Awesome Places
Monday, January 07, 2013
Pertandingan Memancing Di Sungai Beku.
SEOUL - Ribuan pengunjung termasuk wanita berkumpul pada musim sejuk untuk memancing di sebatang sungai beku di Hwacheon, dalam daerah Gangwon, 120 kilometer ke timur laut Seoul, Korea Selatan.
Festival Ais Hwacheon Sancheoneo dibuka pada setiap bulan Januari (musim sejuk) kepada para pengunjung untuk melakukan pelbagai acara menarik yang disediakan, antaranya ialah memancing dalam ais.