Breaking

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Thursday, December 20, 2012

Bakso Tidak Ditanggung Halal?


Morning glory everyoneeee!~ Bekpes mende pagi ni?Akak beralih selera arini, kuey tiow goreng ngan roti jala ngan kuih bom ngan teh o jer *JER!*~hehehe.


Mi Bakso
Korang suker makan bakso? Masa akak kecik2 dulu, bakso ni dah ader dah kat pasar malam kiter. Orang indon gak la yang jual. 1st time nengok memey tidak menambat langsung selera akak ...sampai la ke saat ini. Lagipun tahap kebersihan pinggan mangkuk dan kuali yang digunakan...ehmmm....paham2 je la.

Dan yang terbaru ni, dari kompas.com dalam laporannya mengatakan bahawa kebimbangan terhadap penggunaan daging babi dalam bakso memang meresahkan penduduknya. 

Kemungkinan ini berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram."Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal. Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak," kata Ketua Harian Majlis Ulama Indonesia (MUI) Maruf Amin.

"Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu," katanya lagi.

Isshhh, macam maner yer? Susah la kalu macam ni..daging babi yang pucat tu kalu direndam dengan darah lembu akan memberikan warna yang serupa dengan daging lembu. Dah tentulah kiter tak dapat nak bezakan ye dak.

Dan pihak berkuasa agama diaorg pun tak dapat nak tangani masalah ni, meletakkan ia di tahap yang membimbangkan bagi orang-orang Islam di sana. 

P/S: Lebih gemarkan mi kari, mi sup dan mi rebus.

Thursday, December 06, 2012

Thursday, December 06, 2012

Durian Runtuh Di Bukit Gantang!


Wowwwweeeeeee! Durian kembali runtuh di Bukit Gantang! Saper suker makan durian sila cakap "wowweeeeeeeeeee!" hehehe. Bagi penggemar durian atau istilah yang lebih komersial skek 'HANTU DURIAN', acara makan durian macam ni pastinya ditunggu-tunggu kan kan kan (^_^)

Seperti tahun2 sebelumnya, tahun ini 'Pesta Jom Makan Durian' akan diadakan di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), selama TIGA hari bermula Jumaat(esok la, 7hb dik nonnnn) ini! 

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad, Mohd. Nizam berkata, pesta makan durian ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sebanyak 20 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak akan dibawa bagi mempromosi buah durian kepada pengguna lebuhraya.

So, gegurls n bobois yang maner nak travel ke arah Utara minggu ni bolehlah singgah di Hentian Sebelah Bukit Gantang tu nanti yer! Wowweeeeeee...korang hanya perlu bayar RM8 seorang untuk makan seberapa banyak buah durian yang korang mampu makan! Waahhhhhh! Syiok lerrrrrrr!~

Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Ayam Penyet Ria Tak Halal?






Saper suka makan ayam penyet? Memey korang sukerrrrr..akak tahu dahhhhhh. Bagi korang yang addict dengan makanan ni, ketahuilah setakat hari ini Ayam Penyet Ria Sdn Bhd telah pun DISAHKAN TIDAK HALAL dari JAKIM di seluruh Negeri Selangor....haaaaaaaaaaaaaaaa~

Malah, kenyataan ini dikeluarkan selepas seorang hamba Allah meragui tahap kehalalan makanan tersebut. Ayam Penyet Ria (Summit) tu pun masih dalam proses mendapatkan pengesahan dari JAKIM Selangor. Tetapi, tidak dapat dipastikan samada semua cawangan kedai ini tidak halal @ sesetengah daripadanya saja.

Ini kerana setiap rangkaian kedai Ayam Penyet (AP) Ria ini mempunyai 'supplier' yang berbeza-beza mengikut cawangan masing-masing. Perkara ini turut diakui oleh Ayam Penyet Ria (Summit) sendiri di Facebooknya.




Diharap, pihak berkenaan mengambil inisiatif untuk menerangkan pada orang ramai tentang status sebenar makanan mereka supaya orang ramai tidak keliru khususnya pengguna-pengguna yang beragama Islam.

P/S: Tak pernah makan ayam penyet...camner rasa dia yek?


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.