Powered by Blogger.

Tuesday, November 19, 2019

Pendaftaran Tingkatan Satu


Assalamualaikum! Tahun hadapan kakak bakal melangkah ke alam persekolahan yang baru. Sekolah baru, persekitaran baru, kawan baru, cikgu baru, subjek baru. Segalanya baru! Ibu dan ayah hanya mampu berdoa dan berusaha menyediakan keperluan sekolah kakak semampu kami. Harapan kami cuma kakak dapat menjadi pelajar yang berdedikasi dan menjadi contoh yang baik kepada adik.

Minggu lepas adalah minggu pendaftaran Tingkatan Satu untuk kakak. Disebabkan dia bersekolah di Selangor, maka penempatan untuk sekolah menengah juga dibuat di Selangor. Dan SMK Assunta adalah yang terdekat dengan opis ibu, sama seperti sekolah rendah dia dulu.


Beginilah dulu bila ibu daftarkan kakak ke darjah satu di sekolah rendah. Isi borang secara online, kemudian pergi sekolah untuk dapatkan cop dan sediakan salinan dokumen yang telah disahkan.

Bila kakak nak masuk Tingkatan Satu pun ibu buatkan juga. Daftar online dan sediakan salinan dokumen. Baik SBP, MRSM mahupun sekolah menengah ibu yang uruskan sebab dah terbiasa dan lebih selesa kalau kita buat sendiri hehe. 

Dokumen yang diperlukan dah lengkap. Walaupun ibu sudah apply SBP dan MRSM untuk kakak, tapi pendaftaran untuk penempatan ini masih perlu. InsyaAllah kalau ada rezeki kakak nak masuk asrama, maka kita akan mohon kesana. Tapi kalau rezeki kakak di sekolah harian, ibu dan ayah terima seadanya asalkan kakak bersemangat nak teruskan pembelajaran.




Menunggu giliran 

Kawan satu sekolah. Sedih nak berpisah katanya huhu


Ibu kata kalau kakak ada rezeki ke SBP atau MRSM, kakak akan ke sana tau. Alaaa sedihnya nak berpisah ngan kawan ma. Kakak, kat sekolah baru nanti awak akan dapat kawan baru juga. Kawan lama bukan kita buang terus, awak kan ada media sosial, masih boleh berhubung dengan diaorang.

Mereka kalau dapat ke SBP, juga akan pergi ke sana so kakak tetap kena berpisah dengan diaorang juga nanti. Walau jauh dimata, korang masih boleh berhubung. Zaman sekarang ni zaman gajet, zaman media sosial. Takat instagram tu kawan-kawan awak pun dah ada. Boleh je tanya khabar selalu hehe.

Lain la kalau bergaduh, ha ye yang tu putus kawan terus namanya. Jangan macam tu ye.

Ibu yang teruja kerana anak nak masuk Tingkatan 1

Dulu kakak kecil comel debab je kalau berdiri sebelah ibu. Sekarang kakak dah makin besar panjang tapi belum boleh mengalahkan ibu hehe. Haihh sebak tengok gambar ni, anak ibu dah besar! Enam tahun di sekolah rendah, macam-macam yang kakak tempuhi. 

Dalam pada kena marah, kena tegur tu kakak masih nak minta tunjuk ajar ibu. Dan ibu memang tak nafikan ibu garang yakmat! Maafkan ibu ye...niat ibu cuma nak kakak berikan yang terbaik dalam pelajaran, sebab ibu tahu anak ibu pandai dan cerdik. Cuma kena 'push' sikit kakak tu.

Terima kasih juga kat kakak sebab amik ibu jadi 'cikgu' di rumah mengajar kakak pelbagai subjek. Tapi ibu tak berapa pandai jugak kadang-kadang tu hahaha.

'Cikgu' Hanim melapor diri 😆

Last but not least, ibu pun teruja sebenarnya nak bergambar di 'I 💓 Assunta' ni hahahahha! Konon cikgu la tu nak melapor diri mengajar murid. SMK Assunta ni sebenarnya dah lama popular sejak ibu di bangku sekolah menengah lagi, terutama dari segi cemerlang akademik. 

So pendaftaran Tingkatan Satu kakak setel! Kita tunggu je la keputusan UPSR kakak Khamis ni. Allahuakbar...memang ibu dup dap dup dap saja dua tiga hari ni tau. walaupun ibu dah set kepala ni suruh cool dan tenang tapi jantung tu dok dup dap dup dap je.

Moga Allah permudahkan segalanya buat kakak...aamiinn.

Love,

Ibu

3 comments:

  1. teringat plak dulu ms mula2 masuk tingkatan 1..
    excited ade.. tkot pon ade..
    bila ingt blk klaka sgt.. haha

    semoga dipermudahkan segala urusan kakak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kita dulu nervous nak masuk tingkatan 1. Sekarang nervous jugak sebab anak yang nak masuk tingkatan 1 haha. Aamiinnn ya rabbal alamin tq atas doanya :)

      Delete
  2. kejap je dah nak masuk form 1. mudah mudah permohonan masuk SBP atau MRSM berjaya. Aaminn

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.