ruangiklan
ruangiklan

Thursday, November 22, 2018

Hari Anugerah Cemerlang | Sekolah Rendah Agama



Assalamualaikum! Tahun ni merupakan tahun pertama kakak naik atas pentas terima hadiah. Setelah 5 tahun belajar, alhamdulillah merasa juga kakak ye. Adik pulak tahun kedua tahun ni, syukur juga untuk my kenit sorang lagi tu. Bukan tak percaya dia boleh cemerlang, tapi masa minggu peperiksaan aritu ada isu sikit dengan dia hehe.

Isunya...

Me : ok ke paper arini dik?

Mira : ok...tapi Mira main hentam je jawab ma.

Adehhh .... dia punya ayat 'main hentam' tu yang bikin dadaku sesak sikit haha. Tu yang tak sangka dia boleh dapat nombor 1 untuk peperiksaan akhir tahun ni. 

Hiasan yang cantik

Walaupun sekolah diaorang takda pentas, tapi cikgu-cikgu semua bijak dan kreatif menghias ruang untuk penyampaian hadiah. Nampak sungguh effort cikgu-cikgu dan ajk pibg sekolah ni. Terbaikkkk!

Sebenarnya, sehari sebelum hari anugerah cemerlang Mira diserang selsema dan demam. Melepet je dia kat rumah. Bagi makan ubat, terus terbaring. Pagi tu kat sekolah, mukanya monyok je tak larat nak senyum. Tapi ibu kata Mira kuat, kena kuat nanti nak terima hadiah kan.

Mira monyok je 

Dua tiga kali snap gambar baru nampak muka kakak

Cuba untuk senyum. Alahaiii sayang ...


Tudung kelepet... don't care
Mata bengkak ... don't care
Senyum pun dah macam Monalisa dah hehe.


First time kakak dapat anugerah di sekolah agama. 
Tahniah sayang!

Ayah 'tenggelam' sebab kakak

 
Tahniah anaksss. Hartaku dunia akhirat. Moga terus seiring dan istiqomah mengejar dunia dan akhirat. Tahniah atas usaha awak berdua. 

Moga kakak dan adik tidak lupa mendoakan ibu ayah bila kami dalam bersemadi di alam barzakh. Doa anak-anak yang solehah itulah yang ibu dambakan. 

Love,
Ibu

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.