Powered by Blogger.

Friday, July 12, 2019

Pertama kali masuk pertandingan dah kena downgrade?


Assalamualaikum! Hari tu dia mengadu ustad dia tak bagi main alat muzik, kali ni kes lain pulak. Tapi dia mengadu tu takdala mukanya masam macam hari tu. Ni dia cerita berseloroh je la dengan kita. Tapi, dalam seloroh-selorohnya tu terasa juga hati my kenit tu.

Bila dia dapat tahu dia dipilih masuk dalam pertandingan nasyid wakil sekolah, punyalaaaa eksaited my kenit tu. Siap suruh ibu carikan lagu yang dia nak hafal tu kat youtube. Hari-hari itulah yang dia nyanyi, sampai ibu pun nyanyi sama la! :)

Satu hari dia balik bercerita, cikgu tak bagi dia pegang mikrofon dah. Bila ditanya kenapa? jawabnya cikgu cakap suara Mira sumbang. Aduhaii...kesian anak ibu ni. Kalau ikutkan 'panas' hati ni, nak je cakap suh cikgu awak je la nyanyi...suara dia merdu sangat kot!




Tapi akhirnya aku cakap bagi ibu, suara Mira paling sedap. Aku tak nak semangat dia pudar disebabkan cikgu cakap macam tu. Penat dan beriya dia menghafal lagu nasyid dalam seminggu tu. Takkan nak suruh dia give up? Lagipun ini kali pertama dia mewakili sekolah. Bila kali pertama masuk pertandingan, cikgunya kata sumbang pulak.

Budak tu bukan masuk darjah 1 boleh terus menyanyi suara merdu. Ingat dia tak terasa hati ke? Aku yang dengar ni pun hancur berderai rasa. Even kalau betul suara dia terkeluar dari 'landasan' sekalipun janganlah downgrade terus. Mujur la my kenit tu tak tunjuk muncung.

Pastu balik umah aku ajar dan bagi sikit tips untuk dia perbaiki teknik menyanyi. Part yang kena tinggi tu aku suruh dia slowkan sikit suaranya supaya suara dia tak 'lari' jauh dari kawan-kawan yang lain. Umpama macam trick la. Baru la dia ok sikit.

Hari pertandingannya esok. Moga dipermudahkan semuanya untuk Mira dan team nasyid sekolah. Love you sayang.

Love,
Ibu

3 comments:

  1. alaaa.. kesian. semoga ada rezeki next time..

    ReplyDelete
  2. Alahai keciannya. . Xpa buktikan bileh jugak. .Gud luck dik

    ReplyDelete
  3. kesian dia.. xptot la ckgu ckp mcm tu..
    septotnye bg la semangat kat dia..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.