampir putus asa. Namun, takdir Allah tiada satu manusia pun yang dapat menjangkakannya apabila satu hari mak terpandang Dato' Dr Musa (kami panggil uncle Musa) dalam televisyen selepas penat menyapu di laman rumah dan segalanya bermula selepas itu.

Bila dah berjumpa semula tu, biasalah akan keluar cerita-cerita lama dari zaman mak bekerja di rumah mereka dulu. Saling kenang-mengenang gitu hahaha. Ternyata mak gembira teruja bila berborak dengan uncle Musa dan adik beradik lain. Macam kakak dengan adik-adik ....

Terima kasih uncle Musa dan family jemput kami ke majlis sambutan birthday cucu uncle. Ni kali kedua aku bertemu dengan uncle Musa dan adik-adiknya tapi kali pertama buat mak. 

Syukur rezeki mak hajat mak doa mak harapan mak tercapai jua akhirnya.

Love,
Hanim

1 comment:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.