Breaking

Sunday, May 26, 2013

Sunday, May 26, 2013

Barakallah Big Boh!

Assalamualaikum!~

Angin bayu bertiup beberapa bulan sebelum ni di FB mengatakan akan ada orang baru dalam keluarga UAI. Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini menjadi detik terindah buat UAI sekeluarga dengan kehadiran 'bunga' yang bakal mewarnakan lagi hidup berkeluarga UAI.

Siapa yang tak mahu dipimpin oleh ulama yang tersohor ini. Semoga Allah memberkati UAI dan isteri-isteri beliau. Di sebalik kata-kata sindiran dan sinis terhadap UAI yang memilih anak dara sebagai jodoh beliau, ketahuilah wahai yang berkenaan (yang menyindir), bahawa JODOH ITU MILIK ALLAH. Dia yang tentukan...bukan UAI.

Maka, sebagai hamba Allah s.w.t kita semua perlu redha dengan setiap qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk kita. Harapan kami anak-anak murid UAI yang di kejauhan ini, agar UAI dapat meneruskan perjuangan beliau menyampaikan dakwah untuk anak-anak muda.


TAHNIAH USTAZ AZHAR IDRUS... SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU SELALU
 (^_^)

UAI bersama isteri ke-3nya, Izyan di meja makan beradab.

Saturday, May 25, 2013

Saturday, May 25, 2013

'Saleem' Versi Bangladesh (VIDEO)

Assalamualaikum!~

Sapa sini minat ngan Saleem IKLIM? Kenit minat kentang dengan penyanyi bersuara serak romantik ni dulu. Lagu-lagunya memang kena ngan 'feel' Kenit hehe.

Era kepopularan penyanyi Saleem telah lama pudar dengan lambakan penyanyi baru. Namun, keaslian suara beliau yang serak basah sukar ditandingi atau ditiru oleh sesiapa membuatkan Saleem sangat EKSKLUKSIF!

Cuba anda tonton dan nilai sendiri suara pemuda ini...samakah dengan suara Saleem?
Saturday, May 25, 2013

Anugerah Pilihan Pembaca 2013

Assalamualaikum!~


Membaca Amalan Mulia
Baca Untuk Undi, Undi Untuk Menang!

Bidang ilmiah dan akademik tidak terkecuali dari melalui proses modenisasi. Walaupun generasi muda sekarang prefer pada pembacaan melalui internet dan media elektronik lain, namun medium bacaan konvensional iaitu melalui buku masih mendapat perhatian di kalangan para pembaca yang setia.

Kejayaan penulis menghasilkan bahan bacaan yang baik bukan saja mampu menarik perhatian pembaca di luar sana, malah dalam masa yang sama berjaya mentarbiyah dan mendidik masyarakat agar sentiasa celik ilmu.

Thursday, May 23, 2013

Thursday, May 23, 2013

Pengalaman Kenit Berpantang - Ceaserean.

Assalamualaikum!~


gambar hiasan

Ceasearean = C-Sect. = Czer
  • Pembedahan cesarean merupakan satu pembedahan yang melibatkan beberapa lapisan pada dinding perut wanita. Lapisan kulit, lapisan-lapisan otot dan dinding rahim dibuka bagi membolehkan bayi dilahirkan melalui pembedahan tersebut.

Wednesday, May 22, 2013

Wednesday, May 22, 2013

Bolehkah Tidur Dalam Masjid/Surau?

Assalamualaikum!~


Biasa nampak kertas notis/peringatan/amaran/cadangan yang lebih kurang seperti ini tertepek di dinding surau opis anda atau di masjid?? 

Tidur di dalam surau/masjid telah dimasukkan sebagai larangan yang 'termaktub' dalam peraturan dan adab ketika di masjid/surau.

Wednesday, May 22, 2013

Kelab Bayern Munich Bina Masjid.

Assalamualaikum!~

Tersebarnya Islam di seluruh Dunia...

Dimulakan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Islam akan mencapai wilayah yang dicapai siang dan malam. Allah tidak akan membiarkan rumah yang mewah mahupun yang sederhana kecuali akan memasukkan agama ini ke dalamnya…”
 (HR. Ahmad)

Baru 5/6 tahun kebelakangan ni je Kenit tahu yang ramai juga pemain bola sepak di Eropah beragama Islam. Antaranya Zinadine Zidane (bekas pemain Real Madrid), Nicolas 'Bilal' Anelka (Chelsea), Sulley Muntari (Inter Milan), Thierry Henry (Arsenal) dan Mesut Ozil (Real Madrid). Alhamdulillah..........

Tuesday, May 21, 2013

Tuesday, May 21, 2013

Langgar 'Pantang'.

Assalamualaikum!~

Sedangkan iman pun boleh goyah, inikan pulak DIET!

Tak guna menaip banyak, perut dah lapo kedaroh semalam. Maka, singgahlah kami di Atas Tuber Restoran, Desa Pandan.

Tuber?? Tak tahu betul ke tidak..tapi Kenit cari maksudnya lebih kurang macam 'bonggol'. So, restoran ni dok ataih bonggoi ka? Cenggitu? hehe. Belasah je la! perut dah lapo kedaroh doh ni!


Tuesday, May 21, 2013

"Teh Beng Ser!"

Assalamualaikum!~

Tahun 2004 Kenit pertama kali menjejakkan kaki ke Pantai Timur. Penghijrahan yang membawa 1001 rahmat dan kebaikan buat diri Kenit. 

Seronok bergelar perantau, tapi dalam masa yang sama gementar kerana 'sebatang kara' di negeri orang. Kekangan bahasa dan dialek tempatan yang luar biasa agak menjanggalkan (betul ke tatabahasa ni?) Kenit hehe.

Mula-mula memang susah nak catch-up maksud diaorg, tapi hidup ni kan penuh cabaran hehe. Kalau cabaran sekecil ini pun kita tak tahan acaner nak menghadapi cabaran yang lebih hebat nanti, ye dop? (^_^)

Nak tahu perkataan pertama yang Kenit belajar mula-mula sampai di Kuantan?....

Monday, May 20, 2013

Monday, May 20, 2013

PowerBank YooBao.

Assalamualaikum!~

Powerbank yang menakjubkan....

Mengapa? Sebab di saat kemalasan untuk mengecaj handphone datang melanda, powerbank sedia datang membantu Kenit! ekekeke.


Kenit sememangnya rabun gajet. Tang mana ada gajet yang canggih manggih orang lain dah duk pakai, 6 bulan lepas tu atau setahun lepas tu baru Kenit perasan.... 

"Oohhhh...powerbankkkkkkk! Gitu kekdahnyeeeee~"
Monday, May 20, 2013

Nuffnang : DiGi Prepaid & Iron Man 3.

Assalamualaikum!~

Permulaan yang baik untuk hari Isnin penuh kemendungan hehe.

Tersangat feliks dengan Nuffie. Bila dia duduk sengsorang jadi 'taiko' kat blog ni susah plak nak dapat earning. Ni bila dah di'madu'kan dengan KOMLI kemain lagi dia ligat bagi CPC.

Tak kisahlah feliks ke tak, asalkan orang bagi kita amik la ehehehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.