Powered by Blogger.

Thursday, May 23, 2019

Penjual laksam yang jujur


Assalamualaikum! Sebelum ni takda telio pun tengok laksam. Tapi sejak opis buat makan-makan, dan diaorang order laksam terus aku jatuh ketagih dengan makanan dari Pantai Timur tu. Masuk bulan Ramadan aku try cari kat bazar tapi takut terbeli yang tak sedap.

Pengalaman beli makanan tapi dapat yang hampeh bukan aku sorang je yang terkena betul tak. Baik apa pun jenis makanan. Nasi mentah la, inti semosa masam la. Bukan senang nak cari orang yang betul-betul jujur dalam perniagaan makanan. Walaupun bukan semua, yang seketul dua tu la yang buat kita jadi trauma nak beli lagi. Aku terus banned kalau terkena sekali. 



Dari minggu pertama aku beli, inilah laksam yang menjadi juadah wajib untuk diriku. Sampai anak-anak pun tanya sedap ke ma. Eh sedap laaaaa lemak berkrim kuah dia pekat! Puas makan sebekas, tapi saja beli 2 bekas setiap kali hahaha.

Selain laksam juadah wajib kitaorang murtabak. Cik abg punya kesukaan la tu. Memang jujur pakcik tu meniaga. Murtabak daging ada daging dalamnya. Kalau gigit tu berasa la daging tu. Harga pun maintain dah beberapa tahun. Orang lain dah naik lima posen atau seringgit. Dia tetap macam tu jugak harganya. Pakcik tu pun dah hafal muka yang sama je asyik membeli hehehe.

Sebab tu datangla murtabak makassar ke, singapore ke aku tak pandang. Aku pandang murtabak Omar Kedah jugak!

Hari ni berbuka dah tentu aku akan cari laksam dulu. Terima kasih pada peniaga-peniaga yang jujur. Jujur dalam menyediakan makanan dan tidak buat cincai boncai macam sesetengahnya. InsyaAllah aku doakan korang murah rezeki dan diberkati...aamiinnn.

Pencinta laksam yang sedap,
Hanim

4 comments:

  1. Bahagia bila jumpa peniaga yang jujur.. memang jadi pelanggan tetaplahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis, kalau buat sedap bersih memang orang repeat banyak kali

      Delete
  2. buat sendiri la anim..lagi berbaloi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi tu memang berbaloi sis, tapi kerajinan tu belum ada lagi haha

      Delete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.