Breaking

Tuesday, September 12, 2017

Tuesday, September 12, 2017

Aku yang 'mengganas' ke ... Chilindo yang 'mengganas'?


Assalamualaikum!


Bungkusan Chilindo kedua telah pun selamat sampai ke pangkuan haha! Kali ni keterujaannya lebih sikit dari bungkusan yang pertama, sebab barang yang aku nak telah berjaya aku dapatkan. Lagipun, kita bid murah-murah je wak ikut bajet sendiri. Kalau dapat .. dapatla. Kalau tak berjaya, cuba bid lagi haha! Kalau ikut tips macam mana nak bid dengan selamat, insyaAllah tiada penyesalan ...gituuuu.



Dah masuk kali kedua aku beli barangan di Chilindo, tapi setakat ni tiada masalah dari segi penghantaran. Lepas checkout, ko tunggu la 3 hari dia akan update melalui sms dan call ko cakap barang on the way. Sebab tu aku suka guna COD walaupun terpaksa bayar RM12 huhu.

Dari segi jumlah barangan, alhamdulillah tiada yang tak cukup setakat ni. Lapan barang aku beli, lapan barang jugak yang berjaya sampai ke tanganku. 

Banyak barang yang aku teringin nak dapatkan dari Chilindo ni. Tapi memula macam tak yakin je nak bid, jadi kali ni bila dah yakin aku teruskan niat dihati. Ingat! yang penting kita jangan gopoh nak dapatkan barang tu cepat dan usaha untuk bid ikut harga atau target yang kita nak. Kalau korang ikut tips-tips ni insyaAllah nanti boleh repeat lagi ..opsss haha! Aku tahu banyak isu pasal chilindo ni. Baca komen dia kt fb pun dah cukup 'menggerunkan'. Tapi setakat ni alhamdulillah bagi aku.

Antara barang-barang yang berjaya aku bid di chilindo ....

Tripod Octopus 

Tripod Octopus ni senang nak amik gambar haha. Kalau suruh my kenit tu amik gambar asyik bergoyang je huhu, so ada tripod kecik ni bolehlah 'ikat' kat besi dan senang la sikit nak amik gambar apapun kan.


Pengupas Nanas

Aku pun tak tahu la kenapa aku bid pengupas nanas ni haha. Tetiba boleh menang pulak. Mujur hanya RM2.50 je harganya haha. 


Lampu Parti Mini LED


Haaaa lampu parti memula aku pun tak tau la kenapa aku bid. Tapi lepas Pak Jelan try pasang ...whoaaaaaa hou leng arrrr! Kalau nak rasa efek disko dalam umah sekali sekala bolehlah pasang lampu ni hehe.


Lampu Perkhemahan


Berbaloi gak bid lampu khemah ni. Cahanya terang dan boleh caj tenaga samada melalui tenaga solar atau elektrik.


Pembersih Vakum Kereta


Pembersih vakum kereta ni memang dah lama aku aim kat chilindo. Aku beli khas untuk Pak Jelan supaya dia boleh vakum dalam kereta dengan jayanya. Aku bid dapat harga RM13.20, kira ok la tu kan hehe.


Kotak Makanan Elektrik


Haaaa kotak makanan elektrik ni untuk aku la. Senang letak makanan dalam tu, cucuk elektrik dan panaskan. Tapi aku belum sempat nak rasmikan lagi bekas makanan ni. Tunggu la aku bawa bekal makanan nanti ye hehe.


Bekal Makanan


Bid bekal makanan ni untuk Mira, sebab dia punya bekal makanan asyik tertinggal kat sekolah. Bila bawa bekal, aku bagi dia bekal plastik putih yang transparent tu. Kesian pulak tengok muka asyik monyok je kan sebab bekal tak lawa haha. Tu la ... siapa suruh tinggalkan bekal di sekolah. Mujurlah ibu teringat terus cuba bid bekal makanan ni dengan harga hanya RM3!


Dapur Gas Satu Kepala

Dapur ni opkos untuk aku jugakla. Ingat nak gunakan untuk goreng simpul kasih aku tu. Senang boleh aku menggoreng sambil duduk atas lantai hehe. Yang ni aku bid RM25.90, paling tinggi dalam 8 barang ni. Aku memang bajet bawah RM30 pun untuk dapur ni.

So, itu je la barang yang aku berjaya bid di chilindo. Memang tiap-tiap satu barang tu aku dah target berapa aku nak bid. Bila dah dapat barang yang aku nak ni, rasanya dah cukupla kot buat masa ni hehe. Tapi tak tahu la ... di masa akan datang, kot-kot terrrrjumpa barang lain yang berkenan di hati ke ... kan kan kan 😋


Monday, September 11, 2017

Monday, September 11, 2017

CBS KD | Rezeki selepas hujan


Assalamualaikum!


Minggu ni luar biasa penatnya! Ini kali pertama kami marathon cbs dua hari berturut-turut. Pendek kata, cuti Sabtu & Ahad dipenuhi dengan aktiviti bercarboot petang ke malam dan pagi ke tengahari. Penat memang penat, tapi pengalaman baru bercarboot di satu tempat ni membuatkan kami nak pergi lagi! Kat IG aku ada share sikit gambo pada hari kejadian. Tapi kat blog nanti aku cerita penuh ye.

Minggu ni aku mulakan dengan di Kota Damansara dulu. Cuaca dari pagi memang dah 'berat' hehe. KL mendung, bila sampai KD bertambah-tambah mendungnya. Tapak carboot minggu ni full house! Seawal jam 5 pagi dah penuh tapak depan, belakang, kiri dan kanan. Pak Jelan cakap yang mana datang lambat terpaksa kereta parking luar dan bawa barang niaga je masuk dalam tapak.


Langit gelap awal pagi


Friday, September 08, 2017

Friday, September 08, 2017

Cara Perkahwinan Zaman Jahiliyyah


Assalamualaikum!


Sedikit perkongsian ilmu di hari Jumaat penuh barokah ini. Moga dengan perkongsian ini, kita dapat menambah ilmu yang sedia ada dan perbaiki cara hidup mengikut syariat Islam. 


gambar hiasan


Berminat nak tau cara orang zaman jahiliyyah berkahwin, sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw? Isteri baginda Nabi saw sendiri, ibu sekalian umat Islam, Sayyidatina A'isyah telah ceritakan pasal cara-cara umat jahiliyyah dulu berkahwin. 


[Sanad hadis] Telah berkata Yahya bin Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb dari Yunus -dalam riwayat lain- Dan Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Solih, telah menceritakan kepada kami Anbasah, telah menceritakan kepada kami Yunus dari Ibnu Syihab ia berkata; telah mengabarkan kepadaku Urwah bin Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi saw telah mengabarkan bahawa "Sesungguhnya pada masa Jahiliyah ada empat macam cara pernikahan:

1. Pertama, adalah pernikahan sebagaimana yang dilakukan orang-orang pada masa sekarang ini, iaitu seorang lelaki meminang kepada wali si wanita, kemudian memberikannya mahar lalu menikahinya. 

2. Kedua, seorang suami berkata kepada isterinya pada saat isterinya sedang suci (tidak haid), "Pergilah temui si Fulan (lelaki lain yang lebih elok darjat atau rupanya) dan bergaullah (bersetubuh) dengannya." Sementara si suami menjauhi isterinya itu sementara waktu (tidak menyetubuhinya) hingga benar-benar ia hamil dari hasil persetubuhannya dengan lelaki lain itu. 

Dan jika terbukti telah hamil, barulah si suami tadi menggauli isterinya bila-bila masa ia suka. Si suami melakukan hal itu, hanya untuk mendapatkan keturunan yang baik (dari segi darjat dan rupa). Istilah nikah ini adalah Nikah Al-Istibdlaa'

3. Kemudian yang ketiga, sekelompok orang lelaki (kurang dari sepuluh lelaki) menggauli seorang wanita (dalam satu masa atau selang masa yang singkat). Dan jika ternyata wanita itu hamil dan sudah melahirkan, maka setelah masa bersalinnya berlalu beberapa hari, wanita itu pun akan mengirimkan surat kepada semua lelaki tadi, dan tidak seorang pun yang boleh menolak. Hingga mereka semua pun berkumpul di tempat si wanita itu. 

Lalu wanita itu pun berkata, "Kamu semua telah tahu apa perbuatan kamu yang dulu. Dan aku telah melahirkannya, maka anak itu adalah anakmu wahai Fulan." Yakni, wanita itu memilih salah seorang dari mereka yang ia sukai, dan lelaki yang ditunjuk itu tidak boleh mengelak. 

4. Kemudian yang keempat; Orang ramai berkumpul, lalu menggauli seorang wanita, dan tak seorang pun yang dapat menolak bagi orang yang telah pernah menggauli wanita. Para wanita itu adalah wanita pelacur. Mereka meletakkan tanda pada pintu-pintu rumah mereka sebagai tanda, siapa yang ingin bersetubuh dengan mereka maka ia boleh masuk dan menggauli mereka (dengan bayaran). 

Dan ketika salah seorang dari mereka hamil, lalu melahirkan, maka mereka (semua lelaki itu) pun dikumpulkan, lalu dipanggilkanlah orang yang pandai selok belok nasab (Al Qafah), dan si Al Qafah inilah yang menyerahkan anak si wanita itu kepada orang yang dianggapnya sebagai bapanya, sehingga anak itu dipanggil sebagai anak darinya. Dan orang itu tidak boleh mengelak.

Maka ketika Nabi Muhammad saw diutus dengan membawa kebenaran, beliau pun menghapuskan segala bentuk pernikahan jahiliyah, kecuali pernikahan yang masih diamalkan oleh orang-orang hari ini (cara pertama)."

[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, no 5127]

Ini adalah salah satu dalil yang menunjukkan Nabi saw menghapuskan cara-cara perkahwinan jahiliyyah yang penuh dengan syubhah dan bermasalah. 3 cara yang dihapuskan itu bersifat tidak adil dan merosakkan akhlak, pemikiran, keturunan, wujud penindasan, dan menimbulkan kekeliruan/ketidak-puashatian pelbagai pihak.

Malangnya hari ini wujud sesetengah pihak cuba menghidupkan semula cara perkahwinan seperti ini, samada pihak atheist, atau mereka yang terpengaruh dengan gaya hidup dunia barat (yang bergaul bebas dan suka seks sebelum kahwin). Hadis ini juga mempunyai kaitan dengan hukum anak tidak sah taraf berbin/binti bapa biologinya.

Semoga kita, lebih-lebih lagi anak-anak kita dijauhkan dari malapetaka masalah sosial sebegini rupa.

kredit : SINI

Wednesday, September 06, 2017

Wednesday, September 06, 2017

Kenapa sanggup bersusah payah demi ayam?


Assalamualaikum!


Itu adalah satu soalan yang pernah aku ajukan pada mak pada tahun-tahun sebelum ini. Aku tak faham kenapa mak begitu bersungguh-sungguh sanggup menghabiskan duit demi nak mencantikkan reban ayam belakang rumah tu, walhal takda sapa nak datang menengok pun. Takda sapa heran pun kalau reban tu senget ke, nak runtuh ke, yang penting diaorang datang dapat beli ayam!

Tapi itulah mak eton. Dulu kami bela kucing pun macam tu jugak. Walaupun tidak semewah ayam-ayam mak sekarang, tapi boleh dikatakan bahagia hidup kucing-kucing yang mak bela dulu. Baik di rumah, mahupun di tempat dia bekerja. Dibelainya, tido sekali dalam bilik, dinyanyikan sebelum tido ... haiii manja melampau kucing-kucing mak dulu! hehe.

Sebab tu bila mak balik kampung mulakan hobi bela ayam, perangai dia tetap sama. Walhal, dia bukan peniaga ayam kampung sepenuh masa. Ayam tu pun bukan macam kucing, boleh dipegang dibelai dicium. Kita datang dekat je dia dah lari! Tapi bila tabur jagung dia mencanak datang mematuk. 


masa untuk makannnn! 
Cer baling jagung, memang laju dia mematuk.


Tapi macam mana aku cakap pun, mak eton tetap istiqomah bela ayam bertahun-tahun lamanya. Tak pernah dia jemu melayan ayam-ayam dia setiap hari. Lepas solat Subuh, dia akan buka pintu reban dan lepaskan ayam-ayam tua ke tanah. Yang kecik lagi, ayam yang masih mengeram lagi dia biarkan dulu dalam reban. Kang kul 9 lebih kang dia gi bersihkan reban ayam pulak. Lepas dah bersih, bagi makan dedak dulu. Anak ayam makanannya lain, ayam remaja dan ayam tua makanannya lain. Kang tengahari mak eton masak nasi pulak tuk ayam-ayam dia. Masak nasik ok! Bertuah ko wahai ayam-ayam ... walaupun ko ditakdirkan untuk jadi lauk tapi kenyang jugak perut ko mak eton buat haha!

Ayam mak eton tu je la kejenye ...mematuk je! Sampai terik dah aku tengok tempolok tu! Selagi belum azam maghrib selagi tu la dia tak berhenti mematuk. Mak eton pernah cerita, pernah sekali tempolok ayam dia bocor sebab terkena dawai pintu reban ayam. Bila patuk jagung, jagung tu keluar balik dari tempolok dia. Kesian ayam ...  tu yang mak tekad nak renovate reban ayam yang dah usang ni.


ayam-ayam wan


Cakap pasal reban ayam, sebelum kejadian nak renovate reban ni dekat 7 orang 'kencing' abah! Maksudnya, berjanji di mulut nak buat tapi batang hidung tak nampak sampai ke sudah. Ada yang datang, cakap boleh buat pastu suruh beli kayu untuk reban tapi esoknya dia hilang dari pandangan. Memang kuat nipu orang Melayu ni. Tak boleh buat, ko cakap je la tak boleh buat. Gi nipu orang buat ape, bodo ngat!

Akhirnya, rezeki mak dapat jugak abah carikan tukang buat reban ni. Walaupun orang ni kerja siang tapi petang dia balik, dia akan singgah buat sehingga maghrib. Dia je lah harapan mak abah untuk siapkan reban ayam ni. Yang lain hancusss tak boleh pakai punya orang!


Mira je la layan ayam, kakak dah tak pandang dah sekarang.


Sejak mak eton bela ayam ni, mak eton takda kawan rapat kat kampung. Kalau ada pun dia berborak dengan jiran depan umah tu je la. Dari pagi sampai petang dia dengan ayam dia je. So nak membawang tak boleh la kan haha. Dia lebih suka layan ayam dari duduk dalam umah tak buat ape. Katanya, bela ayam takda la sunyi sangat. Anak menantu cucu jauh dari mata, ayam-ayam ni la yang temankan mak setiap hari. Kalau ada orang nak beli, baru dia jual. Kalau anak menantu cucu balik, dia akan potong buat lauk. Walaupun kos tanggung makanan ayam-ayam ni boleh cecah ratus setiap bulan tapi, mak eton tetap istiqomah membelanya. Kami nak halang pun tak sampai hati, walaupun kami tahu mak eton penat uruskan reban ayam setiap hari. Abah pulak memang dah tak larat nak buat kerja berat, memang mak la yang uruskan dari A to Z kat reban tu.


in progress


Renovation reban ayam mak eton masih dalam proses, baru 60% siapnya. Nak tukar seketul terus tak mampu woooo, tapi tukar pintu ngan jaring dan lantai tu boleh la. Janji jangan runtuh je reban tu. Setiap pintu lain kategori ayamnya. Ada yang anak ayam duduk ngan mak dia, ada yang mak ayam tengah mengeram telur, ada yang ayam dara, ada yang ayam tua ... hahaha! Parokkkk ...tapi hanya mak eton je yang kenal ayam-ayam dia. Aku tengok samaaaaaa je!

Tujuan mak eton suh renovate reban ayam ni pun sebenarnya untuk memudahkan dia membersihkan reban ayam setiap hari. Kalau 'tembak' air tu senang sikit taik ayam jatuh ke bawah hehe. Bila bersih ayam pun sihat, kita makan pun sihat kannnn hehe.

Moga tercapai hajat mak eton nak cantikkan 'banglo' ayam-ayam dia. Mujur mak eton tak suh tambah lif naik tingkat dua kan ...hahaha!

Tuesday, September 05, 2017

Tuesday, September 05, 2017

Jangan makan depan Mira!


Assalamualaikum!


Cuti panjang sudah pun berakhir. Warga kota telah kembali ke bandar menjalani kehidupan seperti biasa. Bagaimana ya hari ni? Ada yang sudah masuk pejabat, atau sambung cuti lagi? hehe. Ikutkan tahap kemalasan, memang rasa nak sambung cuti ye dak. Tapi bila memikirkan kerja di opis yang sedang menunggu dengan kertas berselerakan di atas meja ...hurmmm marilah kita jadi pekerja mithali ye hehehe.

Tapi kakak tak pergi sekolah hari ni. Dia demam pulak...kesian anak ibu. Mulanya kaki terpelecot, lepas tu terus jadi demam dan batuk. So, dapat la dia mc satu hari. Kalau demam berterusan jugak, kena gi klinik balik amik darah huhu. Moga anak ibu cepat sembuh ya.

Cerita pasal Mira pulak, haiii ... pedih hati bila mengenangkan ayat dia semalam. Walaupun dia takda niat nak cakap macam tu, tapi kata-kata spontan dia tu membuatkan aku terfikir sejenak ... hurmm.

Alkisahnya, malam tadi aku ke dapur. Ku tenung nasi yang berbaki dan separuh ikan masam asam pedas dalam periuk. Niat dihati takmo membazir. Siapa pula yang akan makan lagi memandangkan hari dah larut malam sangat. Kalau ditunggu esok, pastinya basi. Nehi!nehi! Mana mungkin aku akan membiarkan lauk sesedap itu disia-siakan?? Lantas ku ambil pinggan, ku cedok nasi dan lauk dan kusatukan. Ku bawa kedepan, kududuk disofa ... ku baca bismillah dan aku makan. Selang dua suap, si Mira datang ....."aikk! makan lagi??" Toinggggggggggggggggggg! pedihnya disituuuuu wakkkkkkk! 😑

Dia bagi penekanan terus pada ayat tu dengan perkataan LAGI, seolah-olah ibunya baru lepas makan 15 minit yang lalu. Walhal waktu terakhir ibu makan adalah 6 jam yang lepas! Haiii la anak ... dikau membuat diri rasa bersalah menjamah nasi diwaktu malam .... hehe! 

Lepas ni kena makan sembunyi-sembunyi la gamaknya. Kalau nak makan larut malam, tak boleh makan depan Mira. Trauma dengar ayat aikkk! makan lagi? dia tu huhu..


Misi tercapai! tinggal kuah asam pedas sedap melekat!



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.