ruangiklan
ruangiklan

Thursday, January 10, 2019

Hazwani nak smartphone? Ini syarat ibu

  2 comments    
categories: 

Assalamualaikum!

Hahaha kemain bersyarat ye ibu.
Dulu ibu kata kalau kakak dapat no.1 ibu akan bagi hadiah.
Tapi masa tu dia tak reti minta smartphone lagi.
Dan masa tu belum dapat no.1 lagi dalam exam sekolah rendah atau agama.
So ibu dengan berani dan konfiden offer nak bagi hadiah la.

Masuk darjah 4, dia dah pandai tawar-menawar dengan kita.
Kalau kakak dapat top 10 boleh dapat hadiah tak mama?
Emmm boleh..tapi bawah RM50 je la.
Dan akhirnya dia pilih KFC.
Tapi ada benda lain gak dia tapau!

Masuk darjah 5, dia pujuk lagi.
Kalau kakak dapat no.1,  kakak nak minta sesuatu dari mama boleh?
Apa dia?
Kakak nak smartphone boleh?
Mak aii...advance betul permintaan kakak kali ni.
Tapi lama dah dia 'menyanyi' nak smartphone.
Apa awak ingat smartphone tu macam beli ikan kat pasar yek?

Tapi awak mesti dapat no.1 la.
Tak kisah result sekolah rendah atau agama.
Dan dia dapat no.2 exam akhir tahun sekolah agama ...fuh!
Pastu dia merayu, mama kakak dapat no.2 tak boleh ke dapat smartphone?
Hahaha...perjanjian macam manaaa?
Hanya sah untuk no.1 sayang!


Big Apple Donut favorite kakak

Ok, kalau kakak dapat 8A UPKK mama nak bagi apa?
Ibu bagi... kasih sayang secukupnya! haha.
Mujur tak deal dengan dia pasal UPKK.
Tapi bukanlah tak bagi hadiah langsung.
Dia pau jugak kita walaupun bukan smartphone.
Bawa dia gi jenjalan kat shopping mall walau sekadar 'cuci mata'.

Satu hari...
Kakak nak smartphone?
Nakkkk!
Ok ... kalau kakak dapat masuk MRSM atau SBP dan duduk di asrama ibu akan bagi.
Lepas tu dia tanya MRSM tu apa, SBP tu apa hehe.
Kita dah terangkan baru dia faham.
Smartphone tu sebagai syarat je.
Kalau awak dah berjaya esok, lebih dari tu awak boleh beli.

Pernah dia bagitau, kawan-kawan dia semua dah ada smartphone sorang satu.
Dia bercerita tu kita dengar je la.
Belum time awak nak bergajet lagi.
Tunggu la awak dah sekolah menengah nanti.
Sebab smartphone ni kalau nak beli mesti ada keperluan.
Buat masa ni ibu tak nampak keperluannya pada awak.
Belum lagi ...

Harap kakak bersabar dan fokus pada UPSR & PSRA.
InsyaAllah tak lari kemana gajet tu.
Yang penting pelajaran dahulu.

P/S: kejap ber-ibu, kejap ber-mama ... yang mana satu ni? hahaha diaorang panggil mama, kita bahasakan diri ibu. Boleh macam tu? hehe

Love,

Ibu

2 comments:

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.