ruangiklan
ruangiklan

Monday, October 22, 2018

Lepas kelas tambahan

  1 comment    
categories: 

Assalamualaikum! Minggu lepas adalah kelas tambahan terakhir kakak untuk tahun ini. Tahun depan dah tentu akan ada lagi kelas tambahan untuk UPSR. Bertambah sibuk la jadual kita lepas ni ye nak. Isnin sampai Jumaat dah sibuk dengan sekolah, tambah hari Sabtu kena pergi kelas tambahan pulak. Ibubapa yang anak-anaknya nak masuk Tahun 4 & 5 tahun depan kena siap siaga la ye.

Memang diakui, tahun ni kami tak berjalan sangat kemana-mana. Hari Sabtu kakak dah kena pergi kelas tambahan. Kalau takda kelas tambahan pasti ada je aktiviti dia di sekolah tu. Kalau clash dengan aktiviti lain, terpaksa batal yang tu untuk bagi laluan pada aktiviti kakak, terutama kelas tambahan atau program pembelajaran.

Sebab tu kalau kakak cuti panjang atau kakak tiada kelas tambahan ibu pasti akan berehat sepuas-puasnya di rumah! Time ni la pun ibu dapat melunjur kaki berbaring pastu tido haha. 



Mira memang tak puas hati la, cakap ibu asyik tido je. Mana ada asyik tido dik, dari Isnin sampai Sabtu ibu ni tak habis-habis kerjanya. Satu hari ni je la yang ibu dapat regangkan segala urat tegang ni ha. Kadang ibu tak faham la awak ni dapat dari mana tenaga ye? Asyik nak berjalan memanjang! Ajak kita gi sana gi sini gi sinun. Tak terkejar ibu dengan awak berdua ni ...tak reti duk diam!

Dua beradik ni jenis tak boleh duduk diam di rumah, nak kena bawa gi berjalan. Ke kedai My One Shop tu pun jadilah tengok barang-barang diaorang suka. Ibu pulak jenis suka duduk dirumah, rehat, baring, makan sepuas hati dan ...tido haha!





Lepas habis kelas tambahan, kakak takmo balik rumah lagi. Boring katanya duduk di rumah saje. Jom la kita gi taman permainan jap ibu. Haihh... ye la, moh le kita gi. Kesian pun ada kat diaorang, takkan nak pergi taman permainan pun tak boleh kan. Ibu dulu ada kawan kat rumah tu, boleh gak main sama-sama. 

Tapi diaorang berdua ni takda kawan kat blok tu. Kawan diaorang semua kat sekolah kat PJ ni. Jadi kalau balik, masuk rumah terus la jawabnya huhu.

Kakak pun sejak main bola jaring ni, kulit pun dah tak berapa nak putih hehe. Kecik-kecik dulu putih je halus mulus. Sedap sangat berjemur tengah panas agaknya, tapi takkan la nak sekat aktiviti sukan yang dia suka pulak. So, layan kan aje la selagi dia aktif dan asalkan tak menganggu pelajaran ye dak.



Sepanjang minggu ni, diaorang akan sibuk dengan peperiksaan akhir tahun. Tarikh peperiksaan sekolah rendah pun serentak dengan sekolah agama punya. So, dua kali ganda la peperiksaan diaorang nak kena jawab.

Ibu doakan kakak dan adik dapat menjawab soalan dengan lancar dan dipermudahkan. Moga apa yang kakak dan adik belajar selama ni dapat di membantu kakak cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ni. All the best to my both my precious pearls.

Love,
Ibu

1 comment:

  1. sama la kita, Nim.
    anak-anak exam minggu ni.
    syuhada, darjah 5, 2 minggu exam, tau.
    this week subjek elektif. next week 4 subjek teras tu.
    aduhai. gabra nyer aida. nak naik darjah 6 dah dia.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.