Powered by Blogger.

Friday, May 03, 2019

Begini rupanya bukaan 10cm!


Assalamualaikum! Kita biasa tengok video ibu-ibu bersalin secara c-sect melalui perkongsian di fb kan. Berapa cm doktor toreh dan berapa lapis doktor potong kulit perut untuk sampai ke rahim ibu? Berjuang demi anak sorang yang dikandung 9 bulan 10 hari. Sampai masa, si ibu terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawa si anak tadi.

Tapi pernah tak kita terfikir, bagaimana ibu yang bersalin secara normal ye?  Pernah tanya tak bukaan 10cm tu macam mana ye? Berapa besar 10cm tu? Ambil pembaris dan tengok 10cm, tapi tak boleh bayangkan sebab pembaris tu lurus haha. Sebelum ni aku pun takda la tertanya, tapi bila dah orang share gambar ni, oohh baru tauuuuuu.



Pengalaman bersalin secara c-sect dan normal dah tentu tak sama. Sakitnya tak sama dan parutnya pun tak sama. Alhamdulillah aku merasa macam mana rasa bersalin secara c-sect untuk kakak dan normal untuk adik. 

Time dalam labor room tu nak menunggu 10cm satu hal. Sampai 7cm aku dah ready nak teran. Tak tahan rasa macam ada seketul taik besar nak keluar haha. Tapi time 7cm tu memang aku tak boleh tahan dah. Datang doktor terus cakap,"Puan Hanim, awak kena tunggu 10cm. Kalau awak teran sekarang nanti koyak sampai punggung. Tahan ye Puan Hanim...sikit je lagi 10cm".

Aku pun percaya la bulat-bulat cakap doktor tu. Sikittt je masa lagi nak sampai 10cm. Rupa-rupanya....?? 1cm satu jam woi haha! Rasakan kau Nim! Tiga jam aku menunggu 10cm ...bayangkan dalam 3 jam tu berapa kali aku nak rasa nak teran daaaaa.

Tapi alhamdulillah aku sampai jugak la 10cm tu. Bila doktor kata, "ok Puan Hanim, tarik nafas dan push ye". Aku yang hilang separuh tenaga pun push la 3 kali dan si kenit debab Mira pun lahir ke dunia!

Kalau ditakdirkan aku mengandung lagi, apakah aku akan memilih c-sect atau normal? Jawapannyaaaaa....tunggu sehingga aku hamil! hahaha. 

Ibu bertuah,
Hanim

2 comments:

  1. akak kan..memang rasa nnak meneran la..masa time akak dulu giler gamai dlm labour room nak bersalin..bleh dengar sorang..sorang menjerit..akak plak makcik cleaner tu nampak kepala baby dh nak kuar...berlari masing2 support akak plak...but siyesly...giler sakit la...koyak jjugak la walau x banyak

    ReplyDelete
  2. Hadoooiii! Memang sengsara nak tunggu bukaan 10 cm! Saya pernah minta izin nurse untuk teran walaupun nurse kata bukaan baru 5 cm. Nurse kata : Cubalah. Alhamdulillah sekali teran terus lahir. Yang bongsu pula, nurse kata baru 3 cm, tak boleh teran, kena juga tunggu 10 cm, tapi sebab tak tahan terus teriak panggil nurse, dan suruh check sebab memang baby dah nak keluar. terkejut nurse bila check sudah masuk 8 cm. Ada kalanya jangka masa contaction memang tak boleh diukur dengan kiraan jam, ada yang cepat dan ada yang lambat.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.