Breaking

Showing posts with label Kenit Review. Show all posts
Showing posts with label Kenit Review. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Monday, June 17, 2013

Rojak Bellamy

Assalamualaikum!~

Bulan 6 ni memang ramai orang kawen. Dah berminggu-minggu jugak Pak Jelan buat part-time. Orang kije Isnin sampai Jumaat, Pak Jelan sambung Sabtu dan Ahad. Sampaikan anak tanya kenapa Pak Jelan kije ari cuti? Cari rezeki sayanggggg.

Tapi, semalam Pak Jelan takda job, so kami pun pulun masa yang ada untuk bawak anak jenjalan. Tak jauh mane pun...opis je ekekekeke. Takpe, anak-anak tak merungut banyak asalkan kaki diaorg jejak tanah ekekekeke. Pagi cam biasa kami breakfast dulu kat kedai Nasi Lemak Mat Ganja pastu baru gi opis.

Macam biasa, akai memasing memang panjang. Ader je benda nak dimain. Suruh main kat luar ghupernye dia 'bersukan' dua beradik huhu.

Ready dah tu nak berlari

Tuesday, May 21, 2013

Tuesday, May 21, 2013

Langgar 'Pantang'.

Assalamualaikum!~

Sedangkan iman pun boleh goyah, inikan pulak DIET!

Tak guna menaip banyak, perut dah lapo kedaroh semalam. Maka, singgahlah kami di Atas Tuber Restoran, Desa Pandan.

Tuber?? Tak tahu betul ke tidak..tapi Kenit cari maksudnya lebih kurang macam 'bonggol'. So, restoran ni dok ataih bonggoi ka? Cenggitu? hehe. Belasah je la! perut dah lapo kedaroh doh ni!


Friday, May 17, 2013

Friday, May 17, 2013

Misi Yong Tau Foo - Accomplished!

Assalamualaikum!~

Tahukah anda apa yang boleh menggembirakan anak-anak selain dari dapat hadiah dan gi jenjalan? 

MAKAN...! Yehhhh.....

Tahukah anda apakah cara yang boleh kita buat untuk celebrate kemenangan anak-anak kita setelah penat bersukaneka?

MAKAN ..... jugak! ekekeke.

They have been asking for it long before the PRU week. Tapi, belum nak jadi rezeki lagi. Dok tunggu..tunggu pas PRU pun tak bukak lagi. But, finally they are open..! hou yeaaa (^_^)


Untuk tidak menghampakan My Pearls yang mengidam yong tau foo sejak berminggu2 lamanya, Kenit gagahkan jugak menerjah kedai yong tau foo terkenal seantero Desa Pandan/Kg. Pandan hehe ...


Dalam ujan - Kalau bab makan, laju je diaorg jalan!

Tuesday, April 23, 2013

Tuesday, April 23, 2013

Cendolicious!

Assalamualaikum!~

Citer makan lagi....haha. Kelmarin Kenit share pasal makan Nasi Lemak Mat Ganja yang sedap kat Kampung Melayu Subang. Kali ni kita pekena cendolssssssss...uiii sapa tak suka cendoi habaq mai kat chek!hehehe. 

Gerai cendol yang Kenit singgah ni masih kat Subang jugak (Subang memang byk pilihan makanan yg sedap2). Tapi kali ni, Kenit singgah di Subang Perdana. Senang bangat nak cari lokasi gerai cendoi ni, dari jalan besar (lepas Subang Skypark) masuk susur kiri ke Sg.Buloh (jln lama). Sebelah kiri dan kanan ada kedai potong kereta, masuk kanan. Gerai cendoi ni ada duk bawah pokok tepi jalan.


Monday, April 22, 2013

Monday, April 22, 2013

Nasi Lemak Mat Ganja.

Assalamualaikum!~

Tak tahu nak pegi mana di pagi hujung minggu lepas. Pagi2 lagi kami dah terjah satu kedai makan kat Subang. Kedai ni memang ramai pengunjung terutama di hujung minggu. Restoran Selera Permai terletak di Kampung Melayu Subang. Tempat dia agak terpencil skit. Dan restoran ini rapat2 ngan kedai lain. Kalau tak cam betul2 memang tak jumpa ar.

Wednesday, March 27, 2013

Wednesday, March 27, 2013

Terima Kasih Chocolate Wrapper!

Assalamualaikum!~

Sudah dua kali Kenit menggunakan khidmat dari Chocolate Wrapper dan kedua-dua kalinya tidak pernah menghampakan Kenit hehehe. Chocolate Wrapper memang dah terkenal di rantau Asia Tenggara ni khususnya Brunei & Singapore. Ia merupakan sebuah syarikat menjual personalize chocolate wrapper. Bukan itu saja, Chocolate Wrapper juga menghasilkan cekelat mereka sendiri! 

'Perkenalan' pertama kami bermula tahun lepas. Masa tu, Kenit tercari-cari idea apa nak bagi kat budak-budak sempena besday diaorg. Dan, akhirnya kami 'bertemu' di facebook Chocolate Wrapper. Memang rambang mata tengok design-design yang disediakan. Itu belum lagi yang diminta oleh pelanggan. 

Untuk besday My Pearls, Kenit tempah minibar coklat dari mereka. Ternyata hasilnya amat menakjubkan! hehehe. Konpom puas hati beb! 


Ini design yang Kenit order untuk tahun lepas - Hello Kitty
hehehe cute giler kan?

Tuesday, March 26, 2013

Tuesday, March 26, 2013

Patut Ke?

Assalamualaikum!~

Sincerely, Kenit tak jumpa lagi mana-mana papan iklan (billboard) sebegini di KL atau di Kuantan atau di Melaka.....


Thursday, March 21, 2013

Thursday, March 21, 2013

Ooohhhhh Itu Ke Namanyeeee??

Assalamualaikum!~

Kuih ni memang dah peberet Kenit sejak zaman sekolah lagi. Tapi, namanya memang tak pernah Kenit tahu! Kalau tanya makcik yang jual kuih, diaorg pun tak tahu nak panggil ape!haha. Akhirnya, makcik tu suruh Kenit panggil je kuih kerak telinga! KERAK TELINGA?????That is meloyakan okey! hahaha. Ader ghuper telinga ke kuih ni makcik? Or, telinga maner pulak yang berkerak yek? hahaha. Setahu Kenit  yang berkerak ni biasanya TAIK telinga je la! Haihhhh makcik ni, sesuka je letak nama yang teruk cenggitu. Nasib baik bukan kuih TAIK TELINGA! ngeh3x~



Ditakdirkan jumpa kat mahkamah..terus rembat!
Tak banyak...ompek (4) jo!

Friday, March 15, 2013

Friday, March 15, 2013

Kami Suka Kuey Tiow-ing!

Assalamualaikum!~

Tahukah korang kuey tiow merupakan makanan kegemaran aku? hahaha tak tau? sekarang aku dah habaq, hang pa dah tau la kan hehehe. Sejak aku pindah KL ni, susah bebenor nak jumpa char kuey tiow yang sodap! Tak macam kat Kuantan dulu, aku start kete, naik Batu 11 dah tercegat depan warung Penang Char Kuey Tiow...uuhhhhh terbayang-bayang kesedapan & kelazatan char kuey tiow pakcik tu.

Bila dah mai KL mula la meroyan cari char kuey tiow sedap!Ada tu memang ada, tapi yang ada jauh sangat la plak. Aku pernah makan char kuey tiow Sani kat Subang tu. Boleh tahan...tapi giler la kalu aku ni gi sana  hadap ari-ari! Eh, jangan tak tau...aku ni boleh dikategorikan sebagai GILA BAYANG kat char kuey tiow tau! Kalu dah sedap di tekak, hari-hari aku boleh makan benda yang sama! Makan la sampai muntah...! wahahaha~ 

Friday, February 08, 2013

Friday, February 08, 2013

Cerana Seafood.

Assamualaikum sumer!~

Malam tadi lepas antar abah ke Terminal Bas Sepadu (TBS), aku ajak incik somi pi makan seafood. Sejak kami duduk KL ni, pilihan makan seafood kami ialah di Cerana Seafood. Restoran seafood ini terletak di Cheras, kalu korang lalu kat hiway Cheras-Kajang tu, ada stesen Petronas belah kiri kan, Cerana Seafood kat belakang stesen minyak tu jer.

So, kami empat beranak pun pegi la makan kat situ malam tadi. Satu yang buat aku terpikat untuk menjamu selera di sini ialah walaupun lokasi restoran ini duduk di belakang stesen minyak, tapi ia masih mempunyai scenery yang sangat memuaskan mata memandang hehehe. Nanti aku tunjuk...jom masuk dulu!~


Selamat Datang ke Cerana Seafood

Tuesday, February 05, 2013

Tuesday, February 05, 2013

Snogurt at Night.

Biasa malam-malam camni memang kami jarang makan nasi. Kami gantikan dengan snack ringan atau sekadar burger....BURGER???heeee~

So, malam tadi pas gi TBS beli tiket bas untuk abah, kami balik dan singgah jap kat Snogurt Desa Pandan. Ni baru kali kedua aku merasa Snogurt. Budak-budak ni lagi la suka sakan kalu dapat makan 'eskrem' (panggilan untuk snogurt) huhu.

Ni juga kali pertama incik somi masuk kedai Snogurt hehe
So, aku la tukang promo kat dia,
cara nak isi, cara nak letak topping....
yang penting cara nak BAYAR...wehehehehe~

Jom kiter masuk kedai dulu!

kaunter topping

Saturday, February 02, 2013

Saturday, February 02, 2013

Chicken Lasagna.

Petang cenggini memey best kalu dapat makan yang simple tapi sedap hingga mencengkam perut haha. Sejak aku suker mengunyah di opis waktu petang, tabiat 'baik' ini aku amalkan jugak di rumah hehehe. Sampai anak2 pun terikut sama heeee~

Petang ni aku pilih Chicken Lasagna sebagai santapan petangku. Aper? Aku masak lasagna?? A'ah aku masak tapi aku suruh Domino's masak pastu aku upah diaorg hahahaha. Giler aper aku nak masak lasagna dengan satu resepi pun aku tak hengat! Kang terbako dapur mak aku saper nak jawab???

Thursday, January 10, 2013

Thursday, January 10, 2013

1st Snogurt



Macam biasa arini amik anak2 dari nurseri. Selalu aku lalu kat jalan besar Kg Pandan tu pasti terjeling ke arah satu kedai 'eskrem' yang kaler pink/ijau tu. Hajat di hati lama dah nak masuk, but since kedai tu pun baru lagi beroperasi dua tiga bulan lepas, maka kupendam ajer la hajat tu dulu huhu.

Friday, January 04, 2013

Friday, January 04, 2013

Popia Otak-Otak

Penat badan masih tak ilang lagi dek tersangkut dalam 'jam' dekat Sg. Besi membawak sampai ke susur keluar ke Kg. Pandan. Letih kakiku dok tekan 'clutch'..minyak..'clutch'..minyak. Tapi, tu citer selepasnya..ni akak nak habak kat hang pa suma pasai iter sebelumnya hehehe.

Hang pa suma tau kan ayaq takda di kebanyakan kawasan di KL, Gombak & Cheras. Akak plak duduk tingkat 2 jenuh la akak ngan incik somi angkut ayaq tau. Nak basuh baju punya la susah, nak antaq laundry pun, laundry bukan ada ayaq. So, akak tumpang basuh baju kat umah kawan akak di Loke Yew.

Sebenaqnya, arini dah masuk 2 hari akak tumpang basuh baju kat umah kawan akak tu. Mujuq dia ada membantu huhu. So, petang tadi dalam kelebatan hujan yang teramat sangat kami selamat sampai la kat umah dia. Tengah akak dok nunggu baju siap, kawan akak pun pelawa hidangan yang istimewa ni. Akak belum pernah lagi jumpa ni...korang pernah makan tak?


Inilah popia otak-otak. Actually, akak baru kenal, tengok dan rasa arini haha. Memey akak ni agak ketinggalan jugak dalam bab makan2 ni. Tengok je la, pagi tadi baru sempat merasa duyan crepe, padahal orang lain dah lama kenyang menghadap bende tu haha. Hey, better late than never kan hehehe.

Popia otak-otak ni kawan akak beli dari kawan di opis yang beli dari IKS. Pada akak, memey kreatif la bila otak-otak digabungkan dengan kulit popia. Biasanya, kiter makan otak-otak yang dibalut dalam daun nyok tu je kan...tapi yang ni memey terbaik!



Cer tengok isi dia..perrghhhh padat dengan isi otak-otak tau. Memey sedap sangat, kulit rasa rangup, isi dalam rasa perfect! Sempat jugak la akak rembat 3 @ 4 keping hehe..konon nak cover kesopanan dan kesusilaan padahal dalam hati "Sodappppp la pulak, nak lagi nak lagi!" hehehe.


So, biler dah tekak dan perut dah terpikat dengan rasa popia otak-otak ni memey wajibla akak nak order plak kan hehehe. Oh yer, sebelum tu otak-otak yang biasa akak makan di warung tu paling mahal 70 sen sebiji *or sekeping*. Tapi, popia otak-otak ni hanya RM13 untuk lebih kurang 30 biji...berbaloi baloi dik nonnnnn!~ (^_^)

Friday, January 04, 2013

Baru Ku Tahu....


Morning glory everyoneeeee!~Sekejap jer dah nak hujung minggu kan? Lega hati akak biler anak2 senang nak gi sekolah dan mereka pun enjoy dengan sekolah baru mereka. Maka, dengan serta mertanya selera makan akak kembali membuak2 hehehe.

Pagi tadi lepas anto anak2 ke sekolah, akak singgah la kat Mahkamah nak beli bekpes walhal dah tahu kat opis arini ader buat jamuan makan lagi. Kuat makan betul akak ni! Tak padan dengan kurusnya! Aperpun, kurus ker berisi ker yang penting sihat kan kan kan kan....hehehe.

So, masa dok skodeng2 makanan aper yang nak dimasukkan dalam tempolok kosong ni, akak terjeling la plak pada suatu jenis makanan yang ramai sangat dok giler makan sekarang ni. Korang pun ramai jugak yang buat entri pasai makanan ni...ader yang kata sedap..ader yang kata lazat...ader yang "mmmmm....yummeyyyy!".

Jadi, dah alang2 ader jual akak pun 'grab' la satu kan...RM10 hengget! Tapi, akak dah tahu dah pasai akak dok baca entri korang hehehe so, RM10 tuk 5 ketui tu ok la kot. Tapi, belum rasa lagi tau...kiter amik bau dulu...Jom!


Haaaaa dah amik bau?? Naper cam pelik jer durian crepe ni yek? Haaa kalu nak tahu naper nampak macam terbelah kat tengah tu sebab akak nak bagi skek pada opismate akak. Tak molekla kalu kiter makan sorang2 kan, rezeki yang baik elok kiter kongsi bersama kan...terutama makanan hehehe. So, beginilah ghupernyer durian crepe yang orang dok giler makan sangat tuuuuuuu....."Oooohhhhhh, camni durian crepe yeeeee", akak cakap dalam hati hehe.

Bila dah rasa....PERRRGGHHHHHH!Memey hok ni sedapppppppp! Giler menyengat sedap dia! Patutla korang dok kata durian crepe sedap..durian crepe lazat..memey sodappp! Opismate akak pun kata sodappp hehehe. Wah wah wah wah! kayo la hok sek2 yang rajin wat duyan (durian) crepe ni. Urrghhhhh tak cukup laaaaaaa (^_^)


Sunday, December 30, 2012

Sunday, December 30, 2012

Tadika Sri Anakanda & Nasi Arab

Semalam, 29hb 2012 memey hari yang busy betul bagi kami. Kalu tahun lepas My Pearl, Hazwani bersekolah di tadika yang dekat dengan rumah, tahun ni akak nak letak dia dan adiknya, Mira dekat skek dengan opis akak. Senang kalu ader aper2 hal, akak boleh terus ke tadika diaorg kan.

Kalu tadika dulu, banyak yang akak tak puas hati tapi takyah cerita la kat sini k. Aper yang akak nak citer ialah pasai tadika baru ni. Sebenarnya, dari tahun lepas akak dok survey tadika lain tuk anak2 akak. Carik punyer carik, akhirnya kawan akak introducekan Tadika Sri Anakanda ni.

So, kami tiba di tadika kira2 jam 9pagi, dan taklimat ringkas oleh Guru Besar Pn Hjh. Fauziah sangat ringkas tapi terperinci. Ramai betul parents yang mai, mengikut info dari pihak tadika Sri Anakanda, lebih 120 kanak2 berumur 4,5 & 6 tahun untuk tahun 2013. Tibalah masa untuk bayar yuran pendaftaran dan baju sekolah etc.


Taklimat ringkas oleh Pn Hjh. Fauziah

Sesi pendaftaran & bayaran yuran

Disebabkan tahun depan Mira dah umur 4 tahun, so akak decide nak masukkan dia sekali dalam tadika supaya cepat belajar menulis dan membaca. Kalau nak tahu, Mira ni agak 'pelat' skek hehehe, so biarlah dia belajar awal. Gedebak gedebuk punyer kira, yuran pendaftaran untuk dua orang anak akak jadik RM1600++, walaupun korang mungkin fikir ia agak mahal tapi pada akak ok la tu kot hehehe. Lagipun, program pembelajaran diaorg ni untuk sampai bulan 12 nanti, so takyah lah akak susahkan wan & atuk diaorg untuk jaga diaorg kan. Biar pegi sekolah sampai ujung tahun hehehe.

Ok! So, dah settle satu bab daftar tadika, akak dan incik somi pun berangkatla pulang ke Melaka untuk berjumpa anak2 dara yang dua org tu hehe. Tapi, di pertengahan jalan tu kitaorg lapo la plakkkkkk! So, kitaorg singgah pekena NASI ARAB di Senawang!Perrghhhh, nasi arab best in town yo! Rugi kalu tak datang sini...(^_^). Ni pun, abg ipar chek yang perkenaikan hehehe....


Nasi Arab Al-Walid
Nasi arab di kedai ni memey menjadi pilihan akak dan incik somi, nasi dia bestttttt, ayam dia bessssst, kambing dia bessstttt, yang paling syiokkkkk tu...HARGA dia bessstttt! Even Nasi Arab Al-Rawsha takleh 'celen' tau *akak dah try memey tk dpt menambat hatikuhehehe~

Ni akak punyer,syiokkkk wo!

Ni incik somi punyer, dia memey peminat kambing
setia ahakzzzzz~
So, makan dah settle perut dah penuh muker aler senyuummmmmmm!hehehehe. Tengoklah 'couple' tua ni senyummmmm~

Wakakakakakaka

Saturday, December 29, 2012

Saturday, December 29, 2012

Dating & Dinner: Burger Bakar Bro

Kelihatan sangat romantik title di atas kan? hehehehe...mentang2 anak2 nun jauh di sinun bersama atuk dan wan, inilah kesempatan yang kami amik sebagai 'couple' untuk kuar berdua huhu.

Semalam akak dok canang pasai burger bakar dalam entri akak Burger Bakar Abg Burn,so malam ni akak ingat nak try la sodap ke tak. Walaupun, kami bukan pegi kat Burger Bakar Abg Burn, tapi incik somi bawak akak pegi satu tempat yang boleh tahan gak burger bakar dia...yummy!


Gerai Burger Bakar Bro
Lokasi Burger Bakar Bro ni terletak dekat dengan Mindef, belakang masjid Mindef tu la. Disebabkan ini adalah 1st time akak mencoba burger bakar so biler nak mengorder tu agak blur skek la hehehe.

Aperpun, kene la tengok menu dulu ye dop? Jom kiter terjah menu dulu yo!

Pilih jangan tak pilih

Dah tengok menu, ape lagi kiter horderrrr la!(^_^)

Woweeeeee burger bako dah sampaiiii...aper lagiiii kiter kasi bedal laaaaaaa!Yummyyyy bebeh!

nampak cam kecik je kan, tukang snap
amik gambo dekat sangat!


Bapok besau mulut akak nak ngap burger ni, jangan harap akak nak snap gambo sendiri..buruk nau ghuper tau!heeeeee~

So, biler dah makan kene la kasi komen skek kan hehehe, overall burger bako ni sodap jugak yo! cuma besau sangat nak ngap! Akak ni mulut keik je dik nonnnn...tapi best boleh tahan, tengoklah harganyer pulak kan!hehehehhe.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.