Breaking

Friday, June 19, 2015

Friday, June 19, 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT HAZEL NUT & COKLAT


Assalamualaikum!


Tak lengkap rasanya kalau biskut raya takda rasa coklat kan! Tambah kalau biskut tu boleh cicah dalam limpahan pekat coklat yang berkilat-kilat ...perghhhh! Resepi seterusnya ni, memang mudah untuk diikuti. 

Jom chef-chef muda ... kita mulakan sekarang! ^^




SEMPERIT HAZEL NUT & COKLAT

Bahan-bahan :

200gm SCS Mentega Bergaram
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran, dihidang)

Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.

2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang Hazel, tepung jagung dan tepung kastard. Mengguli sehingga menjadi doh.

3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.

4. Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit atau sehingga masak.




Mmmm ..nyummm nyumm. Sedia dicicah ke dalam coklat lembut penuh berkrim! Semperit Hazel Nut & Coklat ni memang kegemaran kakak dan adik. Kalau dapat sebalang, malam tu jugak dihabiskannya! Tak sempat tunggu pagi Raya hehehe.


Selamat Mencuba!
^^

Friday, June 19, 2015

Perkara Yang Boleh Membuatkan Mak Mak Rasa Nak 'Tercabut' Jantung T_T


Assalamualaikum!


Banyak benda yang boleh buat mak mak seperti kita ni rasa macam nak tercabut nyawa bila berhadapan dengan sesuatu situasi atau pengalaman. Terutamanya dengan anak ...tentang anak! 

Keselamatan anak-anak ....itu yang utama! Takda kompromi! Dalam rumah, luar rumah ...tak kira kalau tengok anak umur 8 tahun main lompat-lompat kat tangga pun mulut ni mesti nak mengeluarkan pesanan 'penaja' demi keselamatan. 

Itu baru kes main di tangga. Belum cerita bab hilang seketika ...! T__T

Pernah hilang anak? Di shopping mall? Di bazar Ramadhan?  Kes aku bukan hilang anak kat tempat-tempat begitu .... tapi di sekolah! Haaaaaaa ....

Alkisah tetiba dapat call dari Pak Jelan, cakap kakak takda di sekolah! Aiik...mana pulak perginya? Suh gi cari dia kat padang sekolah since ayahnya dah cari kat belakang sekolah dan di kantin. Haghaammmmmm tak nampak batang hidungnya!

Call aku lagi ... cakap kakak konfirm takda! Aku suh tanya pak guard, tak tahu apa hasilnya. Hati dah berdebor-debor ... mana pulak kakak ni! Tak pernah dia buat hal macam ni. Otak ligat berfikir benda yang merapu-rapu ...tapi takmo layan ... kang aku pulak nangis teriak kang.

Kali ketiga Pak Jelan call, konfirm memang takda dia di sekolah! Allahurobbi ... :(

Cepat-cepat call pengasuh yang selalu amik dia tu. Yang berjawabnya, anak dia. Dah la call guna wassap, payah nak dengar suara dengan jelas. Beberapa kali call baru dapat cakap ngan anak pengasuh! Aku tanya dulu, adakah Hazwani dah balik dan ada di situ? Bila dia cakap ..."ada ...." AAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH .... lega rasa baq hang! Rasa seperti nyawa yang dicabut tadi kembali melekat di badan.

"Panggil dia jap ...", pintaku pada budak tu. 

"Hello ... ibu ...."

"Hah ...kakak balik ngan sapa tadi? Ayah cakap dah kan ayah datang amik ...."

"Ayah lambat ...so kakak balik ngan acik (pengasuh) la..."

Haihhhhh ..... semput ibu ko buat kak! Grrrr ...... ayah tu pun dah naik semput cari kakak satu sekolah huhu. Lenkali please don't give us heart attack can ar .... we both old already you know .... -___-



Friday, June 19, 2015

Puasa Pertama & Karipap Kambing Gergasi



Assalamualaikum!


Alhamdulillah ... hari pertama berpuasa semalam semua orang nampak happy kan. Tapi ngantuk!! Yessss ... laparnya tidak, dahaga jauh sekali sebab time sahur dah godak setengah tong air masak muahaha! Tapi ngantuknya .... subhanallah sangat luarbiasa!

Alkisah semalam my anak dara yang sulung eksaited nak bangkit soq (sahur). 

"Takpe bu .. sok kakak kejut ibu"

"Ha ok ... buat jam kul 5 pagi tau"

Sekali ..... krrrrrrinnnggggggggggggggggggggg!

"Bu bangunnn ...dah kul 4 pagi ... bangun bu bangunnnnn"

Ya Allah .. awalnye ko kejut ibu kakkkk, cakap dalam hati. Pastu baru teringat nasi tak masak lagi muehehe. Tau tau je anak aku ni ibu dia kena masak nasi dulu :p

Wednesday, June 17, 2015

Wednesday, June 17, 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT CAPPUCINO


Assalamualaikum!


Memasuki Ramadhan al-Mubarak, pasti ibu-ibu mula sibuk menyiapkan juadah biskut untuk Hari Raya. Ataupun ada yang nak menambah koleksi biskut raya sikit-sikit ke .... hehe.

Macam biasa, setiap tahun mesti ada resepi terbaru atau yang sedap teringin nak dicuba bukan? Haaa ni aku ada resepi biskut yang pasti akan jadi kegemaran korang di pagi Raya. Suruhlah mak korang buat ke, atau korang sendiri ... terutama yang anak dara tu boleh try resepi mudah ni ...!




SEMPERIT CAPPUCINO

Bahan-bahan :

240gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanila
4 sudu teh Pes Kopi/ Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat


Cara-cara Membuatnya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pes kopi/emulco.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.

3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.

4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.

5. Bakar pada suhu 180°c selama 18 minit atau sehingga masak.



Tadaaaaa!


Semperit Cappucino ni paling aku suka! Pada yang nak mencuba resepi mudah, ni aku ucapkan selamat mencuba! ^^


Wednesday, June 17, 2015

Penafian Berlaku Gempa Bumi Dalam Masa Terdekat Di Sabah


Assalamualaikum!


Zaman sekarang ni, lebih ramai yang percaya WhatsApp dari sumber sebenar. Macam-macam mesej berantai 'berhantu' yang diterima, suruh siap bersedia la suruh berjaga-jaga la suruh itu ini la. Saje bikin panik?? Huh ....

Bak kata orang, tanya pada yang pakar! Nah, pakar jawab seperti di bawah :





Ada beberapa istilah pelik yang kelakar aku jumpa bila baca mesej berantai palsu mengenai gempa bumi susulan ni. Korang boleh tengok dan nilaikan sendiri mana yang dah pernah terima tu. Jabatan Kajicuaca Sabah tak wujud yek!

Apa-apa kemusykilan sila rujuk pada sumber yang sahih. Bila dengar gempa bumi nak berlaku lagi, tau pulak takut ye sampai suruh solat hajat bagai. Kalau takda, tak ingatla nak solat kan .... huh.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.