Breaking

Showing posts with label Bisnes Kenit. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Kenit. Show all posts

Tuesday, May 23, 2017

Tuesday, May 23, 2017

"kak, mana beg saya??"


Assalamualaikum!


Memasuki fasa Monsun Barat Daya bermula 17 Mei lalu sehingga bulan September nanti, tinjauan cuaca menjangkakan bilangan hari tanpa hujan di Semenanjung dan Sarawak akan melebihi hari hujan. Dengan kata lain, bulan puasa sampaila raya puasa nanti kita akan berhadapan dengan cuaca panas!

Bagi peniaga carboot, cuaca macam ni memudahkan urusan perniagaan mereka kerana kebanyakannya meniaga secara terbuka. Panas sikit tu takpela ye dak, nak cari rezeki halal huhu. Tapiiii minggu lepas punya cabaran kepanasan dia boleh tahan jugak! Bukan takat cuaca je yang panas dan tak berangin, malah hati ini juga 'panas' dengan satu insiden yang dicetuskan oleh salah seorang pengunjung yang datang ke tapak kami!



Thursday, May 18, 2017

Thursday, May 18, 2017

Berniaga biarlah jujur!


Assalamualaikum!


Walaupun barang yang kita niagakan tu barangan terpakai, barangan yang agak lusuh dan mungkin sebahagiannya elok dan sebahagian lagi rosak tapi bukanlah bermaksud kita perlu menipu pelanggan. Kalau rosak, katakan rosak, jangan cakap barang masih elok. 

Aku dan Pak Jelan juga pernah berhadapan dengan situasi begini. Bilamana pelanggan tidak berapa yakin dengan kualiti barangan elektrik yang kami jual. Mereka selalu ajukan soalan, "berfungsi lagi ke buaian elektrik ni?", "elok lagi ke pemanas air ni?".

Wednesday, May 03, 2017

Wednesday, May 03, 2017

Testimoni Simpul Kasih Razhani

Assalamualaikum!


Diam tak diam, dah dua tahun lebih kami berniaga carboot sale. Bermula dengan meniaga baju terpakai kepunyaan sendiri je, sedikit demi sedikit kami beralih ke barangan lain dan kini kami meniaga beg bundle, jubah bundle dan barangan antik walaupun tak banyak.

Tahun 2017 ni juga menyaksikan penglibatan aku dalam bisnes simpul kasih yang aku pelajari dari kakak ipar ku sebelumnya. Walaupun hanya secara kecil-kecilan tapi alhamdulillah respon dan feedback positif dari pelanggan sangatlah memberangsangkan. Pun begitu, aku sedia menerima kritikan untuk memperbaiki kelemahan diri.


Tuesday, April 11, 2017

Tuesday, April 11, 2017

Tapak carbootsale paling happening!


Assalamualaikum!


Setiap minggu inilah tempat kami mencari rezeki. Setiap minggu, disinilah kami dan rakan-rakan lain yang mempunyai minat yang sama berkumpul dan berkenalan seterusnya membina ikatan persahabatan. 

Bukan takmo cuba meniaga kat tapak carboot lain, tapi disini kami serasi. Dari tak kenal sesiapa langsung masa memula join dulu, terus sekarang dah jadi kawan dan kalau berjumpa pasti bertegur dan memberi salam. Hebatnya ukhwah di CBS ni! alhamdulillah ....



Thursday, March 30, 2017

Thursday, March 30, 2017

Minggu gaji di CBS Kota Damansara!


Assalamualaikum!

Tiga minggu aku tak mai sini, terubat juga rindu minggu lepas! Dua minggu sebelum tu sebab kakak dan adik ada ujian, lepas tu minggu berikutnya sebab nak siapkan tempahan simpul kasih. So aku kena stenbai di rumah dan Pak Jelan sorang je gi meniaga sini. Tapi minggu lepas macam free sikit, so bila Pak Jelan ajak  ... tak banyak bunyi, jommmm kita serbu!

Memandangkan ini minggu gaji, so kami kebiasaannya akan ramailah yang berkunjung ke sini untuk tengok-tengok dan beli kalau berkenan. Yang pasti, setiap minggu alhamdulillah ramai pengunjung tak kira dari sini atau dari luar yang akan memeriahkan carbootsale Kota Damansara!



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.