Breaking

Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Friday, July 07, 2017

Friday, July 07, 2017

Raya 2017 kami


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ...dah masuk 2 minggu kita beraya kan! Tapi mood raya kat KL masih belum datang lagi ni. Mungkin sebab kerja berlambak dan jamuan raya pun belum nak start lagi kat opis ni, so tu yang mood kelaut tu hehe.

Blog pun tersadai lama tak berupdate. Bila nak taip je berhenti ...bila nak taip je berhenti. Baru ni lah ada masa terluang untuk bersantai disini. Kalau tak ... sepi gitu je la! Tu pun entri pertama selepas lebaran. Sangattt tak produktif ye! hehe. 

Tak lengkap la rasanya kalau tak share gambar raya tahun ni kan. Sedikit keceriaan dan keriangan lebaran tahun ini, aku kongsikan ....




Tahun ni kita #teamrayaperak dulu. 




Petang raya gi cari lemang. Kebetulan sahabat Pak Jelan ada jual lemang kat depan masjid tu sikit, so beli la 2 batang buat lepaskan kerinduan. 






Pastu #teamrayamelaka pulak. Raya kami sederhana, yang penting sekeluarga. Tahun depan entah ada lagi tak peluang macam ni. Yang pasti raya tahun ni takkan kami lupakan ... takkan aku lupakan.

Selamat hari raya ...!


Saturday, June 24, 2017

Saturday, June 24, 2017

Melayu kuat makan nyoq!


Assalamualaikum!






Antara barang makan yang paling laku keras tiap kali raya....santan! Kalau meniaga santan time-time nak raya ni memang boleh kaya sekejap la. Pak Jelan sebelum kui enam setengah pagi dah terpacak depan kedai runcit kat kawasan taman perumahan, tapi bila ditanya santan ada ke dak, jawapannya mengecewakan. Pi pulak market cari santan, sekali...tuddiaaaa orang punya beratuq panjang! Dah tu ada yang dah siap-siap kira berapa orang ja boleh dapat santan pasai nyoq dok ada pun tak banyak tinggai dah.

 Balik umah naik pulak motor, pi pulak masuk kampug Parit Jawa cari lagi. Mujuq la sini ada juai lagi santan. Tak payah kalut nak kena beratuq sampai laga-laga pungkoq. Berapa banyak santan hang nak, hang habaq ja...dua belas ringgit sekilo pun orang sanggup beli tau.  Orang menjuai tu pun cakap, nyoq tak banyak dapat tahun ni..buah tak berapa 'menjadi'.

Nak raya ni...takda santan tak meriah weh! heeee

Thursday, August 04, 2016

Thursday, August 04, 2016

Mee Ketam Parit 30, Kuala Kurau!



Assalamualaikum!



Ok, ni cerita lama sebenaqnya hehe. Dok godek-godek folder gambar tetiba terjumpa folder 'meeketamparit30'. Cari punye cari dalam entri blog ..takda pulak! Sah .. aku belum story lagi ni hehehehe ... so jom baca entri makannnn!

Pada satu hari, kami terborak pasal nak makan kerang kat Parit Buntar yang pernah viral satu masa dulu. Tapi, disebabkan Pak Jelan tak tahu mana duduknya kedai tu maka kena tukar plan! Dan akhirnya kami ke sini dengan izinNya.





Kedatangan yang tak dirancang. Nak mencarinya pun kami terpaksa guna Google Maps hehe ... alhamdulillah sampai jugak ke kedai ni. Nak terangkan jalan mana kami ikut aku tak berapa pandai sebab ni bukan kampung aku ... lagipun jalannya ke dalam sikit bukan di tepi jalan besar.

Kami sampai dalam tenghari kot .. time ni tak berapa ramai pelanggan, so pilihan makanan banyak dan tenang nak makan tak perlu menunggu lama.

Sebelum menunggu makanan tiba ke meja ... kami layan pemandangan kat sini dulu :)



Motif buat muka macam tu??? haha




Rupanya kat sini ada perkhidmatan meronda sekitar muara dengan bot. Tapi aku lupa nak amik gambar berapa bayarannya untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Yang aku ingat harganya agak berpatutan, so kalau korang datang ke sini dengan family jangan lupa naik bot k.





Kat kedai takda menu, sebab segala menu dah terpampang kat atas nu. So, korang tengok dan pilih je la dari situ. Kebetulan rezeki kami nak merasa mee ketam hari tu, so dah tentu pilihan kami ialah mee ketam! huhu ...

Selain tu ada mee udang dan mee siput kemudi jugak. Kami pilih mee udang la pasai tak biasa makan mee siput hehe ...

Nak tengok ketam nipah mengamuk?


A video posted by Hanim Hashim (@hanimhashim) on




Nak pilih ketam biar yang betina ..banyak isi katanya. Aku tengok saiz diaorang lebih kurang sama je hehe tapi kita ikut je la cadangan pemilik kedai tu, Harga ketam ni 100gm = RM7.00, bila timbang beratnya 600gm. So, boleh kira berapa harga semangkuk mee ketam kami? heee :D

Sementara menunggu mee ketam dan mee udang kami siap, kebetulan tengok ada pakcik ni tengah gunting 'misai' udang di satu sudut. Udang laut baru naik, banyak pulak tu ... perghhh mesti manis ni! 




Dah siap! Jempuutttt .... tengok! ^^


Mee Ketam Parit 30 - RM45 (campur upah masak)


Mee Udang Biasa - RM4.50



Ayah suap anak. 
Memula 'jual mahal' takmo makan, 
sekali ayah suap ...haaa tak cukup seekor laaa!



Dah makan .. semua pakat tengok ikan pulak :)


Keseluruhannya, makanan kat sini ok la. Yang bestnya isi ketam dan udang manis. Tu belum order lagi udang laut segar dia! Kuahnya biasa je pada tekak aku. Tetiba rindu pulak pada Mee Udang Port Weld atau Mee Udang Mak Teh heeee :D. Apapun, ok la dapat merasa mee ketam kat sini hehe ...



Tuesday, July 26, 2016

Tuesday, July 26, 2016

Bila orang bandar jumpa ikan puyu!


Assalammualaikum!


Menimbuk puyu...

Pertama kali kami anak beranak tengok sendiri bagaimana Pak Jelan menimbuk ikan puyu di bendang (sawah padi). Time ni orang dah amik padi, so yang mana ada lopak-lopak air tu memang ade la berekor-ekor ikan puyu dan sepat di dalamnya hehe ...

Alkisah ... tengahari tu aku nak gi belakang umah buang sisa makanan sekali tengok Pak Jelan berdesup lari masuk ke dalam umah amik timba (baldi) dan penapis dengan muka tersengih macam ada sesuatu. Rupanya nak pi tangkap ikan puyu! haha ...



sekali sauk je ...menggeletik dia dalam penapis tu ;)

Saturday, September 12, 2015

Saturday, September 12, 2015

Tak Berbunyi - JDT VS Perak


Assalamualaikum!




Buat pertama kalinya tengok perlawanan bola, rumah jadi sunyi sepi malam tadi. Bila dapat tahu ada perlawanan pembukaan Piala Malaysia disiarkan di tv9, tambah JDT lawan Perak pulak tu, terus rasa takda harapan la nak tukar channel lain.

Lalu aku membawa diri ke dalam bilik anak-anak layan diaorang tengok cerita drama kelakar. Kelakar jugak tu! Tajuk dia 'Isteriku Bukan Tukang Masak' hehe. Entah macam mana pulak kakak boleh cari cerita tu kat youtube huhu ...

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.