Breaking

Showing posts with label Ekstrim. Show all posts
Showing posts with label Ekstrim. Show all posts

Monday, June 03, 2013

Monday, June 03, 2013

Pasar Terbahaya Di Dunia!

Assalamualaikum!~

Biasa Kenit balik kampung, kalau pi market (orang KL cakap pasaq hehe), Kenit tak suka bawak anak-anak ikut sama. Pasaipa? Pasai Kenit selalu habaq kat depa...


"ang pa takyah ikut...duk kat umah tok ja nooo"

"alaaaa...nak ikutttt nak ikutttt"

"takyah takyah...sana bahaya sat gi ibu beli cekelat kat ang pa"
(cekelat = gula-gula)

Mulala depa wat muka kelat macam kopi takda gula ekekeke. Persoalannya, bahaya yang macam mana yang Kenit tak bagi depa ikut tu? Haaaaa.....

Wednesday, April 17, 2013

Wednesday, April 17, 2013

'Mr. Cake' Beri Kek Letak Jawatan.

Assalamualaikum!~

Errkkk...cam konpius je bunyinye kan? Pekerja tipikal macam kita kalau nak letak jawatan biasanya tulis atas kertas kan? But, 'Mr. Cake' atau nama sebenarnya Chris Holmes mempunyai cara unik tersendiri untuk menyatakan hasratnya dengan membuat 'Kek Letak Jawatan' (Resignation Cake instead of Resignation Letter hehe) yang kreatif!

Thursday, March 28, 2013

Thursday, March 28, 2013

Upah Menangis Untuk orang Mati.

Assalamualaikum!~

Kenit biasa dengar orang diupah untuk menangis & meratap di majlis pengebumian orang mati. Terutama di kampung-kampung memang ada situasi begini. Pak Jelan pun biasa tengok situasi begini di kampung masa dia kecik dulu. Pernah dia bagitau, kalau ada kematian, ahli keluarga akan mengupah orang lain untuk berlakon 'menangis' dan 'meratap' di atas pemergian si mati.

gambar hiasan

Wednesday, March 27, 2013

Wednesday, March 27, 2013

Lagi 'Sultan' Tuntut Hak?

Assalamualaikum!~

Hamboiii hamboiii ni dah over the bridge dah ni bro! Sorang tuntut habis sumer yang lain mengikut ye! Lepas 'Sultan' Jamalul D. Kiram III cuba 'merebut' Sabah, kini ada pulak kes yang membabitkan seorang lelaki yang menggelar dirinya 'Sultan' atau lebih tepat lagi Yang Di-Pertuan Agong!

Yang nak dituntutnya bukan kecik punya tanah. Seluruh tanah Malaysia ni nak dituntutnya! Adakah ramai lagi manusia yang GILA KUASA & GILA TANAH di sini? Lepas ni sapa plak mengaku tanah Malaysia ni dia punya??


Tuesday, March 19, 2013

Tuesday, March 19, 2013

Ritual Ganti Pakaian Mayat.

Assalamualaikum!~

Kelainan adat & tradisi kaum Toraja ini menjadikan mereka 'unik' di mata masyarakat dunia yang lain. Kaum Toraja berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Namun, berdasarkan kajian arkeologis, orang Toraja berasal dari Yunan, Teluk Tongkin, China. Pendatang dari China ini kemudian bercampur dengan penduduk asli Sulawesi Selatan. Kata tana artinya negeri, sedangkan kata toraja berasal dua kata yaitu tau (orang)dan maraya (orang besar atau bangsawan). Kemudian penggabungan kata-kata tesebut bermakna tempat bermukimnya suku Toraja atau berikutnya dikenal sebagai Tana Toraja.


Kaum Toraja sememangnya terkenal dengan sambutan ritual pelik apabila berlaku sesuatu kematian. Ritual ini telah pun menjadi kebudayaan bagi masyarakat Toraja. Apabila berlaku kematian di kalangan kaumnye, akan berlaku korban kerbau. Apa yang (tak) menarik, korban tersebut bukan di sambut secara sembelihan tatapi secara menetak leher kerbau tersebut dan membiarkannya seksa sehingga mati. Selain daripada itu, mereka juga menyambut hari kematian dengan mengadakan Laga Ayam dan membuatkan mayat 'berjalan' ke kampung!

Wednesday, February 20, 2013

Sunday, February 17, 2013

Sunday, February 17, 2013

Apa Korang Rasa....??


Assalamualaikum sumer!~

Alhamdulillah aku dan family selamat sampai rumah. Alhamdulillah jugak sepanjang perjalanan tiada kesesakan teruk di sepanjang Hiway Plus Ayer Keroh-Kuala Lumpur. Walaupun perjalanan hanya makan masa 2 jam tapi aku takleh amik risiko nak balik lepas maghrib...kang ada yang kebas punggung duk lelama dalam kete!

Sampai umah, letak beg, duduk-duduk rehat dan tengok tv. Melopong aku tengok 'gazet' berita pasal berita bayi didera! GILER!!!! Bayi dihempasnye???!!!......GILER!!!


Thursday, February 14, 2013

Thursday, February 14, 2013

Let's Improvise!~

Assalamualaikum sumer!~

Dulu-dulu kalu kiter gi post office ker, JPJ ker, JPN ker mesti kene beratur panjang kan? Masa dulu mana ada sistem nombor giliran ni lagi. So, ramai-ramai la pakat beratur berjam-jam sampai lenguh lutut! Sekarang ni pun ada gak tempat-tempat tertentu yang belum menggunakan sistem nombor giliran tu lagi kan? Terutama di kawasan pedalaman yang penduduknya ramai.

Wednesday, February 13, 2013

Wednesday, February 13, 2013

Anggota Polis Boleh Minta Angpau.


Assalamualaikum sumer!~

Kalu di negara kita, pemberian angpau kepada anggota polis semasa bertugas adalah menjadi satu kesalahan BESAR & SERIUS yang boleh disabitkan sebagai RASUAH! Namun, ia tidak akan menjadi salah apabila sampul angpau yang diterima itu TIDAK mengandungi wang ringgit tapi habuk je hehehe *koya spanar ye ko nim! tampar laju-laju kang!*


Gambar hiasan
Wednesday, February 13, 2013

Pencuri Oh Pencuri!

Assalamualaikum sumer!~

Apa nak jadi ngan pencuri lening (sekarang ni), semakin buruk bebenor perangainye! Kalu dah dasar nama pencuri tu, dah tentula sumer benda nak dikebas! Tapi...hat ni, aku tak tahu la samada pencuri ni 'low standard' atau 'desperate' sampai kain penutup jenazah pun dia terfikir nak curi! 

Haihhh macam-macam pesen la pencuri lening. The question is...si pencuri tu tau tak kain yang dia curi tu kain penutup jenazah?? Kalu la dia tau...memang nyesal tak sudah laaaaaa mat oiii!~

lakonan semula kain penutup jenazah yang dicuri -HM

Friday, February 08, 2013

Friday, February 08, 2013

Pencari Hantu Buru Hantu Bersama 'Seekers'.

Assalamualaikum sumer!~

Pernah tengok program Seekers di tv? Program yang merakamkan aktiviti paranormal ini sudah lama ditayangkan di ntv7. Aku pernah menjadi penonton setia rancangan ni dulu. Maklumla, masa tu teruja sangat nak tengok kelibat 'lembaga' dalam tv hehehe. Tapi, yang aku dapat tengok hanya pempuan menjerit, nangis-nangis. Kalau ada pun, mungkin hanya imbasan cahaya ganjil yang 'terbang' di situ (rumah kosong)

Aku rasa lebih sesuai menggunakan perkataan memburu ENTITI dari memburu HANTU kan? Sebab yang nak dicari ni bukan binatang, tapi ROH yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Dan bukan mudah nak buru 'entiti' ni. Bukan macam buru binatang, letak perangkap dan umpan dan tunggu 'dia' datang.  


Robb Demarest (dua dari kanan) bersama pihak produksi untuk
rancangan 
Seekers di ntv7-mstar

Thursday, February 07, 2013

Thursday, February 07, 2013

Penangan Setia Hujung Nyawa: Salah Siapa?

sumber: fb jiwarosak.com
Rosak...rosak! Ni nak panggil cerdik ke bodo? Kadang-kadang untuk orang yang jenis pemikirannya begini, kita takleh nafikan yang dia sangat......sanggggggatttttttt......kurang cerdik! Kang aku kata bodo kang ader plak yang tak puas hati huhu.
Thursday, February 07, 2013

Dipaksa Kahwin Perogol?Anda Sanggup?

Dalam Islam, kaum wanita sangat dipandang mulia dari pelbagai sudut kehidupan, sosial mahupun ibadah. Namun, bagi sesetengah masyarakat yang masih mendahulukan adat dan budaya kaum sendiri melebihi syariat agama menjadikan hidup kebanyakan wanita terus dihantui ketakutan dan penindasan, terutama di negara-negara yang masih kuat adatnya.

GULNAZ bersama anak perempuannya, Badam Bagh.

Wednesday, January 30, 2013

Wednesday, January 30, 2013

Ukiran Anamorphic Yang Mengagumkan! (9 Foto)

Apa itu Anamorphic? Ia adalah suatu istilah tentang perspektif yang patuh pada syarat-syarat perspektif itu sendiri malah lebih ketat dari bentuk lain. Namun, ia juga merupakan suatu bentuk perspektif yang telah diputerbelitkan dalam beberapa cara untuk menghasilkan imej  sebenar. Tak faham?? Jom kiter terjah gambar~

Seni anamorphic cermin.

Friday, January 25, 2013

Friday, January 25, 2013

One Word...BANGANG!

Sebelum aku nak citer lebih2 apa yang bangang, maafkan aku andai perkataan ini menganggu gugat ketenteraman  jiwa korang yang membacanya. Bukan sifat semulajadi aku untuk menggunakan perkataan sebegini atau yang sewaktu dengannya, juga bukan nak maki hamun jauh sekali nak mencarut, cuma kalu korang tengok gambar2 di bawah ni, korang pun akan fikir benda yang sama hehe.

Tak tahula pulak kalu2 ader peminat tegar fesyen B*NG*NG sebegini dan menggelarnya....SENI. Satu jer aku nak pesan, jangan diB*NG*NGkan seni itu (paham ke dop aku cakap ni?) Jom kiter terjah fesyen yang......terjah je la!

Tuesday, January 22, 2013

Tuesday, January 22, 2013

70 Tahun Solat Salah Kiblat.


MELAKA TENGAH ­- Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di sini dikesan melakukan kesalahan dalam penetapan arah kiblat....

“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam....
Tuesday, January 22, 2013

Padah Mabuk!

Haaaa macam2 pe'el la omputih ni yer, kalu dah mabuk tu kerusi lipat budak pun boleh dibuat bergurau hahaha. Tengok tu, macam manerrrrrrrrr dia boleh terperosok dalam kerusi lipat tu??? Aku nak tolong pun tak gheti, gheti gelak je la hehehehe.

Kalu la aku jadi ahli bomba tu, aku gelak sakan dulu kat situ hehe, kelako benau minah omputih ni..hmmm~

Foto: ScottishSun

Monday, January 21, 2013

Monday, January 21, 2013

Macam Ni Pun Boleh Ka?


Aiyaakkkkk! Zaman sekarang ni apa pun boleh jadi yek. Geleng kepala aku baca citer tu. Tengah sedap2 ngunyah buat tembikai susu hampir nak tersedak dibuatnyer. *huh, tu drama jer tu*

Saturday, December 22, 2012

Saturday, December 22, 2012

21.12.2012:Obsession or Stupidity? (5 Pictures)

Manusia di seluruh dunia telah menjadikan tarikh 21.12.2012 sebagai tarikh berakhirnya dunia atau kiamat. Mereka mengikut ramalan Kaum Maya yang kononnya, hari tersebut akan berlaku bencana besar dan dunia akan kiamat. Ketaksuban ini mendorong sesetengah  manusia melakukan perkara yang di luar jangkaan untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Ada juga yang menjadi gila gara2 tarikh ini, dan bertindak mencederakan oang lain! Pelbagai ragam dapat disaksikan di sesetengah negara dan kawasan, namun, ternyata ramalan mereka tidak benar! Bencana yang dinantikan tidak kunjung tiba, yang ada hanyalah kebodohan dan kejelekan yang terserlah di atas kepercayaan karut mereka.

Sejumalah orang berhimpun di Stonehenge, England sempena ramalan
hari kiamat - kosmo

Wanita mengecat hijau wajah mereka berlindung di
 Kg, Bugarach, Perancis-HM
Pelajar Taiwan ceria beraksi selepas ramalan kiamat meleset-BH

Beberapa orang paderi kaum Maya menabur bunga di tapak
arkeologi Iximchesebagai prsiapan kedatangan kiamat.-UO

Kaum Maya melakukan upacara keagamaan bagi menanti
 kedatangan kiamat.

Friday, December 21, 2012

Friday, December 21, 2012

10 Negara Dengan Perkhidmatan Teksi Terburuk Di Dunia.


Setiap orang punya pengalaman berbeza tentang perkhidmatan teksi. Ader yang manisssssss, ader yang "macam cilakak!", kata diaorg. Pada yang punya pengalaman manis tu, alangkah bahagianya hidup korang kan dapat jumpa dengan pakcik teksi yg baik hati dn servis tip top! Tapi, kalu dapat yang macam hampeh, memang sampai 7 keturunan la kene sumpah bagai hahaha~tui dak? Jangan tk ngakuuuuuu~

Melalui kajian yang dilakukan oleh Londoncabs.co.uk,  penilaian dibuat berdasarkan respon dari pelancong luar negeri yang berkunjung ke negara berkenaan dan menggunakan perkhidmatan teksi. Tak mo taip banyak2, jom kiter terjah..sapa yang kenaaaaa!~

10. Moscow, Rusia


Pemandu agak menyusahkan, tetapi sekurang-kurangnya mereka dilihat sebagai pemurah dan jujur. Masalahnya, mereka sukar ditemui di beberapa kawasan. Banyak kereta haram memandu sekitar Moscow dan cuba untuk mndapatkan penumpang. Itu yang anda perlu elakkan kerana kos yang mahal.

9. Shanghai, China


Pelancong disarankan menulis tempat tujuan di atas kertas dalam Bahasa Cina, jika tidak anda akan menghadapi kesukaran mencari destinasi yang anda cari.

8. Cairo, Mesir


Di Kaherah, Mesir, pemandu teksi terkenal kerana suka mengikut orang di jalanan dan mengugut mereka untuk mendapatkan lebih perniagaan.

7. Zurich, Switzerland



Masalah bahasa selalu dihadapi oleh pelancong selain daripada kos tambang teksi yang agak mahal. Pelancong perlu bersedia dengan arahan sendiri atau berharap bahawa pemandu teksi yang anda naiki mempunyai GPS melainkan jika destinasi anda adalah satu tempat yang sangat terkenal seperti lapangan terbang atau sebuah hotel yang sangat besar.

6. Mumbai, India


Pemandu teksi di India sebenarnya bersaing atas perniagaan mereka, dan itu bukanlah petanda yang baik untuk keselamatan penumpang. Masalah lain ialah banyak teksi lama yang tidak mempunyai tali pinggang keledar di Mumbai.

5. New York, USA


Walaupun pemandu teksi di New York dianggap mengenakan kos yang berpatutan dan mesra pada umumnya, ramai pemandu tidak benar-benar tahu jalan dan itu menjadikan tambang menjadi lebih banyak daripada yang anda harapkan.

4.  Paris, Perancis


Pemandu teksi di Paris dikenali kerana sikap kasar mereka, Jika anda bercakap dalam bahasa Perancis, ia jelas lebih mudah untuk mendapatkan teksi di sekitar ibu kota Perancis itu. Jika tidak, pelancong dinasihatkan untuk menulis alamat pada sehelai kertas untuk diperlihatkan kepada pemandu teksi.

3. Bangkok, Thailand


Walaupun ramai menganggap Bangkok, Thailand mempunyai beberapa pemandu teksi terbaik di dunia, terdapat banyak pemandu yang tidak tahu jalan. Beberapa pelancong mengatakan bahawa mereka tersesat walaupun mereka membayar tambang yang mahal, tetapi hakikatnya ialah kebanyakan pemandu teksi di Bangkok merupakan petani yang memandu teksi untuk menambah pendapatan.

2. Rome, Itali


Teksi adalah terhad dan pemandu sering kasar dan sukar untuk berurusan dengan mereka. Jika hujan, pemandu mengenakan harga dua atau tiga kali ganda untuk perkhidmatan teksi.


Dan, CHAMPION of all......
jeng jeng jengggg~

1. Kuala Lumpur, Malaysia


Pemandu teksi dari Kuala Lumpur terkenal kerana mengenakan caj berlebihan terhadap pelanggan dan walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu tidak berbuat demikian. Teksi di Kuala Lumpur juga selalunya usang dan buruk.

Londoncabs.co.uk

P/S:   Perkhidmatan teksi terburuk di dunia- Malaysia (tak masuk berita)
         Negara Rasuah Tertinggi - Malaysia (ke-4) (tak masuk berita)
         Penglibatan Malaysia dalam Aliran Matawang Haram-Malaysia (tak masuk berita)
         Destinasi Shopping Terbaik Di Dunia - Malaysia ke-4(MASUK TV & SURATKHABAR)

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.