Powered by Blogger.

Thursday, April 04, 2019

Biar mandul, jangan lurus bendul


Assalamualaikum! Dia dok ulang lagi gazette Ecah dan Nur terjun kolam. Mungkin dalam episod 2 ni kottt! Permulaan cerita pun dah diselubungi dengan masalah kewangan Darul Mukhsin. Yang mak Adam tak habis-habis prejudis dia. Dah boleh terima Nur sikit-sikit tapi masih skeptikal dengan orang lorong secara keseluruhan. 

Yang kelakarnya, Ayah haji balas,"takpe, nanti kita bentang karpet merah untuk awak dari jalan sampai ke lorong rumah Nur, pasang khas untuk orang have-have macam awak" hahahaha...baru ada akai!

"Gembira acik kau!", amboiii Madi dah ke 'dalam' pun sempat jugak kau mengherdik bini kau ye. Tak habis-habis modal 'mandul' kau ye. Lancang sungguh mulut Madi ni...ya Allah. Ecahhhh please la buka mata kau luas-luas. Terang-terangan dia menghina kau. Nak simpan lagi buat apa suami begitu! 



Memang sedang elok la mak kau 'basuh' kau cukup-cukup bila kau minta tolong nak jamin suami kau. Bukan mak kau je pening, aku yang tengok pun pening dengan cara pemikiran kau yang taat pada suami memvavi buta macam tu! Tapi tu la kan...naluri mak-mak. Macam mana giler dan jahat pun anak menantu tu tetap diusahakan untuk tolong. Terketar-ketar mak Adam bagitau ayah haji huhu. Tapi aku memang sokong ayah haji tak nak bantu Madi. Biar dia mereput dalam tu!

Dan disinilah Ecah bongkar rahsia pada mak yang dia sebenarnya dah disahkan mandul. Tu sebab la dia takut Madi ceraikan dia sebab katanya hanya Madi je yang boleh terima dia yang mandul. Ehhh lantak la! mandul pun mandul la...simpan suami macam tu pun bukan boleh ada anak. Kalau menjanda pun tetap takda anak. Yang penting suami kau hargai kau bukan hina kau.

Bukan mudah nak sampaikan dakwah. Berapa lancar pun percakapan kita, berapa tinggi pun ilmu agama kita tapi jika tiada iringan kasih sayang dan kelembutan berdakwah, maka takkan dapat menyentuh hati-hati manusia. Tetiba teringat Ustaz Ebit Lew.

Di lorong itu jugalah, Adam akhirnya bertemu dengan ...... Juita! Pandangan mata tu pun dah tahu kau ada sesuatu sangat dengan Adam kan! Terasa macam psikik pulak dah aku ni hahaha. Vongko punya Juita...masuk kereta Adam terus tunduk ke bawah hahaha! 

Bila nak terjun kolam nih! :p

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.