Breaking

Friday, January 30, 2015

Friday, January 30, 2015

Bila Anak Mengadu Ditendang ...


Assalamualaikum!


Maksud ditendang disinilah bukanlah budak tu tendang ganas-ganas sampai menangis atau tendang macam nak bergaduh. Cuma kadang-kadang budak-budak ni ada masa dia nak bergurau mungkin tak kena tempat atau dia memang tebiatnya menggunakan tangan atau kaki ngan kengkawan.

Alkisahnya petang semalam si Mira yang tengah pakai kasut sekolah tetiba tepuk belakang seorang budak lelaki di rumah pengasuhnya. Terkejut aku ...! Apasal Mira buat macam tu kat budak tu? Aku assume budak tu baru darjah 1 kot ...bila dia kena tepuk gitu, dia pusing belakang dan cuba nak lututkan Mira tapi bila terpandang aku ..dia tak jadi menoleh kebelakang dan kemudian terus masuk ke dalam rumah!

Aku panggil Mira dan tanya kenapa dia tepuk belakang abang tu? Takkan Mira pun dah pandai membuli orang? Rupanya Mira cerita budak tu selalu tendang dia walaupun Mira tak main ngan dia. Jadi Mira tepukla belakang dia ...!


Friday, January 30, 2015

Bukan Ibu Tak Nak Bawak Motor ....


Assalamualaikum!


gambar hiasan

Anak-anak .... cer bayangkan ibu yang duduk atas motor besar tu :)


Penat dah kena perli ngan anak-anak. Sedih gak hati ni bila mengenangkannya .... ((haha))! Kalau dalam kereta aku duduk kat seat penumpang samada depan atau belakang ... kalau terpandang orang perempuan sedang menunggang motor aku mesti tengok dia sampai hilang dari pandangan.

Tengok bukan sebab ape ... tapi sebab aku kagum! Kagum ngan orang perempuan yang boleh menunggang motor. Seriously, aku berharap aku boleh menunggang motor seperti diaorg! Pergi balik keje naik motor... meronda ngan anak naik motor. Tapi hati aku tak se'kering' mereka .... means berani la! hehe.

Thursday, January 29, 2015

Thursday, January 29, 2015

Hamil Anak Ketiga Boleh Jadi Gemuk?


Assalamualaikum!




Pengalaman mengandungkan dua orang anak serta bersalin secara c-zer dan normal tidak cukup untuk menjadikan badan aku berisi atau gemuk. Kenaikan berat badan aku dari 45kg masa mengandungkan kakak dulu naik sehingga 65kg di akhir trimester hanya mampu bertahan selama 9 bulan 10 hari je hehe.

Tempoh pantang 44 hari dengan pantang yang strict giler dari mak sekejapan je dapat menurunkan kembali berat badan ni. Disebabkan c-zer .... segalanya disekat! Makan ... nak pulak makanan sedap-sedap macam sup tulang ngan ikan tenggiri masak kicap ((hehe)) semua pun tak boleh sentuh. Menyusu badan pulak tu ... lagi cepat turun!
Thursday, January 29, 2015

2 Tempat Paling Kerap Dikunjungi Di Sekolah!

Assalamualaikum!

Anak-anak dah masuk alam persekolahan, ibubapa adalah insan paling gumbira dan paling teruja. Bagi anak-anak yang sekolah menengah, mungkin 'gejala' ini tidak begitu kronik untuk dibincangkan tapi bila melibatkan anak-anak di sekolah rendah (melalui pengalaman sendiri) rasanya, ini boleh ditambah dalam senarai 'benda yang boleh buat ibu pening'! hehe.

Bila kakak melangkah ke sekolah rendah, dia sangat teruja dengan banyak perkara! Sekolah yang dulunya (tadika) kecil dan hanya ada beberapa bilik, tapi sekarang di sekolah rendah, dia boleh turun naik tangga 'memanjangkan' kaki meneroka bilik darjah, bilik guru, kantin even toilet! haha. Tak heran ... sebab ibunya pun dulu macam tu. I guess korang pun sama gak kan ... siap cikgu ada buat tour untuk murid darjah 1 dulu.

Wednesday, January 28, 2015

Wednesday, January 28, 2015

Surat Lukisan


Assalamualaikum!




Lately semangat kakak lebih ke arah melukis. Semuanya bermula bila dia tengok satu video kat Youtube orang melukis gambar muka Harry Potter yang hampir serupa dengan gambar sebenar. Ibu cakap lukisan ni tak 'power' lagi kak. Pastu ibu tunjuk satu lagi video 'sand art' yang melukis guna pasir ....terus dua beradik ni terpegun! hehe

Ibu mengaku bab lukis melukis, sketching ni memang ibu agak ke'lemah'an sikit. Mungkin sebab ibu kurang latihan semasa kecil walhal mak ngah (akak) memang pandai melukis. Tapi entah kenapa bakat itu takda dalam diri ibu hehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.