Breaking

Friday, July 19, 2019

Waktu Bekerja Fleksibel Berkuatkuasa 1 Ogos 2019




Assalamualaikum! Sejak skim waktu bekerja yang baru diperkenalkan beberapa bulan yang lepas, aku tengok banyak perubahan positif. Kebanyakan staf penjawat awam kat opis ni pun dah tak kelam kabut terkejar-kejar masa nak sampai di opis tepat pada masa.

Sebelum ni, yang mana masuk keje awal terutama pukul 7.30am pasti akan buat 'larian balapan' dari kereta ke tempat thumbprint sebab nak kejar lagi seminit tu. Kalau 7.31am lambat lah jadinya. Cukup bulan laporan attendance keluar, nampak merahhhhhh je atas kertas tu hehe.

Oppss! sebelum tu nak bagitahu, WBF ni untuk yang bekerja waktu pejabat aje ye. Yang syif tu kena patuhi lah waktu bekerja syif yang sedia ada ye. Jangan terkeliru pulak!




Pekeliling WBF yang baru dah pun keluar dan akan berkuatkuasa pada 1 Ogos depan. So, lepas ni takda WP1 sampai WP4 macam dulu dah. Semuanya fleksibel!  

Lagi satu, tak perlu isi borang nak pilih WP. Ikut masa korang thumbprint tu dan kira waktu bekerja. Mula masuk pukul 7.30am sehingga 9.00am dan balik dari pukul 4.30pm hingga 6.00pm dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja 9 jam.



So, patuhilah WBF korang mengikut negeri masing-masing. Aku lebih suka WBF ni sebab kita tak terikat untuk ikut satu waktu je. Kita masih boleh sampai ke pejabat dalam tempoh waktu masuk yang panjang tanpa terlambat. Tapi nak balik awal tak boleh la ye. Kalau dah thumbprint kul 8.30am, jangan lah nak minta balik pukul 4.30pm pula. Tak cukup 9 jam tak boleh ye hehe.

Cuma kadang-kadang aku tersasul juga tak ingat pukul berapa thumbprint haha. Pastu nak balik dah kalut mikir pukul berapa aku thumbprint pagi tadi ye? sebelum pukul tujuh setengah ke selepas tujuh setengah?? Haaa tu yang mencabar sikit jadinya. Nak selamat thumbprint la pukul lima hehe.



Love,
Hanim

1 comment:

  1. pagi tadi. aida drive punyer lah laju.
    nak anta syuhada.
    then nak drop ijat plak.
    sib baik sukses thumbprint kul 7.28 pagi.
    hu hu hu hu monday blues kan :) ha ha ha ha...

    ok la. tak la kelam-kabut lagi.
    lambat dtg, lambat la balik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.