Breaking

Showing posts with label Kenit Review. Show all posts
Showing posts with label Kenit Review. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Friday, May 29, 2015

Kafe Sri Suria : Luncheon Mee Kari


Assalamualaikum!


Plan asalnya nak makan mee kari kat restoran yang biasa kami pergi sebelum ni. Tapi last minit kak Gee ajak gi makan di Kafe Sri Suria ... dalam AmCorp Mall juga. Apa yang best sangat si Suria ni yek? Sokmo-sokmo aku tengok orang ramai makan kat sini. Kalau lalu depan kafe ni, memang penuh setiap meja sampai orang yang masuk keluar balik sebab meja kosong!

Apa yang best? Jom kita tengok! ^^


Friday, February 13, 2015

Friday, February 13, 2015

Luncheon Di Restoran Kapitan


Assalamualaikum!

Tergerak pulak kaki ni menerjah AmCorp Mall hari ni. Mentang-mentang semalam dah gaji, harini berani la nak jejak kaki di sana kan huhu. Kali ni aku lunch kat Restoran Kapitan kat Ground Level, AmCorp. Kak Tun la dok canang kata mee kari kat sini sedap, so harini jom ikut Kak Tun makan sana ye!


Inilah restorannya .. Restoran Kapitan terletak di Ground Level. Ni first time aku makan kat sini, memandangkan Kak Tun kata mee kari sini memang recommended so why not aku cuba kan hehe. 

Saturday, December 20, 2014

Saturday, December 20, 2014

Pertama Kali Rasa Pisang Goreng Cheese!


Assalamualaikum!


Aku agak skeptikal bila first time dengar 'Pisang Goreng Cheese' ni. Boleh ke makan pisang goreng ngan cheese? Tak sakit perut ke? hahaha. 

Tapi bila aku berpeluang makan buat pertama kalinya 2 minggu lepas .... aku dah jatuh cinta! Mere pyar ....! haha.



Wednesday, November 19, 2014

Wednesday, November 19, 2014

Kami Di Legoland - Part 1


Assalamualaikum!

Tak sampai seminggu aku tinggalkan Legoland, tapi bahang keseronokkannya masih terasa hingga ke hari ini. Kakak dan adik duk repeat soalan yang sama hari-hari bila kami nak gi sana balik. Katanya satu malam duk situ tak puas la ..... hohoho. 

Mungkin inilah yang dikatakan rezeki anak-anak ... dah lama kakak dan adik 'mengidam' nak pergi sini tapi masa tu belum ada ruang dan peluang lagi. Alhamdulillah .... dapat juga mereka merasai pengalaman bermalam di sana. 

Tuesday, August 19, 2014

Saturday, July 05, 2014

Saturday, July 05, 2014

Selepas 40 Sachet Ephyra


Assalamualaikum!

Salam Ramadhan 2014 buat semua umat Islam! Tetengah malam buta ni takleh tido plak kan, jeles pulak nengok anak-anak kat sebelah lena diulit mimpi masing-masing. Kakak tido buas takleh blah! Kaki dia kat perut aku, yang adik plak kepala duk bawah pinggang aku. Dah aku ni kat tengah-tengah dah macam ape ntah! hehehe.

Actually, ini review kedua aku bersama Ephyra. Sebulan lebih dah aku consume pek Ephyra yang kedua ni dan dah banyak perubahan yang aku dapat rasai sendiri! Kalau nak baca review pertama aku, korang boleh terjah SINI.

Alhamdulillah, Ephyra serasi sangat ngan aku ^^


Friday, July 04, 2014

Monday, June 16, 2014

Monday, June 16, 2014

Menu Dinner - Macam-macam Ada!


Assalamualaikum!

Sebenarnya, dah lama aku ngidam nak makan char kuey tiow tapi kecewa tak sudah bila dia asyik tutup je. Dah tu bila aku tak gi makan, nak pulak dia bukak! Haihh ... 

So, petang semalam aku kenen ke Pak Jelan belanja kami makan char kuey tiow la kan. Kot-kot ujung minggu dia meniaga. Confirm laku woooo!

Tapi ..... haremmmmmm dia nak bukak!

Untuk mengubati hati kami yang luka ini, aku cakap kat Pak Jelan, "jom la kita gi makan yong tau foo je la"

Yong Tau Foo Kampung Pandan memang sudah tidak asing lagi bagi kami sekeluarga dan penduduk sekitarnya. Dari aku kecil, sampai la sekarang kami tetap setia dengna yong tau foo kat sini. 

Dekat pun dekat ....


Thursday, April 24, 2014

Thursday, April 24, 2014

Kepok Lekor Untuk Mek Anim


Assalamualaikum!



Siapa Mek Anim? haha aku la tu ....

Aku order kelmarin, barang sampai semalam. Siap delivery kat opis lagi hehe. 

Bukan senang nak dapat yang ori. Tambah kebanyakan yang aku beli kat KL ni semuanya banyak bahan tambahan. Bila gigit rasa gebu semacam je patutla tak sodap!

Monday, April 14, 2014

Monday, April 14, 2014

Bila Tak Lalu Makan Nasi


Assalamualaikum!

Aku suka sangat mengunyah. Sedap mengunyah ni rupanya hehe. Tu pasal la pipi tu kembung semacam je kan ekeke. Tapi, dah lama rasanya aku tak mengunyah kat opis ni, bekas jajan pun dah lama kosong.

Tengahari ni, tetiba aku tak idea nak makan apa. Rasa tekak ni macam tak berselera dengan nasi dan lauk pauk. Padahal aku ni boleh dikatakan tekak lauk kampung yang tegar! haha. Ntah kenapa aku rasa macam .... taknak makan!

Saturday, April 12, 2014

Saturday, April 12, 2014

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Assalamualaikum!


Alhamdulillah berakhir sudah cabaran 30 hari kenit bersama produk minuman EPHYRA. Jujur kenit katakan, kenit sebenarnya tidak pernah mencuba sebarang produk kecantikan & kesihatan sebelum ini kerana kenit mempunyai kondisi kulit yang sensitif. Kalau salah cuba produk, pasti akan timbul lebih banyak masalah pada kulit nanti. 

Pertama sekali, kenit ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada team Denaihati & team EPHYRA yang menjadikan impian kenit suatu realiti. Di majlis perjumpaan blogger  SBB2014 yang lalu, kenit berpeluang membawa pulang sekotak EPHYRA hasil penyertaan entri kenit dalam kontes EPHYRA PILIHANKU. Dalam kotak EPHYRA ni mengandungi 30 sachet untuk diminum selama 30 hari. 



Cabaran bermula di SINI, dan selama 30 hari kenit minum dengan konsisten dan penuh displin, seperti minum setiap hari pada waktu pagi sebelum makan dan banyakkan minum air masak. Perubahan yang dialami selama 30 hari ini adalah dari pengalaman kenit sendiri.

Apabila pengasas EPHYRA menghubungi kenit minggu lepas, beliau sempat bertanyakan perkembangan diri kenit bersama EPHYRA. Maka, inilah hasil yang dapat kenit kongsikan bersama korang tentang keberkesanan EPHYRA pada diri kenit.

Antara masalah yang kenit hadapi :-
  • kulit berminyak, jerawat dan kesan jerawat, masalah resdung, cepat lapar, kurang bertenaga dan mudah mengantuk serta rambut gugur. 



SEBELUM

A) Kulit muka berminyak menjadikan kulit 'berkilat' walaupun duduk dalam suhu sejuk (aircond). 

B) Kesan jerawat tegar memang susah nak hilangkan! Bila tumbuh jerawat baru lagi kacau jiwa ni! 

C) Kenit dah lama ada masalah resdung, cuma mungkin orang tak perasan. Hidung kenit sangat sensitif terhadap habuk dan hama. Kerap kali kenit mengalami hidung tersumbat di tengah malam sehingga menganggu tidur kenit. Dan, bila pagi menjelang hidung akan menjadi gatal dan kenit akan mudah bersin. Sehinggakan dalam solat, bila hidung terkena sejadah kenit pasti akan bersin! 

D) Tugas sebagai wanita berkerjaya dan menjadi ibu merupakan dua tugas yang sangat mencabar! Dengan tugas di pejabat, ditambah dengan menguruskan anak-anak dan keperluan mereka, menjadikan kenit mudah penat dan tak bertenaga sebelum ni. Kenit tak mengambil apa-apa supplemen sebelum ni. 

E) Kenit memang kuat makan! Sarapan pagi, lunch dan kudap-kudapan memang tak lepas dari tangan. Bekerja dalam suasana sejuk air-cond memang boleh membuatkan kenit cepat lapar dan akhirnya kena juga makan sesuatu untuk mengisi perut yang kosong. 

F) Sebelum ni, kenit memang mengalami masalah keguguran rambut yang agak teruk. Sehinggakan kenit terpaksa potong rambut pendek untuk mengelakkan rambut gugur lebih banyak. 




SELEPAS

A) Kenit minum EPHYRA setiap hari secara konsisten selama 30 hari menjadikan kulit muka kenit menjadi kurang berminyak dan lebih bermaya dari sebelumnya. Wajah tak lagi 'berkilat' tapi yang bestnya kulit yang dulunya kesat dan kasar, kini dah jadi halus dan lembap.

B) Terutama di bahagian yang teruk terjejas, kesan jerawat lama semakin menyusut dan jerawat baru cepat kecut! Seperti yang disyorkan, kenit banyakkan minum air masak dan ini membantu proses penyembuhan dan penghasilan sel-sel baru kulit.

C) Alhamdulillah, kenit mula perasan kenit tak lagi bangun pagi dengan hidung tersumbat, kurang sangat dah bersin dan tidak lagi bersin dalam solat.

D) Kenit rasa semacam ada tenaga extra dalam badan! Kenit tidak penat walau sehari suntuk melakukan kerja dan tidak tidur langsung di siang harinya. Perubahan ini kenit perasan ketika pulang ke kampung, kenit boleh berjaga sehingga pukul 3 pagi walhal, kenit tak tidur langsung siangnya! Dan keesokannya paginya, kenit tetap mampu bangun awal untuk solat Subuh tanpa rasa sakit-sakit badan atau mengantuk.

E) Alhamdulillah, kenit cepat rasa kenyang. Tak perlu standby makanan lebih, kadang-kadang makanan sarapan pagi kenit simpan untuk lunch sebab minum EPHYRA pun dah rasa kenyang! Cun kan! (^_^)

F) Alhamdulillah, rambut kenit dah kurang gugur, dan paling penting rambut yang jatuh ke lantai dah takda lagi! yeayyy!





Istimewanya EPHYRA di mata kenit :-
  • Tersedia dalam paket comel yang berkualiti dan terpelihara kesuciannya!

  • EPHYRA disahkan HALAL oleh JAKIM dan SELAMAT digunakan oleh KKM. Status halal produk memang sangat penting sebab sebagai orang Islam kita wajib mencari yang halal. Jadi, kenit tak perlu rasa ragu dan sangsi dengan EPHYRA! (^_^)



  • Mudah dibawa kemana saja, boleh selit-selit dalam beg atau letakkan dalam bekas kecil untuk kegunaan di pejabat.


  • Kandungan selamat dan tidak memberikan kesan sampingan kepada diri kenit. Hanya perubahan positif dialami sepanjang mengambil minuman EPHYRA ni. 



  • Hanya perlu tuangkan serbuk EPHYRA ke dalam shaker yang disediakan dan sedia untuk menggoncang. Shake! shake! shake!


  • Rasa oren sensasi dengan kombinasi 9 bahan semulajadi yang membantu meningkatkan kesihatan dari dalam. Truly speaking, kenit even cakap ngan Pn Amiza dalam phone hari tu, kenit rasa macam tak puas minum sekali sehari. Rasa macam nak minum EPHYRA sambil cicah biskut pulak! LOL.

Kena tunjuk muka serius,
sebab kat ofis kan
ekekekeke :D

Alhamdulillah kerana EPHYRA telah mengubah kehidupan dan tahap keyakinan kenit sedikit demi sedikit. Sebelum ni, kenit susah nak percaya akan mana-mana keberkesanan produk terutama berkaitan kesihatan dan kecantikan kerana bimbang tiada kesan positif ke atas kulit. 




Overall, kenit sangat berpuas hati dengan kesan yang diperolehi dari EPHYRA. Jika diberi peluang dan rezeki lebih, kenit nak mencuba minum EPHYRA 2 kali sehari (pagi & malam) pula lepas ni.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi:

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Tuesday, April 01, 2014

Tuesday, April 01, 2014

Statistik Blogger Gempak Dalam Naskah Denaihati


Assalamualaikum!



Sepantas kilat daku menaip malam ini demi berkongsi sedikit sebanyak profil-profil dari naskah Denaihati. Jom kita belajar matematik kejap nak? Kalau dok tengok barisan huruf yang panjang aje, tak gempak ar. Kita kasi masuk nombor sikit, peratus sikit nak tak? hehe. 

Jom kita mulakan statistik!

Dari perkiraan kenit, terdapat lebih kurang 32 nama blogger gempak yang tersenarai dalam naskah Denaihati ini. Dalam 32 nama yang bakal disebut, ada seorang blogger yang paling dicemburui kerana kejayaannya memenangi cabaran kontes Bersama Yeo's yang berlangsung awal bulan lepas.

Thursday, March 27, 2014

Thursday, March 27, 2014

Terima Kasih Atas Senyuman Itu.


Assalamualaikum!




Lepas habis event kat {SINI}, atok datang amik kami kat Melaka Sentral dan bawa kami gi makan KFC kat Semabok. Atok ngan budak-budak ni dah 'cop' tempat duduk, sementara kenit gi beratur kat kaunter ready nak order makanan. Dalam paler dah plan nak order snake plate 3 set. 

Monday, March 24, 2014

Monday, March 24, 2014

Kek Cantik Tapi ....


Assalamualaikum!

Last week, kitaorg plan nak gi cari birthday kek untuk kakak dan adik. Selalunya, kitaorg gi beli kat kedai bakery berhampiran ngan rumah je, tapi dek kerana dah boring dengan rasa dan dekorasi kek yang ntah apa-apa, kami bertukar 'angin'.

Kawan Pak Jelan pun rekomen satu kedai kek kat Setiawangsa. Katanya kek kat situ harga berpatutan dan keknya pun cantik-cantik. Ok set! malam tu lepas maghrib kami pi la sana. 



Friday, March 14, 2014

Friday, March 14, 2014

Naskah Hebat Dari Denaihati

Assalamualaikum!

Masih lagi dalam mood #SBB2014 yang telah berlalu lebih kurang seminggu lalu. Kelancaran majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 masih rancak diperkatakan sana sini terutamanya dalam komuniti blogger. Satu yang menarik perhatian kenit adalah pemberian naskah oleh pihak Denaihati sebagai cenderahati kepada bloggers yang hadir pada hari itu. #pray4MH370

Tuesday, December 17, 2013

Tuesday, December 17, 2013

Mi Bakso

Assalamualaikum!~


Tak terlintas di hati nak makan selain nasi putih hangat bersama sup tulang idaman mak dara tenghari tadi haha. Time lunch, kalau tak ke MPC mesti ke carpark cari nasi padang. Perghh! nasi padang best giler kot! dah la best murah plak tu hehe. Itu lain hari aku kasi tau ada apa ngan nasi padang tu ye mihmihmih. So, lunch tengahari tadi kitaorg decide nak gi MPC try sup tulang. 

Tuesday, November 26, 2013

Tuesday, November 26, 2013

Kek Lapis Sarawak.


Assalamualaikum!~

Best keje cam Pak Jelan, dapat travel satu Malaysia! Walaupun atas dasar tugas rasmi, tapi kalau sekadar nak menyinggah beli cenderahati ke, makanan tempatan ke no problem insyaAllah. Tu yang syok tu kan! hehe

Minggu lepas, Pak Jelan pergi ke Kuching, maka sempat jugak la dia 'rembat' Kek Lapis Sarawak pelbagai perisa. Setiap kali pergi sana, tak sah kalau tak membeli kek lapis yang diusahakan sendiri oleh penduduk tempatan. Tapi, nak mencari yang sedap dan tak muak memang susah sikit la. Kita pun dengar-dengar je cakap orang kek ni sedap kek tu sedap. Tapi, bila makan sendiri .... hampeh! Akhirnya, terbuang begitu je la kek tu. 



Stok kek lapis paling banyak pernah dimiliki! hehe

Thursday, October 31, 2013

Thursday, October 31, 2013

Jasamu Tetap Dikenang.


Assalamualaikum!~

Bila kita dah biasa bekerja bersama, bergurau, bergelak ketawa, bergosip (hehe) even kuar gi beli makan pun bersama, maka bila salah sorang kene pindah pasti suasana dan keriangan tu dah tak macam dulu. Walaupun hanya pindah unit dan bahagian still rasa tu takkan sama macam dulu-dulu.

Tapi, itulah realiti kehidupan. Bertemu dan berpisah sudah menjadi resam manusia sejak zaman berzaman. Kalau kita tak berpisah kita takkan bertemu yang baru. Ish.... tetiba sebak pulak pehal??! hahaha. Asalnya, nak citer pasal makan! ni tetiba emo pulak.... buwekkkkk~

Thursday, October 03, 2013

Thursday, October 03, 2013

Kak Mun Dah Pencen?


Assalamualaikum!~

Ini bukan kategori ketinggalan kapal lagi dah tapi kapal karam terus...! Macam maner aku boleh tak perasan Kak Mun dah pencen sebulan yang lepas?? hahahaha. Hampeh tul! 

Minggu lepas, tetiba Kak Tun menyapa... 

"Nim, nak gi Amcorp?"

"Wat mende?"

"Akak nak gi belanja makan Kak Mun kat sana, nak ikut?"

"Bakpe belanja Kak Mun pulak?".

"Laaaa..kan dia dah pencen..."

"Laaaa..bilenye dia pencen??"

Haaaa the rest malas la aku citer lelebih. Tanjat gegurl aku pagi tu hehehe. Okla, so aku ikut la Kak Tun and the geng. Lama dah jugak aku tak jumpa Kak Mun...tu pasaila lama aku tak nampak dia kat opis hehe. Anim....anim!

Thursday, September 26, 2013

Thursday, September 26, 2013

Motivasi Untuk Tidak Makan Nasi.


Assalamualaikum!~

Alasan paling lojik tuk elak dari makan nasi terutama wakut malam. Konon takut perut buncit laaaaa....gendut laaaaa... ohhh pleaseeee! Not relevant dah tu sumer hahaha. Apa yang penting??? 'portion size' yezzzaaaaa..... hehehe (tang makan laju je ikut doktor kannn!) 


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur


Lee Char Kuey Tiow

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.