Breaking

Tuesday, May 07, 2019

Tuesday, May 07, 2019

Aten ke menara gading!


Assalamualaikum! Rezeki tak pernah salah alamat, memang kali ini alamatnya untuk Aten. Alhamdulillah syukur akhirnya cita-cita mama, cita-cita papa, doa atok dan wan, doa ucu dan yang terutama impian Aten dah pun tercapai!

Sebelum tu, agak cuak juga bila dapat tahu kursus yang Aten idam-idamkan tu mungkin tak dapat. Dia dah la minat ke arah seni. Bila isi borang permohonan, hampir semua kursus pasal seni je. Bila diaorang filter, alih-alih ada kursus perbankan dan undang-undang pulak! Mau tak 'melompat' orang tu hehe.

Dalam 12 kursus yang dia kena isi, hanya 3 kursus sahaja yang diterima berkenaan dengan seni. Lagilah 'meroyan' anak dare tu haha!

Lepas tu Aten dapat surat tawaran interbiu untuk Diploma Seni Lukis dan Seni Reka di Uitm Shah Alam. Nervous ni nervous! Walaupun ucu tak ikut, tapi mama selalu wassap Ucu macam mana keadaan Aten di sana. Fuh! 


Monday, May 06, 2019

Monday, May 06, 2019

Ujian di ambang Ramadan


Assalamualaikum! Cerita minggu lepas, lebih tepat lagi penghujung April. Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, tapi akhirnya terjadi pada pagi tu.

Pagi Jumaat, kami keluar rumah lebih awal dari biasa. Pukul 6.30am pagi dah start enjin dan mula bergerak. Sampai di laluan keluar dari parking, dalam gelap Subuh yang samar itu tetiba nampak kelibat kereta tertonggeng sikit. Rupa-rupanya tayar depan sebelah kanan kereta tu dah masuk ke longkang!

Friday, May 03, 2019

Friday, May 03, 2019

Begini rupanya bukaan 10cm!


Assalamualaikum! Kita biasa tengok video ibu-ibu bersalin secara c-sect melalui perkongsian di fb kan. Berapa cm doktor toreh dan berapa lapis doktor potong kulit perut untuk sampai ke rahim ibu? Berjuang demi anak sorang yang dikandung 9 bulan 10 hari. Sampai masa, si ibu terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawa si anak tadi.

Tapi pernah tak kita terfikir, bagaimana ibu yang bersalin secara normal ye?  Pernah tanya tak bukaan 10cm tu macam mana ye? Berapa besar 10cm tu? Ambil pembaris dan tengok 10cm, tapi tak boleh bayangkan sebab pembaris tu lurus haha. Sebelum ni aku pun takda la tertanya, tapi bila dah orang share gambar ni, oohh baru tauuuuuu.


Friday, April 26, 2019

Friday, April 26, 2019

Angkara percaya, tergadai bahagia


Assalamualaikum! Syukurrrr ayah haji tak meninggal. Dah la anak kena tahan polis, bapak pulak terlantar di hospital. Hanya kerana angkara sorang manusia bernama Hamadi, haru biru keluarga Ustaz Haji Mukhsin!

Dia punya gila kuasa sampai sanggup pergunakan anak-anak yatim madrasah untuk kaut keuntungan dari orang ramai. Boleh pulak bawa balik ke rumah kondo dia tu! Ecah pun dah jadi macam robot, terpaksa akur dengan S.U.A.M.I walhal terang-terang apa suami dia buat tu salah. Memang inilah true colors Hamadi yang sebenar!

Baru Ecah tahu yang Madi tu memang dah lama gilerkan si Nur. Terang lagi bersuluh masa dia cakap dengan Juita, siap buat loud speaker! Haaaa terkejut badak tak kau Ecah, osah lah laki kau yang ganggu Nur selama ni. Lelaki jenis apa? Kau rase? 

Mak lampir dipanggilnya kau Ecah! 

Demi nak membuktikan Adam tidak bersalah, Nur sanggup jumpa Juita. Tak sangka Juita berpakat dengan pihak hospital untuk palsukan laporan DNA. Dia tahu Nur tu lemah dan tak mampu melawan, tapi demi suami dia akhirnya merayu juga di kaki Juita untuk lepaskan Adam. Bila terkeluar ayat,"aku sanggup buat apa je...", haaaaaaa pucuk dicita ulam mendatang la si Juita tu!


Thursday, April 25, 2019

Thursday, April 25, 2019

Kurang ajar kau Madi!!!


Assalamualaikum! Dari episod satu lagi aku memang sakit hati tengok citer ni. Tapi malam tadi membuatkan aku bertambah benci ngan si Madi. Dah sampai angkat tangan kat mak mertua tu dah kenape cetannnn! kan dah kena cetan haha! Menyirap darah aku tengok dia selamba tampar mak ecah tanpa rasa bersalah. Memang kurang ajarrrrr punya menantu! 

Dan lagi terserlah kebodohan si ecah. Dah tengok mak sendiri kena pukul pun ko masih nak taat lagi ka?? Dia hentam kau pun kau diam. Ni dia hentam mak kau, kau masih boleh suruh dia balik lagi??? Eeiii vongok sungguh la ecah ni. Dah kena ugut syurga neraka, terus ecah kecut perut. Heyyyyy apekejadahnya nak cakap pasal tu kalau Madi tu pun lebih neraka dari neraka jahannam. Suami kalau dah angkat tangan kat isteri apatah lagi pukul mak mertua layak lagi ke nak cakap pasal syurga neraka?? Hukum semua ni terpakai untuk suami yang baik dan beriman bukan macam Madi si penunggang agama tu. Mak tu dah kena pukul kena halau, barulah ko terkinja-kinja menyesal minta maaf. Vongok sangat eh!

sumber : google

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.