Breaking

Friday, October 16, 2015

Friday, October 16, 2015

Aku & Setem


Assalamualaikum!


Sejak bila .... ? Sejak aku terjumpa album setem lama milik abang aku ketika sedang mengemas bilik dia dulu. Aku tak tahu pun abang aku tu sebenarnya pengumpul setem! Nampak luaran ganas .... suka karate anak orang hehehe. Layan pun lagu ganas ... pakai jeans koyak dengan tshirt gambar tengkorak. Faham-faham je la remaja tahun 80an-90an, tapi rupanya .... dia suka kumpul setem! hehe.

Aku buka album setem dia .. aku semakin khusyuk dan tertarik dengan koleksi setem yang dia ada. Semuanya setem lama yang aku tak pernah tengok sebelum ni. Menurut mak, abang aku tu memang hobinya suka kumpul setem .... duluuuuu zaman sekolah rendah dan menengah! Siap ada kawan dari luar negeri lagi yang sanggup bertukar-tukar setem.

Sejak dari hari tu, aku nekad sambung 'legasi' hobi abang aku! ngeeee :D



Thursday, October 15, 2015

Thursday, October 15, 2015

Selera Pantai Timur Boh!


Assalamualaikum!


Lepas hantar kakak dan adik ke sekolah masing-masing untuk program Hari Sukan Negara, kami cadang nak lepak di Subang. Masih terlalu awal ... cari makan dulu! Sarapan apa yang paling ideal di waktu pagi yang dingin macam ni? Tekak ni dah selalu sangat telan roti canai dan nasi lemak ... uhhh kita makan benda lain la pulak ... nak?

Dulu kalau gi Subang, mesti akan singgah kat kedai nasi lemak ganja dekat sekolah Cina tu. Kali ni takmo la ... lalu cik abe cadang moh kita gi makan kat kedai nasi gulai darat. Huh?


Tuesday, October 13, 2015

Tuesday, October 13, 2015

Penyerahan Cek RM8,800 Untuk Kempen 'Care For Your Eyes' Oleh Bausch+Lomb


Assalamalaikum!


Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2015 yang berlangsung pada bulan lepas, Bausch+Lomb Malaysia telah mengadakan satu Kempen 'Care For Your Eyes' di laman media sosial bagi mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB). Selain bertujuan untuk memberi sumbangan, kempen yang berlangsung dari 11 Ogos sehingga 30 September 2015 yang lalu itu juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul.

Dan selama sebulan setengah kempen ini berlangsung, Bausch+Lomb telah menerima sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai dan juga selebriti yang turut sama menyumbangkan video pendek mereka melakukan senaman mata kemudian memuat naiknya di Facebook masing-masing beserta #bauschandlombmalaysia & #careforyoureyes dan tag tiga orang rakan untuk melakukan perkara yang sama.





Pengarah Urusan Bausch+Lomb, Singapura dan Malaysia - Jake Kim 


Dan, pada minggu lepas satu majlis penyerahan cek sumbangan telah berlangsung di ibupejabat Bausch+Lomb Malaysia yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia, En. Radha Krishnan.

"Kami gembira kerana dapat mencapai kedua-dua objektif kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul disamping mengumpul dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan melalui kempen Penjagaan Mata Anda ini. Dengan projek ini, kami berjaya menyumbang semula kepada masyarakat disamping mendidik orang ramai tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan mata mereka dengan lebih baik. Kami sebagai pelopor inovasi, berharap untuk terus menjalankan kempen-kempen unik seumpama ini pada masa akan datang," Jake Kim berucap di majlis itu.




Penyerahan cek sumbangan



Melalui kempen 'Care For Your Eyes', Bausch and Lomb Malaysia berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM8,800 dan penyerahan cek sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan Bausch+Lomb Malaysia & Singapura, Jake Kim kepada wakil Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB), En. Radha Krishnan.

Seperti yang aku cakapkan tadi, kempen 'Care For Your Eyes' ini telah menarik minat para selebriti tempatan dengan penyertaan video-video mereka memuat naik video senaman mata. Untuk pengetahuan korang, untuk setiap video yang dimuat naik, Bausch+Lomb Malaysia berikrar untuk menyumbangkan RM5 kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia.

Antara selebriti yang terlibat ialah Amber Chia, Belinda Chee, Nadia Heng, Daphne Iking, Atikah Suhaime dan Diandra Arjunaidi.






Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB) memberikan perkhidmatan dan peluang untuk penyertaan, penglibatan dan integrasi yang lebih luas kepada orang-orang cacat penglihatan dan juga mempromosikan pencegahan kecacatan penglihatan.

Kalau korang nak mengetahui lebih lanjut mengenai MAB, korang boleh layari www.mab.org.my


Semoga usaha murni ini oleh Bausch+Lomb Malaysia ini dapat diteruskan pada siri kempen yang akan datang, dan moga lebih banyak syarikat korporat lain akan turut sama mengadakan kempen seperti ini dalam membantu mana-mana organisasi yang memerlukan sumbangan untuk pembangunan program dan kemudahan lain yang diperlukan.

Monday, October 12, 2015

Monday, October 12, 2015

Koleksi Terbaru Barangan Bayi & Kanak-kanak Dari Bloom & Grow 2015/2016


Assalamualaikum!


Menantikan kelahiran cahayamata adalah idaman setiap ibubapa, terutama yang bakal menerima kehadiran cahayamata pertama. Dan sebelum melalui saat-saat kelahiran yang mengujakan, ibubapa sudah tentu ingin membuat persiapan kelengkapan bayi yang praktikal, selamat dan trendy!




Baru-baru ini, aku berpeluang hadir ke majlis pelancaran Katalog Bloom & Grow 2015 bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana. Bagi yang belum tahu, Bloom & Grow adalah pengedar barangan dan kelengkapan ibu, bayi dan kanak-kanak terkemuka di Asia Pasifik. Pelancaran Katalog Bloom & Grow 2015 menghimpunkan lebih 500 produk khusus untuk bayi dan kanak-kanak dari pelbagai jenama premium dari seluruh dunia seperti Ergobaby, Skip Hop, The GRO Company, OXO Tot dan Trunki serta dipasarkan di kedai-kedai barangan ibu dan anak seluruh Malaysia.

Selain memperkenalkan rekabentuk dan corak terbaru dari jenama sedia ada, dua jenama terbaru turut ditambah dalam edisi Katalog Bloom & Grow 2015 kali ini, iaitu CuddleCo dan Make My Day turut diperkenalkan di majlis ini.




Turut menceriakan majlis adalah pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya bersama puteri kesayangan mereka, Lara Alana yang aktif! Selain itu, turut dijemput adalah selebriti dan juga ibu kepada dua orang puteri, Sharifah Sofea dan mommyblogger Illy Ariffin bersama anak beliau yang akan memperagakan koleksi terkini 2015.

Sebagai ibubapa, pemilihan barangan dan produk untuk bayi dan kanak-kanak bergantung kepada beberapa aspek seperti, praktikal dan selamat digunakan. Menyedari kepentingannya, Bloom & Grow memastikan produk yang diperkenalkan adalah inovatif, selamat, praktikal serta mempunyai daya tarikan kepada ibubapa dan anak-anak tanpa mengira umur.

Turut menjadi tumpuan di majlis pelancaran Katalog Bloom & Grow 2015 ini adalah persembahan fashion show oleh model-model cilik dan comel yang memperagakan koleksi terkini 2015 kepada hadirin. 





Cute kan!



Lara Alana memperagakan cermin mata dan 
mummy Scha bersama diaper beg dari jenama Storksak penuh bergaya!


Antara produk menarik dalam Katalog Bloom & Grow 2015 :

Make My Day




Diperbuat dari 100% BPA free silicone, bip atau alas dada yang cantik dan menarik ini tahan kotoran, mudah dibersihkan dan boleh memerangkap sisa makanan lebihan yang jatuh ketika si kecil makan. Ia sesuai untuk bayi berusia dari 6 bulan sehingga 3 tahun, boleh didapati dalam rekabentuk menarik seperti koala, penguin, burung hantu, tuksedo dan lain-lain.

Harga : RM55.90 - RM69.90

Boleh didapati di : Bebe Totz

CuddleCo



Ubahsuai stroller anda dengan Comfi-Cush Memory Foam Liner dari CuddleCo yang menarik, fashionable dan bergaya ini! Dengan rekabentuk unik dari fabrik mewah, CuddleCo adalah inovasi tambahan untuk memberikan keselesaan dan sokongan kepada bayi anda. Ia sesuai untuk hampir kesemua kerusi tolak dan didatangkan dalam tiga tali bahu boleh laras untuk mengubah kedudukan.

Harga : RM179.00

Boleh didapati di: TBA

Skip Hope

1. Koleksi Forget Me Not



Beg sandang dan set bekas makanan yang menarik ini didatangkan dalam 4 corak menarik dalam iaitu, corak Hati, Awan, Kilat dan Specs. Koleksi Forget Me Not ini turut mempunyai aksesori seperti penyedut botol, Lunch Kit dan balang makanan kedap udara.

Harga : 

Beg sandang & set bekas makanan : RM215.00
Penyedut botol : RM25.90
Lunch Kit : RM54.90
Balang makanan kedap udara : RM89.00

Boleh didapati : Baby Wonderland, Babyland, BabyMore, Bebehaus, Toys World, Applecrumble and Fish, Camomile Spring Malaysia, Hamley's, Happikiddo, Happy Mums, MamaPandaEnterprise, Mini Boss Baby Shop, The Baby Shop Dot My, The Babyloft dan lain-lain


2. Rolling Owl Push Toy




Ajarkan anak berjalan dengan ditemani Rolling Owl Push Toy yang dicipta khas untuk si kecil yang baru nak belajar berjalan. Sesuai juga untuk dijadikan barang mainan.

Harga 

Rocking Owl Stacker : RM89.00
Rolling Owl Push Toy : RM149.00

Boleh didapati di : Poppies, Baby Tree House dan The Babyloft

Trunki




Jadikan pengalaman percutian bersama si kecil anda lebih menarik dengan beg pakaian 3-in-1 ride-on, Trunki. Ia diperbuat daripada plastik tahan lasak dan rodanya boleh bertindak sebagai tunggangan si kecil. Dalam meluaskan kepelbagaian coraknya, Trunki telah menambah edisi terbaru dalam koleksinya, antaranya Hello Kitty Lilac, Bronco, Bluebell, Frank, Pearl, Tony dan Zimba




Harga : RM219.00 - RM295.00

Boleh didapati di : Babymore, Bebehaus, Bumps & Bundles, Happikiddo, Shopping Emporium KLIA and KLIA2, Poppies, The Baby Shop Dot My dan The Babyloft


Eyetribe





Lindungi mata si comel dengan koleksi cermin mata bergaya dari Eyetribe inspirasi dari pereka Frankie Ray. Kanta cermin mata diperbuat dari bahan polikarbonat yang 100% tahan lasak dan mempunyai perlindungan 100% dari sinaran UV. Koleksi ini sesuai untuk si comel dari 0-18 bulan, 1-3 tahun dan 3 tahun keatas.

Harga : RM99.00

Boleh didapati di : Baby Dots Enterprise, Baby Tree House, Happy Mums, Kiddie Garden, Bebe Totz, Poppies, Smoochies, Sw Sia Pharmacy Sdn Bhd dan The Babyloft.

Ergobaby




Ergobaby® adalah pemenang anugerah rekabentuk carrier yang ergonomik kini memperkenalkan Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow. Bantai yang direka khas ini mempunyai lekuk untuk meletakkan bayi dalam kedudukan yang ideal perut-ke-perut untuk penyusuan yang lebih selesa.

Harga : RM399.00

Boleh didapati di : Babyhaus, Bebe Totz, Bumps and Bundle, Happikiddo, Poppies, Smoochies dan The Babyloft.

Turut memeriahkan majlis pelancaran pada hari itu, pertandingan mendeko bilik si comel oleh Awal dan Scha bersama pasangan pilihan masing-masing. Memang gamat suasana bersorak untuk team masing-masing. Nak tahu siapa menang? 



Tanpa disangka-sangka team Awal menang cabaran deko bilik kali ini! hahaha. Tapi, memang aku nampak kekreatifan Awal dan pasangannya ketika menghias bilik. Tahniah diucapkan pada team Awal Ashaari! 




Bloom & Grow turut menjadi pengedar kepada peruncit seperti Mothercare, Bebehaus, Fabulous Moms, Happikiddo, The Babyloft, One Baby World, Poppies, Happy Mums dan cawangan lain seluruh negara.



Me with Scha :)


Mira bergaya dengan backpack dari #SkipHop


Untuk maklumat lanjut mengenai Bloom  & Grow serta mendapatkan tips dan nasihat tentang alam keibubapaan, korang boleh layari :


dan


Friday, October 09, 2015

Friday, October 09, 2015

Dah Jumpa Cara Macam Mana Nak Tukar Dekoder NJOI!


Assalamualaikum!


Beberapa minggu yang lepas, aku dapat panggilan dari abah yang dekoder ASTRO kat rumah tu buat hal ....lagi! Siaran tetiba terputus dan gambar blank. Disebabkan dekoder tu atas nama aku, maka aku la kena setelkan. Try call customer service dan katanya disebabkan masalah teknikal. Nak tak nak kena tukar dekoder tu pada dekoder NJOI memandangkan dekoder aku yang sekarang tu dah takda warranty, jadi aku kena langgan semula NJOI dan bayar RM438+ untuk tukar dekoder dan piring satelit!

Perghh ... keje gila ni! Takkan sebab nak tukar dekoder aku kena berhabis dekat RM500? Tapi prosedur dia dah memang begitu ... katanya. Dan hampir-hampir aku nak tukar kepada Astro-Beyond yang kena bayar tiap-tiap bulan tu. Ish ... orang lagi nak elak dari tambah bil, mujur tak jadi amik huhu. 

Mana nak cari kedai yang ada jual dekoder NJOI? So, dia cadangkan aku gi kedai yang ada lambang Astro dan tanya kalau-kalau ada jual dekoder NJOI second-hand.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.