Breaking

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, April 21, 2017

Friday, April 21, 2017

#SindromAyahAyah - Kenapa shopping ngan ayah lagi best berbanding ngan ibu?


Assalamualaikum!


Ingat kaum ibu je ada #sindrommakmak ni? haha .... kaum bapa pun ada sindromnye bila masuk bab shopping ni tau. 

Tak dinafikan anak-anak lebih suka shopping ngan ayahnya berbanding ngan aku. Tapi aku tak marah ...tak kecik hati pun dan tak kisah sebabbbbb aku dulu pun macam tu jugak! Bila melihatkan Pak Jelan melayan kerenah anak di sebuah shopping mall tempoh hari, aku terkenang pulak zaman aku kecik-kecik dulu.

Bestnye shopping ngan abah! Bukan la semua aku nak tu pasti dapat, tapi keseronokan memilih barang yang kita suka tu yang membuatkan kita happy sangat! "Ambillah ....", ayat tu memang aku nantikan keluar dari mulut abah kalau pergi shopping bersama. Laju je aku sauk masuk dalam troli hehe 😂



Wednesday, January 11, 2017

Wednesday, January 11, 2017

Shell Out Melaka | Selera Warisan D'Maria MITC, Ayer Keroh Melaka


Assalamualaikum!


Selera terhadap seafood memang tak pernah 'padam'. So, kurniaan nikmat dariNya jangan dipersiakan hehehe. Satu malam, aku cakap ngan abah jom kita gi makan kat luar. "Makan ape?" dia tanya, "ade laaa ...", aku jawab hehe. Mujur diusia 'emas' abah boleh dibawa bergurau, kalau tak mau kena pangggg kalau bagi jawapan macam tu hehehe.

Nak cari restoran seafood kat Melaka tak susah. Kiri kanan bahu jalan ade je kedai makan sedia menerima pelanggan. Tapi malam tu kami nak bagi surprise sikit, so takmo bagitau mak dan abah kita nak makan kat mana hehe. 


Thursday, November 03, 2016

Thursday, November 03, 2016

Suami kata dia suka doktor tu ...


Assalamualaikum!


Masuk ni dah dua kali cik abe dapatkan rawatan di klinik gigi ni. First, masa dia kena cabut gigi dulu ..doktor yang sama jugak. Kelmarin pun doktor yang sama buat rawatan filling dan scalling. Tak syak lagi dia memang suka doktor tu ....

Sebenarnya, dia suka doktor tu punya servis laaaa! hahaha. Amboiiii, jangan fikir yang bukan-bukan ye tak baik tauuuu :p


Friday, August 12, 2016

Friday, August 12, 2016

Abah ...


Assalamualaikum!


Di usianya yang dah menjangkau 66 tahun, alhamdulillah dia masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun kudratnya tidak lagi sekuat dulu. Sebenarnya, beberapa hari ni aku asyik teringatkan abah. Walaupun dia dah bebas dari 'najis' rokok sejak 3 tahun yang lalu, namun aku sentiasa bertanyakan perkembangan dia melalui mak di telefon.

Dan walaupun abah tidak mengalami penyakit serius, dia masih kena amik ubat darah tinggi dan menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan berdekatan setiap beberapa bulan. Rutin ini telah pun bermula start abah keluar hospital.


Tuesday, July 26, 2016

Tuesday, July 26, 2016

Bila orang bandar jumpa ikan puyu!


Assalammualaikum!


Menimbuk puyu...

Pertama kali kami anak beranak tengok sendiri bagaimana Pak Jelan menimbuk ikan puyu di bendang (sawah padi). Time ni orang dah amik padi, so yang mana ada lopak-lopak air tu memang ade la berekor-ekor ikan puyu dan sepat di dalamnya hehe ...

Alkisah ... tengahari tu aku nak gi belakang umah buang sisa makanan sekali tengok Pak Jelan berdesup lari masuk ke dalam umah amik timba (baldi) dan penapis dengan muka tersengih macam ada sesuatu. Rupanya nak pi tangkap ikan puyu! haha ...



sekali sauk je ...menggeletik dia dalam penapis tu ;)

Thursday, July 21, 2016

Thursday, July 21, 2016

Omak ...


Assalamualaikum!


Biasa pagi-pagi dalam kul 7 lebih, time matahari baru nak menjengah naik ke langit tu kan time ni la aku akan stenbai kat luar rumah dengan getah paip siram pokok-pokok bunga mak yang dalam pasu. Kalau aku takda, maka mak la yang siram setiap pagi sebelum pergi ke reban ayam.

Begitulah rutin harian mak di rumah, menyinggah dulu rumah bukan pintu reban 'anak-anak angkat' dia tu, pastu menyapu di laman dan siram pokok bunga. Kemudian, pergi cuci reban pulak. Harapkan aku je la bila balik, barulah ringan sikit kerja rumah dia.


Tuesday, July 19, 2016

Tuesday, July 19, 2016

Tangan 'berseni' si anak dara ...


Assalamualaikum!


Setahu aku antara kami tiga beradik, akak aku je la yang terer melukis pun. Zaman aku sekolah dulu kalau ada homework Pendidikan Seni, memang akak aku la yang jadi tukang lukis gambar hehe. Kalau aku ... memang tak suka dan tak 'berseni' nak melukis apatah lagi gambar muka orang! huhu ...

Kagum seketika ... boleh tahan cantik lukisan anak dara ni. Mana dia belajar? Dah tentu kena ada minat kan, kalau tak minat mana kan hasilnya jadi secantik ini? :)



Thursday, July 14, 2016

Thursday, July 14, 2016

Rumah Terbuka Speaker Dun Melaka


Assalamualaikum!


Raya ketiga ... 

Sebenarnya tak rancang pun nak gi beraya umah Speaker Dun Melaka ni. Malah tak tahu pun rupanya rumah beliau dekat benor ngan kampung kami yakni kat Ayer Molek je! Abah la dapat mesej dari kawan dia cakap ada jemputan rumah terbuka di sana. Tapi last-last abah suruh kami je wakilkan dia pergi sana huhu

Apo layi ... moh la kita bertandang ke rumah terbuka YB Datuk Wira Hj. Othman Muhammad ni ha. Di samping bawa anak-anak jenjalan beraya, nak tahu gak berapa boleh dapat duit raya dio ... hahaha :p


Wednesday, July 13, 2016

Wednesday, July 13, 2016

Raya Kami Di Melaka!


Assalamualaikum!


Selamat aghi ghayer! Acaner ghayer sume ...ok? banyak dapat duit raya tak? hehe. Hampir seminggu tak bukak blog .. ni pun gigih 'sedut' mood nak kongsi cerita raya. Tahun ni aku beraya di Melaka aje, walaupun hajat memang nak balik Perak juga tapi disebabkan bajet tak kesampaian dan cuti pun pendek, maka kita hadap yang mana mampu je la yek. Lagipun tahun ni giliran beraya di Melaka, so aku punya bajet cukup-cukup sampai tol Ayer Keroh je hahaha :p


Friday, January 29, 2016

Friday, January 29, 2016

Cuti Thaipusam - Part 1


Assalamualaikum!


Ambik mood nak menaip entri 'percutian singkat' empat beranak di kampung halaman hehe. Kali ni malas nak taip panjang-panjang .. tengok gambar pun dah kembali rindu-rinduan, apatah lagi aku nak bercerita tentang hari tu huhu ...




'Kawan' baru Mira ... si comel hehe


Banyak yang dah berubah kat kampung. Antaranya, aku bangun pagi keluar rumah dah takda bau sepoi-sepoi haruman semulajadi dari kandang lembu sebelah hehe. Lembu pun dah tak nampak batang hidungnya huhu ...

Bangun pagi Sabtu, si Mira dah dapat 'kawan' baru, si comel. Suka hati je dia bagi nama kat anak kucing tu hahaha. Anak kucing ni kepunyaan jiran depan umah tapi manja giler ngan kami. Dah la kecik kiut ... manja pulak tu! Kalau dua beradik ni jumpa memang pakat berebut siapa nak pegang dulu!

Monday, August 03, 2015

Monday, August 03, 2015

Sepupu Kahwin


Assalamualaikum!





Satu-satunya gambar aku dengan Aini pada hari tu, pengantin baru yang juga sepupu aku belah mak. Majlisnya hari Sabtu lepas, habis je event aku kat KLCC terus berkejar balik rumah salin baju, solat dan pecut ke Shah Alam! Waktu ni dah lewat petang pun, tak sempat nak pergi ke dewan dan bergambar di sana. So, kami terus serbu ke rumah pengantin! hehe.

Friday, July 24, 2015

Friday, July 24, 2015

Mee Udang Port Weld!


Assalamualaikum!




Kalau ang pa orang jati Port Weld, ang pa mesti tau kedai ni kat mana! Ni pun baru pertama kali kami jejak kaki mai sini hehe. 

Dah berapa lama aku pendamkan hasrat nak makan mee udang ni. Asyik bertangguh je ... kali ni aku nekad nak pi jugak! Memula nak pi makan kat kedai yang selalu masuk tv tu. Kat Port Weld jugak tu ...tapi bila Pak Jelan dok gebang Mee Udang Pak Leh ni sedap ..sedap ... sedap sangatkah??! huhu

Jom pi try sat! Kalau sedap aku belanja, kalau tak sedap pak Jelan belanja haha :p

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.