Breaking

Showing posts with label Cerita Kat Opis. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kat Opis. Show all posts

Thursday, September 13, 2018

Thursday, September 13, 2018

[VIDEO] Pencarian Juara Masterchef Puspanita Met 2018


Assalamualaikum! Minggu lepas kami main masak-masak. Tapi bukan aku masak, orang lain masak, aku tukang ambik video je hehe. Tu pun video syok sendiri sebagai tanda kenang-kenangan.

Ada 5 kumpulan yang mengambil bahagian kali ni, demi merebut gelaran Juara Masterchef Puspanita Met! Alaa bukan nak menang sangat pun, kami bertanding sekadar untuk suka-suka dan memeriahkan suasana. Kalau menang bonus la kan. Kalau tak menang still dapat makan hehe.

Melihatkan kemahiran dan bakat yang ada pada peserta yang bertanding kali ini membuatkan aku sujud syukur kerana tak masuk bertanding sama. Bukan level konfiden tu tak tinggi, tapi masalahnya ... tu la konfiden level tak berapa nak tinggi. Ehh ...sama ke tu?? haha!


Wednesday, September 12, 2018

Wednesday, September 12, 2018

Jangan la takut derma darah!


Assalamualaikum! Amboiii sakan bercuti 4 hari ye, mesti jauh langkah masing-masing kan hehe. Yang baru masuk kerja, selamat bekerja. Untuk anak-anak kita yang bersekolah selamat kembali ke bangku sekolah hehe. 

Minggu lepas ada kempen derma darah dekat pejabat. Memang dah lama niat nak derma darah, cuma kaki je yang tak bergerak-gerak nak ke sana. Orang kita ni jenis nak semua kena ada depan mata (maksudnya dekat) baru la nak pergi ... termasuklah aku hehe. Kebetulan Pusat Darah Negara ada buat kempen derma darah di Jabatan Kimia, memang takkan ku lepaskan la.


Monday, April 23, 2018

Monday, April 23, 2018

Kelas Kek Coklat Cheese Lava


Assalamualaikum!


Memang lama dah teringin nak masuk kelas memasak atau membaking ni. Dari tahun lepas lagi, cuma rezeki tu datang tahun ni. Alhamdulillah, aku berkesempatan mengikuti kelas pertama membuat kek coklat cheese lava atau omputih kata Chocolate Cheese Lava Cake.


Dalam fikiran aku dah tentulah terbayang chocolate cheese lava cake yang biasa kami order kat Dominos tu hahaha, tapi rupanya yang ni lain. Sedap dan keknya lembut!

Tuesday, January 16, 2018

Tuesday, January 16, 2018

Bila ada peluang meniaga


Assalamualaikum!

Rebutlah peluang tu! Tak kiralah meniaga di kaki lima atau pasar malam atau pasar karat atau kedai atau di perkarangan pejabat, selagi kita ada produk untuk dijual maka ambillah peluang tu. Zaman sekarang kita tak boleh sekadar mengharap gaji saje, kena ada side income untuk terus survive di bumi Malaysia ni hehe.

Setelah sekian lama aku tak join meniaga di pejabat, minggu lepas dapat juga meniaga. Kali ni aku bawakan juga produk makanan kawan punya, selain beg-beg aku tu. Biar banyak barangnya, baru meriah sikit jualan betul tak!


Friday, December 22, 2017

Friday, December 22, 2017

Farewell Kak Ina


Assalamualaikum!


Aduhaii ... lepas sorang sorang pergi meninggalkanku. Tapi itulah yang dinamakan kehidupan. Setiap pertemuan tentu adanya perpisahan. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti ... tapi takkan sama dengan yang lama kan!

Di penghujung 2017, sorang lagi rakan seperjuangan kami akan berpindah ke tempat bertugas baru. Alhamdulillah rezeki kak Ina dapat balik ke kampung halaman nya di Kuala Krai dan bertugas disana. 


Geng perangai 'gila-gila' tapi penyayang dan tak berkira

Tuesday, October 31, 2017

Tuesday, October 31, 2017

Program Bicara Ilmu Di Masjid Shah Alam


Assalamualaikum!


Ya Allah .. dimanakah kekuatanku untuk menatap blog ku ini haha. Ape le punya pemalas kebelakangan ni, hanya mampu satu hari satu entri je aku ni. Tu pun kalau ada cerita best nak dikongsi. Kalau takda ... aku nganga je la! hehe.

Hari ni last kakak exam. Mira dah habis semalam, dia punya happy la sebab sambung latihan untuk sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah nanti. Jadi dia dan kakaknya kena berlatih menari. Pastu dia dok peringat kat aku suh belikan crown atau tiara tuk dia pakai Jumaat ni. Haihh la anak ... maafkan lah keterlupaan ibu yang sokmo sokmo lupa ni huhu.


Tuesday, October 10, 2017

Tuesday, October 10, 2017

Seminar Jom Sihat, Cantik & Segak



Assalamualaikum!


Lama dah tak pergi kursus di luar pejabat. Bila sesekali dapat peluang begini seronok juga disamping untuk menambah ilmu. Apatah lagi kalau topik kursus tu kita suka dan bermanfaat untuk kita amalkan, dah tentu kita takmo ketinggalan kan.


Thursday, August 24, 2017

Thursday, August 24, 2017

Farewell untuk Wani


Assalamualaikum!


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati jangan lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Moga jumpa lagi disuatu masa nanti ....




Begitulah adat hidup didunia ini. Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Walau hanya ditakdirkan kami berjiran (dia duduk belakang sebelah kanan aku) untuk 8 bulan je, tapi dia punya loqlaq gila-gila macam dah 8 tahun jugak la hehe.

Semalam hari terakhir Wani di HQ. So, kami satu department buat majlis perpisahan untuk Wani dan sorang lagi pegawai tapi tak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab tugas di luar.






Tiga benda ni kena seiring ... usaha, doa dan berserah pada Allah. Dan, akhirnya impian Wani untuk pulang bertugas di kampung halaman sendiri dimakbulkanNya. Siapa boleh bertahan berpisah ngan anak yang masih kecil berbulan-bulan. Kalau PJJ ngan suami, kita boleh tahan lagi tapi kalau berjauhan ngan anak yang masih memerlukan perhatian dari kita ....ishhh aku pun tak tahu lama mana boleh hidup macam tu huhu. Malam-malam tidoq bergenang ayaq mata weh!

Sedangkan aku sendiri pun nangis menggugu bila kakak dan adik duduk kampung time cuti sekolah hehehe .... mengada ibu ni kan! Tapi itu la .... kerinduan seorang ibu terhadap anak yang jauh dari mata, susah untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Hanya air mata menjadi peneman dikala kesunyian ... gituuu.

Dah berucap, jom makannn!

Ratu-ratu PIN


Orang kata, patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang hilang yang patah takkan sama dengan yang baru tu betoi dak! Kami tumpang gembira ngan Wani walau berat untuk berpisah. Perpisahan untuk kami, tapi pertemuan semula untuk Wani dan anak. Family is everything ...right?😉

Moga Wani sukses di tempat baru nanti, jangan lupa kami naaaa 😘

Wednesday, August 09, 2017

Wednesday, August 09, 2017

Jualan Puspanita


Assalamualaikum!


Lepas cuti sebulan sempena Ramadan dan cuti raya, aku kembali ke meja jualan Puspanita! Ni la dia ... kalau dah kemaruk menjual, memang payah nak lepaskan peluang yang ada depan mata hehe. Mujurlah jualan Puspanita ni hanya dibuat pada minggu pertama dan keempat setiap bulan. Means, awal dan hujung bulan time orang dah gaji.



Disebabkan aku dah selalu join jualan Puspanita kat opis ni, maka diaorang tahu port biasa aku hehe. Bukan nak demand ke ape, tapi disebabkan macam-macam benda aku jual, maka kena ada ruang yang besar dan luas untuk letak jubah, beg, makanan dan aksesori lain. 

Pernah aku try amik meja kat ruang tengah lobi, tapi macam menganggu laluan orang pulak sebab beg-beg tu kena letak atas lantai. Kalau jual makanan saje bolehlah letak atas meja kan. So, depan lif jugakla penyelesaiannya hehe.





Apa yang aku jual? Semua yang korang tengok kat atas ni la kecuali jubah dan beg atas lantai aku lupa nak amik gambar hehe. Ada yang orang punya dan ada yang aku punya. Cuma yang buat aku terkilan dengan diri sendiri, ialah tiap kali ada jualan Puspanita, simpul kasih aku mesti takda atas meja! 😢

Itulah satu-satunya produk yang aku usahakan sendiri. Bukan tak teringin, tapi tak sempat! Tempahan lain sedang menunggu, jadi aku kena dahulukan diaorang punya. Apapun syukur dengan rezeki Allah, tempahan simpul kasih Razhani tak putus walaupun dah habis raya. Terima kasih atas sokongan kawan-kawan dan customer yang repeat order ngan kami. Juga terima kasih pada cik abg yang support dan bantu menyiapkan tempahan 😍





Selain aku, rakan-rakan lain turut buka meja untuk jualan masing-masing. Lobi ni tak besar mana pun, paling banyak boleh muat 6-7 meja saja. Itu pun dah kira full house dah tu hehe.

So, sekian saja cerita pada hari ini. Moga yang membaca coretan ni ceria-ceria selalu!😉

Friday, August 04, 2017

Friday, August 04, 2017

Makin menaik atau makin menurun?


Assalamualaikum!


Ohoiiii apa dah jadi ...apa dah jadi... berat badan ko sudah menaik! Apeeeee dah jadiiiiii ....(lagu S.M Salim)! Mentang-mentang orang cakap ko makan banyak badan still maintain, ko bantai habis makan ye Nim! Sekarang tengok apa dah jadi Nim! Ko yakin sangat ko akan kurus selamanya ke??? Sekali buat checkup ... tuddiaaaaaa punya naik! 😣




Tahun lepas punya kenaikan hanya 1kg, tapi tahun ni ko balun habis kuih raya, lauk pauk, kerepek, lelemak dan isi ayam kambing lembu kerbau .. terus mendadak naik 4kg!! 

Dengan ketinggian yang masih mampu dikekalkan, kegumukan ku ini masih mampu disembunyikan dari perhatian umum 😂, alhamdulillah syukurrr! Kolesterol, darah tinggi dan lain-lain juga masih dalam keadaan normal dan terkawal. 

So Nim, teruskan makan tapi berjaga-jagalah ... sebab baju kurung ko banyak yang kena masuk plastik hitam niiiii! 😋

Thursday, August 03, 2017

Thursday, August 03, 2017

Gebang lebih tapi sebenarnya tak selamat?


Assalamualaikum!


Berapa ramai antara kita yang yakin lagi sangat sangat yakin bila menggunakan apa-apa produk di rumah? Asal putih, asal bersih, asal wangi jadi la betoi dak! Ada pernah terfikir barangan ni semua mengandungi bahan kimia yang boleh trigger sel-sel kanser dalam badan kita? 

Kalau kita terfikir pun, apa tindakan kita lepas kita tahu produk tu merbahaya? Produk-produk yang kita guna ni pula bukan calang-calang jenama tau, ada yang memang ranking antarabangsa lagi! Adakah kita masih gunakannya? Dah tu, kalau dah tahu produk tu merbahaya dan terbukti ada bahan kimia kenapa masih ada dalam pasaran? Kenapa tak dibanned dan sebagainya? Haaaa ... banyak soalan aku tanya ni, banyak jugak la aku kena jawab ni kang hehe.




Anyway, bulan lepas sewaktu AGM Puspanita di opis, diaorang ada jemput penceramah luar untuk slot kecantikan dan kesihatan. So, di samping nak promote barangan konsep 'hijau' dan bebas bahan kimia, dia terangkan jugakla bahaya menggunakan produk yang ada bahan kimia apatah lagi ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada kita dan keluarga kita.

Lepas tu dia tanya, kenapa walaupun kita dah tahu produk (jenama besar) tu merbahaya tapi masih dijual berleluasa di seluruh dunia? Ini kerana, masyarakat dunia menganggap ia barangan keperluan untuk kehidupan seharian, lantas menjadikan ia 'kukuh' dalam pasaran walaupunnnnn ujian makmal mendapati ia mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan.

Ok, kita potong sampai situ je la. Aku tak nak celoteh pasal barangan yang dia promosikan hari tu. Tapi ada satu yang buat aku tertarik ketika itu. Diaorang buat satu eksperimen bagaimana kita nak tahu produk yang kita gunakan setiap hari tu benar-benar organik atau hanya sekadar retorik. Contohnya mandian shower cream yang ada kat rumah kita. Dia punya gebang mandian dia la paling wangi, paling menyegarkan, paling semulajadi. Sekali bila buat test ...? tuddiaaaa lilin dok dalam sabun! huh!




Simple je eksperimen dia. Hanya perlu sabun mandian yang kita guna, garam (mewakili garam badan bila kita berpeluh) dan air. Masukkan sikit shower cream dalam bekas berisi air dan masukkan satu sudu garam. Kacau dan lama-kelamaan, hasilnya akan terlihat seperti gambar di atas.

Jenama M, which is produk yang mereka promosikan hari tu tiada sebarang perubahan walaupun setelah dikacau lama. Tapi, jenama S dalam waktu sekejapan je dah boleh lihat terbentuknya pepejal putih .... yang bila dipegang rasanya seperti wax atau lilin! huhu.

Apa jadi bila kita guna pada kulit kita? Untuk jangka masa pendek mungkin tak nampak, tapi jangka masa panjang bagaimana? Itu baru shower cream, belum masuk ubat gigi lagi, pencuci pinggan, sabun basuh baju dan lain-lain lagi! So, rajin-rajinkanlah selidik kandungan bahan sebelum kita menggunakannya. Kalau boleh elakkan dari menggunakan barangan yang terang-terang ada bahan terlarang dan tukar kepada produk lain yang lebih selamat.

:)


Wednesday, July 26, 2017

Wednesday, July 26, 2017

Majlis Amanat & Jamuan Raya


Assalamualaikum!



Walaupun raya dah habis, tetap nak selitkan juga sedikit kenangan raya untuk tahun ni. Cerita di penghujung syawal, lain sikit majlis jamuan raya peringkat opis besar kali ni sebab turut diserikan lagi dengan Majlis Amanat oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.



Antara intipati ucapan YB, adalah berharap misi dan visi opis besar dapat dilaksanakan mengikut pencapaian dan teknologi yang sedia ada. 


YB belum sampai lagi masa ni. Geng kiri..😆

Geng kanan ..😆

khusyuk mendengar ucapan amanat YB

Selesai ucapan amanat YB kita ready untuk makannnnnn! Tahun ni takda jamuan raya, so tahun ni dengan KP baru haruslah kita buat jamuan kan!





Alhamdulillah dengan juadah yang tersedia. Ramai puas hati terutama lemang dan ketupat daun. Dua juadah tu staf kitaorang sendiri yang masak dan hasilnya memang terbaikkkk! Ramai puji dan puas hati ...sedap belaka!

Bukan setakat juadah raya, buah durian dan kambing panggang pun hado! Nasi aku tak pandang dahhhh haha! Adehhh... acaner aku nak diet ni. Terpaksala ditunda ke satu tarikh yang tak dapat dipastikan hehe. 




YB berangkat pulang

Di akhir jamuan, ada sesi karoks dan bergambar. Memandangkan suaraku ini tak berapa nak merdu untuk disumbangkan, maka kita bergambar je lah sebagai kenangan di opis. 




Syawal yang dirai telah pun berakhir. Alhamdulillah di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Moga tahun hadapan kita berkesempatan untuk meraikan aidilfitri lagi.


Tuesday, July 25, 2017

Tuesday, July 25, 2017

Jamuan Raya Puspanita MOSTI


Assalamualaikum!


Alamakkk ... raya dah habis tapi cerita raya tak habis lagi hikhik. Takpe la, ni throwback je pun ... mengenang memori manis sementara masih didalam perkhidmatan. Besok dah pencen takdenye nak melalui ni semua lagi dah kan! 




Dipendekkan cerita, tahun ni sambutan raya Puspanita MOSTI dibuat di Lembaga Perlesenan Tenaga & Atom (LPTA) di Dengkil. Lepas tu, setiap agensi dikehendaki menghias gerai makanan masing-masing untuk kategori Gerai Tercantik dan Gerai Terbaik.

Tahun ni gerai kami menyediakan laksa untuk jamuan raya. So, meh kita tengok gambar-gambar yang sempat aku tangkap aritu.

sampai-sampai je sana terus pergi kat meja gerai

jiran-jiran kami

Tadaaaaa .... sebelum laksa sampai!

Laksa sudah sampai!


Dah siap hias gerai, kita masuk dalam duduk dendiam kat meja sementara menunggu ketiba VIP. Lebih kurang kul 11.45am, barulah majlis dimulakan. Diselang-seli dengan persembahan dari setiap agensi, lepas tu sambung makan hehe.




Team Puspanita MetMalaysia


Perut sudah kenyang, hati ada senang, makanan pun sudah tapau ...ehhh hahaha!

Thursday, July 20, 2017

Thursday, July 20, 2017

Jamuan 3 in 1


Assalamualaikum!


Ada seminggu lebih lagi bulan Syawal kita, so aci la kalau aku cerita lagi pasal makan-makan raya ni kan? hehe. Kali ni jamuan kita buat 3 dalam 1 terus! Maka, jadilah jamuan perpisahan merangkap jamuan kenaikan pangkat merangkap jamuan ghayerrrr! hehe..


Untuk kenaikan pangkat dan pindah keluar dari bahagian kami, yang diraikan adalah pengarah En. tutttttt yang telah dinaikkan pangkat ke Jusa tutttt dan kini bertugas di tuttttt .... haha! Sorry boh, nak cerita details tak boleh le ... privacy der. Cerita pasal makanan boleh...nanti aku cerita penuh kat korang yek 😜

Nak tangkap gambar hiasan dalaman memang tak dapat le diknon. Simple giler hiasan aidilfitri kitaorang...hampir tiada hiasan! haha. Tapi jamuan raya wajib ada 'makanan raya' atas meja! 😋 Kekdahnya, ada yang potluck ada yang order so moh kita throwback balik makanan raya aritu.









Sebenarnya ada banyak lagi makanan, tapi yang ni je aku ada dalam henpon. Itu pun, gambar 4 makanan kat atas ni aku minta kat rakan sekerja sebagai kenang-kenangan. Sebab laksam tu memeyyyyyy sedap! Dua tiga kali gak aku menambah aritu hehe. Cocktail buah punnnnnn menyengat sedap dia! Miauuuu ... haha

Aku pun ada bawa makanan jugak, tapi lebih kepada orang order. Tuuuu roti jala ngan kari ayam le. Kul 4 pagi aku dah start 'menjala' di dapur hikhik.






Tak lengkap la raya kalau takda gambar raya beramai-ramai ye tak. Ni semua memang kaki gelak, kaki merapu kat opis. Sorang takda rasa macam duduk dalam gua la ...haha! Tapi dalam dok merapu-merapu tu, ni la pasukan srikandi yang dalam otaknya ada nombor dan kod-kod yang orang biasa tak boleh nak baca. Haaaa ... kalau sorang cuti bersalin, memang 'tempang' jugakla 2-3 bulan hehehehe 😋

Ok la, selamat hari raya!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.